Sunday, September 22, 2019

Kisah AKU n Family Bonding

Assalamualaikum,

Sambil tengok ABPH ni elok jugak tangan menaip blog. Biasalah, dah selalu multitasking. Setakat buat dua benda satu masa tu apa lah sangat. Okay, nak story pasal cerita minggu ni. Nothing interesting sangat tapi kenalah selalu update. Come on, blog ni dah nak masu sepuluh tahun kot tahun depan. Takkan nak habis tak update camtu je.
Macam biasalah, dalam seminggu tu mesti ada meeting. Laa ni dekat MATRADE, first time aku masuk menara ni. Biasa tengok dari jauh je.
Dah lama tak kena jem camni. Bayangkan gerak dari TPM pukul 8, sampai Batu Caves amik adik dalam jam 9 malam. Balik lalu MRR2, sangkut sampai jam 11! Pishang beb dalam kereta, yang brader tu elok tidur..:-p
Minggu ni Along duduk rumah mak. Eloklah ada kawan main sikit si Fariq tu, tapi cam biasalah si Mikail tu lagi melayan tab dia. Haha
Wife beli baby rocker ni. Suka betul anak aku ni dengar lagu classical. Alah, lagu cam Canon D Major tu. Sedangkan time Ija pregnant dulu takde pun bagi dengar lagu-lagu camtu..:-)
Khamis hantar si Myvinium ni tukar bateri since dah tunjuk tanda-tanda nak kong. Melayang lagi duit. Time ni pun lah kau nak kering. Huhu
Petang tadi bawak family keluar jalan-jalan. Sian diorang asyik duduk rumah je terperap. Tapi si kecik ni dok sedap tidur pulak.
Selfie sikit Fariq, bukak lah mata tu. Huu. Sejak bila rambut aku punk camtu?

Rasanya tu je lah cerita malam ni. Biasalah, budak kecik lagi. Bawak jalan-jalan dalam kereta je lah, Cuaca pun bukan elok sangat, dengan panasnya. Jerebu lagi, nanti dah besar sikit kita pergi AEON Rawang. Tempat dating ibu ayah. Huu

P/S: Newcastle draw semalam against Brighton. Tapi shit jugaklah sebab dah lah main kat St James' Park.. Pastu main defending, last 15 minutes baru nampak ada fight sikit bila Caroll & ASM masuk. Next game letak diorang first eleven lah Brucey!

No comments:

Post a Comment