Sunday, March 27, 2016

Kisah AKU n Quick Retreat @ Nilai

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak share mengenai my quick vacation kat Nilai with my family. Okay, so kat office macam mana sekarang? Getting better?
Minggu ni kat office nampak encouraging since our team sekarang tengah work on event baru - Housing Asia Week 2016. Event mengenai residential/housing property market kat Asia Tenggara ni, menyentuh tentang aspek social and senior housing, transit-oriented township, ASEAN-ANZ Expansion dan banyak lagi. Best buat event property ni, even kat Trueventus dulu aku earned confirmation and easy money kat property event lah. Good old time..:-)
Okay, back to main content dalam entri ni. Dalam pukul 10 pagi semalam, kami sekeluarga dah keluar dari Sungai Buaya. Singgah breakfast kat Rawang sebelum meneruskan perjalanan ke Nilai.
Perjalanan ke Nilai from Rawang mengambil masa kira-kira 1 jam setengah, depends kat jalan yang korang lalu dan juga traffic condition. Kalau keluar awal pagi dan tak sesak, 1 jam dah boleh sampai.
Arrived around 12 at noon. Kami menginap di Time Hotel yang terletak di tengah pusat bandar, berhampiran Dataran Nilai.
Aku booked family room kat hotel ni dua hari lepas. Sebenarnya kami nak melawat Faris, dah lama tak datang sini plus, esok dia nak ke Perak ada kursus kat sana.
Dah lama tak bercuti dengan family, asyik dengan brotherhood je. Rasanya last time kat Avillion Melaka, waktu tu aku masih lagi menuntut kat UiTM di semester ke-enam. June 2014 tak silap aku, nak dekat 2 tahun jugak tu.
Bilik ni memang simple, tapi interior design memang kemas dan cantik.
Pose wajib dalam bilik hotel. Cari lah mana-mana entri aku tidur hotel, mesti ada gambar macam ni..haha
2PM, mak ayah ke Nilai 3 pakai Myvi aku. Nak berjalan-jalan. Since ada wifi free kat sini, apa lagi memang satu petang tu menghadap laptop cari benda nak download..hehe
Diorang balik sekali dengan bro ni. Nak join tidur sini katanya, haha..konfirm lah aku tidur bawah..lol
 
Malam tu kami ke Giant Nilai. Rare design Giant kat sini, parking kat tengah-tengah, surrounded by 4 blocks of 2-storey building.
Kalau tak amik gambar tak sah. Dasar jantan gila kamera..haha
Nak renew stok rumah budak ni. Biasalah budak universiti, time family datang lah nak memborong. Kalau tak, memang terkulat-kulat lah beli kat kedai runcit sikit-sikit..huu
Had our dinner kat one of restaurant kat situ..:-)
Rasanya dnner kat TESCO Rawang hari tu pun pakai baju ni jugak. Dah takde baju lain ke?
Seawal jam 7 pagi, aku dah hantar adik ke Nilam Court. Pagi tadi dia dah nak gerak ke Perak untuk kursus USIM tu. Singgah breakfast kat nearby restaurant, and isi minyak. Senang, nanti balik shoot terus ke rumah je..:-)
Kami check-out dari Time Hotel around 1PM. Bye-bye Nilai for a good quick retreat. Memang takde benda sangat kat sini lagi-lagi untuk orang muda macam aku, tapi okay lah since aku pun just nak berehat and escape dari office's workload je.
Sampai rumah around 3PM. Solat Zuhur pastu tertidur sampailah pukul 7 tadi. Letih benor tu, bukan apa - panas gila cuaca sekarang ni. So, secara automatik badan kita pun dah jadi letih and cepat penat.

Itu lah cerita trip simple aku minggu ni. Esok start kerja balik. Harap-haraplah boleh masuk registration form baru this week untuk event Housing Asia tu. Amin.

Sunday, March 20, 2016

Kisah AKU n Izyan's Wedding @ Saloma Bistro

Assalamualaikum,

Selamat petang semua. So, hari ni dengarnya ada Ekuinoks kat Malaysia. Tapi, rasa biasa je..:-p Okay, this week kat office ada senyum sikit, akhirnya dapat jugak close satu deal untuk CompBen setelah berminggu-minggu kontang. But, entri petang ni takde lah rasa nak bercerita pasal tu.
Semalam aku menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Kuala Lumpur. Majlis ini berlangsung di sebuah tempat yang sangat eksklusif di Jalan Ampang. Nak tahu kat mana?
Terletak berhampiran Old Zouk, Saloma Bistro mempunyai reputasi cemerlang sebagai salah satu restoran berkonsepkan teater di ibu kota Malaysia ni. Rate bagi penggunaan dewan kat sini merupakan antara yang termahal di Kuala Lumpur. Nak tengok gambar kat dalam?
Lengkap dengan penghawa dingin, sebuah stage besar  dan juga hiasan dalaman bercirikan Melayu klasik. Sesuai dengan nama yang dibawa milik Puan Seri Saloma yang merupakan seniwati negara kita ini.
Lupa pulak nak bagitau, ini merupakan majlis perkahwinan anak perempuan kepada kawan ayah, Tn Hj Hilal yang sama-sama bekerja di Petronas Carigali.
Ini lah pasangan Raja Sehari yang diraikan semalam, introducing Sdra. Fauzi Mahmud dan juga Sdri. Izyan Rizza. Aku tak kenal pun diorang ni, even kawan ayah tu pun aku tak kenal jugak...haha
Kalau korang perasan dalam sebulan dua ni selalu jugak aku attend majlis kahwin. Hari tu wedding Bro Baim kat Bukit Damansara, semalam kat Kuala Lumpur, minggu depan 27 haribulan perkahwinan sepupu aku, Liza dekat Ipoh. Then bersambung lagi majlis Ifah kat Puchong, 10 April ni. Takpe-takpe, ambik berkat. Nak kahwin sekarang tak ready lagi, mana taknya asyik nak berkonflik je..:-(
Saja menyibuk kat tempat ni semalam. Rindu beb nak kontrol makhluk ni, dulu time kat UiTM selalu sangat buat kerja-kerja teknikal and multimedia ni..:-p
Nampak tua sangat dah ayah aku ni. Dah masuk 55 tahun depan ayah pencen lah, jangan pandai-pandai nak sambung lagi. Tak payah kerja dah, biar abang yang cari duit pulak.
Pergi banyak sangat wedding ni rasa macam teringin jugak kan? Tapi tu lah, orang tua-tua kata kalau belum rasa bersedia, hold dulu. For time being, biarlah aku kumpul aset dan strongkan kewangan aku dulu. Ada jodoh nanti, sampailah dia..:-)
Tu diaa, ni yang aku malas nak masuk KL hari-hari minggu camni. Kat mana-mana sesak! Nak dekat pukul 4 jugak sampai semalam.
Malam semalam melepak dengan Dolah kat Rawang sampai pukul 2 pagi. Minggu ni Afiq takde, dia ada training kat Domino Setia Alam. Malam Jumaat hari tu aku ngeteh sorang je kat kedai Siam tu sambil memikir masa depan dan merenung nasib..haha.
Sebelum tidur Ikmal, one of my friend time PAC kat Kedah hari tu wasap. Dia hantar gambar ni..haha. Jumpa kat page Derma Organ Kedah katanya. Ni gambar time saringan kesihatan sebelum UKJK. Good old time..:-)

Okay lah, nak tidur sekejap. Malam ni nak tengok Tyne-Wear Derby jam 9.30 malam. Dilarang menganggu time tu. Buat Saudari Izyan dan pasangan walaupun kita tak pernah berjumpa, selamat pengantin baru saya ucapkan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Saturday, March 12, 2016

Kisah AKU n ANC's Mini Reunion!

Assalamualaikum,

Petang ni tak nak cerita pasal kerja, go with the flow je. Okay, jom go to cerita penting hari ni. ANCs Reunion? Apo bondo eh? Anugerah Naib Canselor ke? Haha, tak lah - it's actually acronym for our secret membership yang dinamakan Abang Nezam Crew, ditubuhkan pada tahun 2010 time kami masih menuntut di UiTM Shah Alam bagi kursus Asasi Undang-Undang. As it name suggested, our leader ialah Abg Nezam yang merupakan our Godbrother. Semalam, we had some small gathering kat NU Sentral, this entry is dedicated to them..;-)
Shortly after office hour semalam, ada sedikit discussion with committee mengenai Intercorp Futsal Tournament 2016 yang akan dianjurkan CapSource dengan aku sebagai Deputy Project Manager. Around 6.15 PM, aku drive ke LRT Sri Rampai, parking dan made my way to KL Sentral. Sempatlah jalan-jalan sikit kat sini, sambil mengingat kembali memori time bekerja kat Trueventus dulu..:-)
This is Mr. Nezam, our leader, motivator dan juga banyak lah lagi. He's instrumental in shaping who I am now. From an anti-social & blur me, to ...errmmm, yang macam sekarang lah..haha. Abg Nezam sekarang ni tengah Chambering di Bangsar. Kami last jumpa tahun 2011, untuk projek video Jepun dimana aku tolong diorang buat video editing..:-)
Yang kiri tu pulak Iqa. Last jumpa tahun 2014 in our short trip kat Pulau Perhentian. Bekerja di Kelana Jaya in the same industry macam aku. Yang kanan tu Ifah, sama jugak - last jumpa kat Pulau Perhentian almost 2 years ago. Sedang dalam Chambering di one of law firm di KL. 
Haa, introducing Rizki Faruzzi. Baru saja menamatkan pengajian LLB di Hertfordshire, UK. An avid traveler. Apa yang wow pasal dia semalam, he's more kurus dari aku...haha. Last jumpa tahun 2011 untuk projek Japanese video kat UiTM. Time tu aku semester pertama degree..:-)
Semalam kami gather di Dolly Dim Sum, NU Sentral. Bak kata Abg Nezam, siapa lah yang pilih makan kat tempat ni, punya lah banyak fast food restaurant kat mall ni..haha
Sebenarnya ANC ni ramai, tapi ni je yang dapat kami kumpulkan semalam. Yang tak dapat datang ada 4 members - Muhaimin, Ida, Hana, Bieha. Picture credit to Rizki. 
Dan semalam juga kami ada surprise from one of our member, Ifah which will..
Yup, tie the knot. Congratulation Sis! In Sha Allah I'll come. Tengok siap ada printed-name lagi kat kad tu..:-p
Around 8.45, Iqa left the reunion since train dia ke Batu Gajah pukul 9. Takut terlepas pulak..huu. So, kami berempat ni sambung lah berjalan kat NU Sentral, cari tempat nak amik gambar..;-)
Ada Pameran P. Ramlee semalam. Dapat lah tengok barang-barang peribadi seniman terulung Malaysia ni. Barang seperti kostum, filem, orginal scripture, vespa, basikal, dan alat-alat cinematografi ada dipamerkan.
Snap gambar sikit, nak menambahkan cerita dalam entri ni..haha
Wedding Ifah akan berlangsung di One City, Subang pada 10 April nanti. There, we'll having our next reunion, together with some members yang tak dapat datang semalam. Mesti seronok ni, so save the date guys!
Masing-masing dah ada hala tuju sendiri. Sebenarnya tak expect pun yang dapat jumpa dengan diorang ni lagi..:-p
Selfie satu round sebelum balik. Ehh, belum nak balik lagi. Kami singgah Burger King, KL Sentral since makan kat Dim Sum tu tak bagi effect pun kat tangki perut aku ni, and of course kat diorang as well..haha. Sambung menyembang, sambil menunggu bakal husband Ifah datang and around 10 o'clock, we conclude our mini gathering.

See you guys again in April. Nanti kita g lah karok, tengok wayang ke lepas attend wedding tu. Orait guys, nak keluar jap isi minyak, basuh kereta. Petang ni nak sambung buat proposal tournament tu. Jumpa lagi dalam next entry. Babai!

Sunday, March 6, 2016

Kisah AKU n Congrats Brothers!

Assalamualaikum.

Lewat sikit update blog malam ni. Ingat nak update pagi tadi, tapi boleh pulak tertidur sampai 3 petang.
Ni nak cerita sikit double celebration yang aku mentioned dalam previous post semalam. Last night aku dan kawan-kawan ke Sri Rampai untuk aktiviti wajib awal bulan kami. Still dengan karok + dinner, cuma kami skip tengok movie for this week atas time constraint.
In addition of that, semalam kami juga meraikan some perkara menarik yang happened this week kat diorang.
Walaupun karok kat Sri Rampai ni murah. Tapi dari Sg. Buaya nak kesini macam tak berbaloi..haha. So, apa celebrationnya?
Okay, mula dengan Afiq (kiri) dulu. Dia dah resigned from his job kat Koperasi Bank Islam. Okay, takkan pasal ni nak celebrate kot? Motif sangat. Haha, kami celebrate since dia pun dah dapat kerja baru jadi AM kat Domino. Tahniah bro, nanti lepak bawak lah satu dua kotak pizza..hehe
So dengan si Dolah (kanan) ni celebrate apa pulak? Naik pangkat? Resigned? Tukar kerja? Semua salah! Haha, semalam birthday dia lah..:-)
Yang brader pakai baju merah tu takde nak celebrate apa-apa ke? Setakat ni takde benda yang nak diraikan. Nak celebrate kena warning letter minggu ni boleh tak? Haha
Habis karok dalam pukul 11.30. We had our dinner kat Pak Ya Steakhouse @ Setiawangsa. Tak lama pun mengeteh semalam, pukul 1.30 dah sampai rumah.
Petang tadi pulak aku ke Bukit Sentosa, dah lama rasanya nak gunting rambut ni. Semak je tengok..:-p
Tadaa! Macam takde beza pun dengan yang dulu. Adalah nampak pendek and kemas sikit.

Tu lah cerita malam semalam. Tahniah kepada Afiq atas job baru di Domino, kerja elok-elok bro. Untuk Dolah pulak, selamat hari lahir ke 24. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan juga berjumpa bakal isteri yang baik. Amin.