Saturday, September 28, 2019

Kisah AKU n Biz Trip @ Penang

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak berkongsi sikit cerita pasal satu business trip yang baru je aku attend minggu ni. Trip ni semestinya berkenaan dengan RFID Fitment Center operation yang dikawal selia oleh aku sekarang.
Aku dan rakan sekerja, Afiq bergerak dari Sungai Buaya sekitar jam 9.30 malam. Takde singgah mana pun, direct je drive sampai Penang. Plannya nak makan kat sana.
Sampai Plaza Tol Cassia, gerbang ke Jambatan Kedua Pulau Pinang around 1 pagi.
Untuk kali ni, kami check in di OYO Hotel Bayan Lepas since keesokan harinya kami akan visit first site di kawasan ni.
Letak barang dulu, sambil meregangkan badan.
I Love OYO! Haha, memang kalau outstation duduk kat network hotel OYO ni je. Kat mana-mana diorang ni ada.
Pagi Jumaat kami melawat center kami yang pertama di Bayan Lepas.
Afiq terlibat untuk buat stock count exercise.
While aku pulak conduct training session untuk SOP baru berkenaan document handling ke staf yang bertugas di kaunter.
Habis satu center, pergi ke another center di Gelugor. So, settle di Pulau. Kami naik Rapid Ferry crossing Laut Andaman untuk ke Tanah Besar
Excited first time naik feri yang bawak kenderaan ni. Huu
Settlekan satu lagi center di Bukit Mertajam dan terus ke Jawi untuk completekan kerja kami. Elok sampai sini sekitar 5.30 petang, network dan system down concurrently. Buat pulak staf in charge EL. Memang tak boleh nak settle time tu.
So, kami pun takde choice terpaksalah bermalam satu hari lagi di Pulau Pinang ni. Untuk hari kedua, menginap di PICE Hotel. Memang elok hotel ni, Wi-Fi laju gila. Syok je download game. Tapi atas keletihan terlelap jugak. Bangun je tau-tau dah jam 9 malam!
Malam tu kami food hunting sikit. Dah alang-alang kat BM ni agak rare lah kalau korang tak pekena Nasi Kandar Hameediyah ni.
Selalu tengok je YouTube orang review, laa ni dapat jugak merasa. Memang terbaik naa, lain betul rasa dengan nasi kandar yang ada kat Lembah Klang.
A closer look of my Nasi Kandar Rendang Kambing. Nyum-nyum..:-)
Pagi Sabtu seawal jam 10 pagi kami dah check out dan menuju semula ke Jawi untuk menyiapkan kerja yang tertunda.
Done! Jom balik bro. Esok aku nak gerak JB pulak. Pfft
Gerak balik dari Penang around 1pm, singgah late lunch di Ulu Bernam dan selamat sampai di Sungai Buaya sekitar jam 5 petang.

Itu je lah cerita yang aku nak kongsikan malam ni. Okaylah, nak ready tengok EPL. Tonight, Newcastle menentang Leicester. Hopefully we can find the winning rythm back. HTL!

Sunday, September 22, 2019

Kisah AKU n Family Bonding

Assalamualaikum,

Sambil tengok ABPH ni elok jugak tangan menaip blog. Biasalah, dah selalu multitasking. Setakat buat dua benda satu masa tu apa lah sangat. Okay, nak story pasal cerita minggu ni. Nothing interesting sangat tapi kenalah selalu update. Come on, blog ni dah nak masu sepuluh tahun kot tahun depan. Takkan nak habis tak update camtu je.
Macam biasalah, dalam seminggu tu mesti ada meeting. Laa ni dekat MATRADE, first time aku masuk menara ni. Biasa tengok dari jauh je.
Dah lama tak kena jem camni. Bayangkan gerak dari TPM pukul 8, sampai Batu Caves amik adik dalam jam 9 malam. Balik lalu MRR2, sangkut sampai jam 11! Pishang beb dalam kereta, yang brader tu elok tidur..:-p
Minggu ni Along duduk rumah mak. Eloklah ada kawan main sikit si Fariq tu, tapi cam biasalah si Mikail tu lagi melayan tab dia. Haha
Wife beli baby rocker ni. Suka betul anak aku ni dengar lagu classical. Alah, lagu cam Canon D Major tu. Sedangkan time Ija pregnant dulu takde pun bagi dengar lagu-lagu camtu..:-)
Khamis hantar si Myvinium ni tukar bateri since dah tunjuk tanda-tanda nak kong. Melayang lagi duit. Time ni pun lah kau nak kering. Huhu
Petang tadi bawak family keluar jalan-jalan. Sian diorang asyik duduk rumah je terperap. Tapi si kecik ni dok sedap tidur pulak.
Selfie sikit Fariq, bukak lah mata tu. Huu. Sejak bila rambut aku punk camtu?

Rasanya tu je lah cerita malam ni. Biasalah, budak kecik lagi. Bawak jalan-jalan dalam kereta je lah, Cuaca pun bukan elok sangat, dengan panasnya. Jerebu lagi, nanti dah besar sikit kita pergi AEON Rawang. Tempat dating ibu ayah. Huu

P/S: Newcastle draw semalam against Brighton. Tapi shit jugaklah sebab dah lah main kat St James' Park.. Pastu main defending, last 15 minutes baru nampak ada fight sikit bila Caroll & ASM masuk. Next game letak diorang first eleven lah Brucey!

Friday, September 13, 2019

Kisah AKU n Mini Reunion GBKWU 2019

Assalamualaikum,

Jerebu sekitar Lembah Klang nampaknya, sakit tekak aku dibuatnya. Dah lah banyak kerja luar minggu ni. Okaylah, tapi entri hari ni nak cerita pasal minggu lepas punya hal. Biasalah, sejak dah jadi bapak ni memang slow sikit rate mengupdate aku ni.
Since Isnin lepas cuti, kami ada buat reunion untuk "Geng Bersatu Kita Warga UiTM". Kebetulan Helmy ada kat KL berkursus. Tu yang buat jugak, bila lagilah nak gather macam ni lagi. Tapi yang datang kitorang bertiga je. Pok Jad kena standby kerja malam, Yat pulak MIA. Haha
Bersengkang mata menyiapkan material untuk taklimat, presentation dan sebagainya. Ada SOP baru, takkan nak bagi material lama kot. Huhu
Minggu lepas banyak ke IPD sahaja. Bagi taklimat pasal RFID dekat warga kerja dan pegawai-pegawai kat sana. At least bila dah bagi taklimat, harapnya bila team datang nanti adalah ramai sikit yang mai nak buat fitment.
Ada jugak training session dengan Sub-Agent baru kami - RMWAY Engineering Sdn Bhd di premis worksyop mereka di Gombak.
Memang Khamis lepas aku bawak sekali si Afiq ni keluar. Alang-alang Tag Production pun tak start lagi. Eloklah ajak bro ni keluar amik angin sikit. Haha
Jumaat ada handover lori ke vendor semula. Sedih beb nak pulang balik lori-lori ni walaupun sometimes create banyak problem.
Thank you for your service selama setahun berkhidmat dengan kami..:-)
Sabtu ada pemasangan penapis air kat rumah aku. Walaupun market dah congested dengan Coway dan Cuckoo. Tapi aku nak mencuba yang nama baru ni - Jik Soo. Ada empat suhu - sejuk, panas, suam dan infant. Eloklah untuk kami yang baru menimang cahaya mata ni..:-)
Pandai anak aku sorang ni. Asal aku balik, terus tabik hormat camni. Tahulah nama Jeneral. Hihi

Okaylah, itu sahaja entri ringkas hari ini. Macam biasalah, kalau ada cerita baru tu nantilah aku update. Till then, take care dan bye-bye!

Monday, September 2, 2019

Kisah AKU n Welcome Home, Baby

Assalamualaikum,

Selamat Hari Merdeka yang ke 62 dan juga Salam Maal Hijrah aku ucapkan kepada semua rakyat Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia. Petang ni aku nak share cerita hujung minggu bersama my little family. Ija dan Fariq dah hampir sebulan duduk kat Melaka, so minggu ni aku bawak diorang balik rumah kami di Sungai Buaya.
Seawal jam 5.30 pagi hari Sabtu aku dah bergerak dari office ke Serkam. Asal nak gerak balik malam tu jugak, tapi jem merata kat KL ni. Maklumlah, malam ambang Merdeka. Sudahnya tidur dulu kat office.
Sampai Serkam dalam pukul 7.30 pagi. Si kecik ni tidur lagi, aku pun menyambung tidur jugak. Haha. Lamanya tak jumpa kesayangan ayah ni. Makin bulat tengok, sedangkan baru je seminggu tak jumpa..:-)
Kesayangan ni lagi lah rindu. Takpe, minggu ni kita balik Rawang eh.
Kalau ikut plan nak balik Sabtu tu jugak, tapi dah sampai pun 8 pagi. Apa pulak mertua kata nanti, tu yang stay satu malam lagi..:-)
Ahad. Dalam jam 10 pagi. Kami bertiga pun memulakan perjalanan pulang kerumah.
Selfie dulu baby, pandang tempat lain pulak budak kecik ni..:-p
Penuh kereta bai. Baru anak sorang. Haha
Singgah jap kat Lay-By Senawang beli lite lunch untuk wife..:-) 
Home sweet home. Sampai rumah around 1pm. Sejak anak bini duduk Melaka, aku pun jarang stay kat rumah ni. Banyak lepak rumah ayah je. Haha

Itu je lah cerita petang ni. Dengan diorang dah balik rumah, maka bermula lah the real fatherhood bagi aku. Selama ni duduk sorang tidur terjaga lagi, pasni tak tahulah Jon. Haha. Hopefully si Fariq ni jenis tidur malam..:-p

P/S: Newcastle draw dengan Watford, sabtu lepas thanks to leveler from our superb wall, Fabian Schar. Oaylah tu, dah collect 3 point after 4 games.