Sunday, March 22, 2015

Kisah AKU n Mini Reunion Brotherhood UiTM 2015

Assalamualaikum,

Petang ni nak update tentang aktiviti yang baru je aku buat tadi bersama-sama rakan seperjuangan rapat aku ketika menuntut di UiTM dulu or known as Brotherhood UiTM.
Hari ni aku, Joe, Pok Jad dan Helmy meluangkan masa kami berempat dengan melepak kat some places kat Shah Alam, tempat kami bertapa selama 4 tahun. Kebetulan family aku nak attend wedding kat Sungai Buloh so, ayah drop aku kat Shah Alam before meet up dengan diorang ni kat sana.
Haa, ni lah 3 orang terdekat yang aku ada time belajar dulu. Dengan diorang ni lah aku study, bersukan, makan, konvoi motor, mandi sungai, tutor, buat research dan banyak lagi. Tak percaya, sila lah kselongkat entri zaman aku jadi student dulu, then please judge brotherhood kami, okay?
Destinasi kami yang pertama ialah Setia City Mall, tak buat apa pun kat sini. Berjalan sambil bersembang, plus memerhati gelagat manusia kat sini.
Our next stop ialah Plaza Alam Sentral. Ni lah tempat legend yang selalu kami "ziarah" time belajar dulu. Habis je kelas malam, lepak sini. Tengah stress, lepak sini. Habis exam paper, lepak sini. 
Karok sejam je tadi atas kekangan masa. Dapat lah sorang 3 lagu, kat Alam Sentral ni walaupun audio tak sedap, tapi lagu-lagu banyak yang update..:;-)
Of course, bila berkarok tadi rasa mengimbau zaman lalu..haha. Alhamdulillah, graduan-graduan UiTM ni semua dah berkerjaya. Pok Jad dalam bidang Administration, Joe pulak OSHA, si Helmy pulak Compliance dan aku sendiri dalam Consultancy.
Lepas makan KFC, kami pergi main PES kat kedai game dalam Alam Sentral tu. Ini pun aktiviti wajib sepanjang bergelar siswa UiTM. Sememangnya siswa dan PES tak boleh dipisahkan, even waktu dah habis belajar pun.

Dalam pukul 4, kami pun berpecah mengikut hala tuju masing-masing. Buat masa terdekat ni belum ada plan lagi nak buat mini reunion macam ni, but some day maybe Insya Allah. Amin.

P/S: Teringin nak satukan Brotherhood SMKBSB dan juga Brotherhood UiTM ni..:-)

No comments:

Post a Comment