Saturday, December 28, 2013

Kisah AKU n Exam Preparation Pt. 5

Assalamualaikum semua, study week dah nak habis ni - so, bermakna exam aku memang dah around the corner je. Semester 5 ni tak dinafikan oleh senior merupakan yang tersusah dalam kos BAS ni, sebabnya..hehe, since aku pun dah merasa - so, officially, aku pun declare semester ni yang paling payah sampai boleh buat air mata korang mengalir..haha

Ini lah, jadual exam untuk semester 5 ni. Tak banyak pun paper, ada 4 je - sebab yang lain-lain tu dah amik test. Plus, nasib baik Research Methodology takde paper..:-)
Target mana bro?? Yelah-yelah, aku nak taip la ni. Target semester ni semuanya cukup makan. Gila ke apa nak target 4 flat. Memang harapan je lah..huu
  1. ADS512 (Project Management) - At most B+, at least B : Subjek ni memang seronok tapi bikin kepala pecah dengan RFQ tu..
  2. ADM653 (Social Security & Employee Benefit Administration) - At most A-, at least B+ : Subjek SOCSEC ni memang best, tapi dah macam subjek Industrial Relation pulak rasanya.
  3. ADS504 (Malaysian Economy) - At most B+, at least B : Subjek ni aku tak gemar sangat, tapi I'll try to give the best for it
  4. ADS652 (Public Finance) - At most A-, at least B+ : Subjek ni at first aku tak berapa nak suka, tapi thanks to its Lecturer, Cik Azila yang buat aku start suka Public Finance ni. So, untuk tak nak mengecewakan beliau, aku akan cuba yang terbaik untuk paper ni.
  5. BEL432 (Business Correspondence) - At most B+, at least B, subjek BEL memang susah sikit aku nak A..haha
  6. ADS 511(Research Methodology) - At most B+, at least B, subjek ni research paper yang kena buat partner pun dah macam aku sorang je yang buat. So, tak nak letak harapan yang tinggi sebab semuanya agak kucar-kacir.
  7. BJP 501 (Nihongo III) - At most B-, at least C+, aku kalau bab-bab Jepun ni memang sengal ubi. Lagi-lagi yang Hiragana tu..haha
So, total GPA expected:
  1. Maximum: 3.29
  2. Minimum: 3.07
Haha, sistematik tak aku ni..lol. Wish me luck okay dengan target tu. Apa-apapun, di kesempatan ni aku nak ucapkan selamat berperiksa kepada siswa dan siswi UiTM, semoga kita terus cemerlang dalam menempa nama didalam negara Malaysia ini dan global. UiTM Sentiasa Dihatiku!!

Sunday, December 22, 2013

Kisah AKU n SMF - The End

Assalamualaikum semua, nak update lagi ni. Boleh tak?? Huu, kalau korang tak bagi pun, aku nak update jugak..Ok lah, ni entri lama tau - sepatutnya aku nak update bulan lepas..haha, lama kan?? Well, seperti yang korang tau, sepanjang aku belajar kat FSPPP ni, hampir separuh hidup aku didedikasi kan kat sebuah organisasi yang dinamakan Sekretariat Mahasiswa Fakulti.
Tanggungjawab aku sebagai SMF bermula dengan perlantikan aku sebagai EXCO Penempatan & Non Resident pada bulan September 2012, waktu tu aku menuntut sebagai seorang siswa semester ketiga.
Sepanjang jadi SMF, aku tak pernah buat program. Ada je 2-3 proposal aku yang dah siap, but atas kekangan masa dan juga pertindihan dengan program lain - aku pun simpan je lah program-program tu.. Mana taknya, program budak-budak tu lagi mantap kan, aku punya ni biasa-biasa je..huk
But, sebagai EXCO NR, aku berjaya membawa masuk pengaruh Primasiswa (Unit Pengurusan NR) didalam fakulti dengan taklimat wajib UPNR yang nampaknya telah dijalankan 2 semester berturut-turut didalam Majlis Perjumpaan Bersama Dekan setelah meeting aku bersama JPNR dan UPNR pada awal semester 3. Aku rasa, ni lah pencapaian aku yang paling jelas pun dalam SMF. Kalau ikutkan semester-semester sebelumnya, takde pun taklimat from UPNR.
Untuk EXCO NR yang baru, aku tinggalkan pamphlet, borang, buku panduan NR. Fail pulak dah update dengan dokumen program yang lepas. Boleh lah kalau nak refer apa-apa yang patut. Yang buku log tu takde lah aku tinggal, itu diari okay (diari lah sangat)..huu
Yang bestnya jadi SMF ni, dapat akses guna bilik gerakan. Kalau takde kelas boleh buat kerja dalam ni, takpun tidur..huu. Ada satu masa tu, aku dengan Joe siap main pingpong lagi..haha
Ini lah bakal pengganti kami - TUNAS SMF dan juga Special Task Committee. In Sya Allah diorang ni yang akan menerajui kepimpinan SMF di Kampus Seremban 3. 
So, dengan PRK MPP yang berlangsung pada 27 November yang lepas. Maka, SMF 2012-2013 pun telah dibubarkan. Tak dinafikan, ianya merupakan hadiah hari jadi yang tak akan dapat aku lupakan. Walaupun dah bubar, tapi kenangan sepanjang bergelar pemimpin pelajar ialah kenangan yang paling indah dalam hidup aku.
Terima Kasih SMF atas kenangan ini. Sekarang ni dah jadi student biasa balik, takde bilik SMF dah, takde program untuk difikir. Yang ada cuma study dan juga kehidupan santai bersama kawan-kawan yang lain. At last, huu

Saturday, December 21, 2013

Kisah AKU n Konvoi Shah Alam - Banting

Assalamualaikum semua..Hey guys, dah masuk study week ni. Maaf jugak sebab lambat update blog ni, agak bersarang jugaklah. Bukan apa, just nak cakap yang semalam telah berakhirnya kepayahan hidup dalam semester 5 ni dengan submission research proposal dan juga drawing block untuk proma. Memang rasa terharu jugaklah time nak submit tu, sebab memikirkan susah payah nya dengan tak tidur boleh katakan setiap malam dalm  minggu yang crucial ni. Ok lah, ni aku nak cerita trip minggu lepas sebenarnya. Sebab dah takde masa nak curi untuk update, so terpaksalah delay.
Ni cerita 15 December tau, takut ada yang pelik pulak, sebab aku kan ada kat Rawang sekarang ni..haha. Hari tu, aku, Joe, Pok Jad, Helmy dengan Ishak berkonvoi motor dari Shah Alam ke Pantai Morib..perjalanan sejauh 50 KM itu merupakan yang terjauh aku pernah bawak tau..:-)
Konvoi ni tujuan sebenarnya nak release tension lepas bidding session hari tu - aku ni bukannya member of project team Synergy Dimension ni, but since Joe dah invite, aku pun OK je..Lagipun diorang ni kawan-kawan aku jugak..:-)
Sampai-sampai je kitorang lunch dulu, sambil melihat pemandangan sekitar Pantai Morib tu. Ramai jugak pengunjung yang datang terutamanya family. Aku ingatkan budaya berpiknik ni dah mati kat Malaysia, rupa-rupanya still banyak family yang masih menerapkan culture ni. Maklumlah, sekarang ni kan dah era globalisasi dan teknologi, anak-anak mana suka sangat nak keluar rumah kan?
Salah satu aktiviti yang banyak pengunjung buat kat sini ialah dengan bermain layang-layang.
Benda ni sebenarnya dah lama plan, sejak Part 3 lagi. But, semua busy sampai tak terjadi pun. So, kemuncaknya after bidding hari tu lah, bila Joe bawak idea untuk release tension...Buat student Part 4 sekarang, be prepare lah. Bidding tu boleh buat putus kawan tau..:-p
Panas cuaca minggu lepas. Nasib baik, aku pakai sweater time bawak motor - kalau tak mesti burn gila kulit aku.
Joe ni baru lepas memerut..haha, time-time ni pulak buat hal..haha
Siap letak sapu tangan kat belakang topi tu..:-)
Dah kenapa si Helmy ni nak pakai spec aku..huu
Bye-bye Morib, kami nak ke destinasi seterusnya pulak..:-)
Kesian CT100 aku hari tu, tiba-tiba kena paksa bawak jauh-jauh. Selalunya kat area-area UiTM je kan? haa, sekarang ni dah sampai ke Banting,,huu
Destinasi seterus kami ialah ke Pantai Kelanang. Kat sini kitorang lepak-lepak, makan cucur udang dengan air kelapa sambil sembang-sembang pasal pre and post bidding..haha, kongsi pengalaman masing-masing. Dengar cerita time study week ni diorang nak piknik lagi, camping to be exact. Tempat tu tak tau lagi.
Berteduh dibawah pokok sambil memerhatikan family-family yang berliburan kat Kelanang ni. 
Bersama Ishak, ni orang asal Banting. Semua tempat, short cut dia tau. haha
Sesi melepaskan tension (baling batu)..haha
Destinasi terakhir kami di Banting hari tu ialah ke Bukit Jugra. Ishak yang suggest, dapat tengok matahari jatuh katanya. Ni time tengah bagi makan monyet kat situ..serius kelakar gila..:-)
Pemandangan dari atas Bukit Jugra. Morib yang belah kiri tu. Kelanang pulak dekat-dekat situ jugak.
Kat sini ada rumah api, dan juga observation post. Tapi tak bukak untuk public time kitorang sampai hari tu. Kalau siapa-siapa nak try para-gliding boleh lah datang sini.
Bajet pulak dok ikat sweater kat pinggang. Ingat K-Pop ke? Dalam pukul 6.30 petang kami pun bergerak meninggalkan Bukit Jugra.
Perbincangan tentang minyak yang paling jimat dan of course PETRONAS is the best, sebab aku sorang je yang pakai Syntium kat sini, diorang 4 orang semua pakai SHELL. Mana taknya isi penuh RM 6, time balik ada setengah tangki lagi. Compare dengan diorang yang kena isi lagi time nak balik..haha

Sebab dah malam, Ishak pun ajak kitorang lepak rumah dia dulu. Siap dapat makan free beb, huu. Lepas Isya kami meninggalkan Banting dan tiba di Shah Alam kira-kira pukul 9.45 malam. Pengalaman betul bawak motor hampir 100 km dalam sehari. Bak kata Joe, at least time dah ada family nanti, ada something yang boleh aku cerita..huu, compare dengan diorang yang tau nak naik kereta je kalau nak jalan jauh sikit.

In conclusion, memang best sebenarnya berkonvoi ni, lagi-lagi dengan kawan-kawan. Yang mana tak try lagi tu, cuba-cuba lah - tak rugi punya.

Friday, December 13, 2013

Kisah AKU n FSPPP Gala Dinner

Assalamualaikum semua, sihat ke? aku kat sini tak berapa nak sihat sangat. Dah seminggu jugak rasanya badan lesu sebab demam hari tu, pasal bidding la kot..haha, ni pulak tiba-tiba ada rasa sakit gigi. Macam-macam betul la. Tapi, kita sebagai hamba Nya mesti lah terus bersabar dengan segala dugaan. Dengan final report PROMA yang hampir siap, serta skrip oral Jepun yang dah complete dan juga shooting yang cuma tunggu nak edit je. Overall, aku anggarkan minggu depan boleh fokus kat research paper. Ok lah, meleret-leret pulak aku ni, sebenarnya nak cerita satu event yang aku join semalam.
Semalam aku berpeluang untuk menghadiri sebuah event yang ditujukan kepada student-student Part 6, mantan-mantan ahli persatuan dalaman fakulti beserta alumni. Event ini diberi nama "FSPPP Gala Dinner" yang bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ni event ini dijalankan serentak untuk mengatasi masalah masa. Since, exam pun around the corner je. Oh, lupa pulak nak bagitau - tema bagi event kali ni ialah "Back To 60s" . Tengok lah kawan-kawan aku kat gambar atas ni, yang Joe siap dengan bunga dia tu, Pok Jad pulak dengan seluar baggy..simbol kegemilangan era 60an kat Malaysia ni
Sebenarnya event ni untuk Part 6 kan untuk meraikan diorang, but bila kena gabung dengan Malam Apresiasi, kami yang mantan SMF ni pun diundang sekali. Ada masa nanti, aku update pasal hari last aku jadi SMF - sebab busy sangat dengan bidding, so terlupa pulak nak update.
Bersama mantan EXCO Perhubungan Luar SMF, Aiman.
Ni pulak, macam lah korang tak kenal - mantan Timbalan Presiden II SMF, Joe.
Oleh sebab tak berapa nak sihat, aku makan satu round je tadi. Itu pun tak banyak, sedangkan tak makan pun satu hari semalam. :-'(
Haha, naik pentas pulak semalam - segan pulak..huhu
Bersama mantan EXCO Kerohanian SMF, Faizah yang sekarang ni memegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar FSPPP.
Ni lah ballroom Hotel De Palma. Memang cantik, puas hati jugak lah dapat dinner kat tempat macam ni..:-)
Ishak from SiMECTRA FSPPP. Dia ni dari awal sampai habis dinner asyik mengunyah je..tanki besar kot?
Pinjam shades Joe jap - hari tu dia ajak beli tapi aku dah la rabun, guane nak pakai dua-dua sekali?? haha
Tiga serangkai - dari awal masuk SMF bulan September tahun lepas, sampai lah dah resign, still bersama. Mana taknya, dah kelas pun sama, satu organisasi pulak tu - memang tak dapat nak berpisah la. Sejiwa katanya..lol

So, itu lah penamat bagi kehidupan aku sebagai SMF. Bagi adik-adik yang baru naik tu, bersedialah mental dan fizikal, kerana bila hidup dalam organisasi - mental kena kuat, seiring dengan fizikal. Kalau fizikal je kuat, tapi mental out pun tak jalan jugak. So, keep it balance okay!! Godspeed untuk bakal-bakal SMF 2013-2014.

Sunday, December 8, 2013

Kisah AKU n Bidding Day - Project Management

Assalamualaikum semua, semalam telah berlangsungnya event yang ditunggu-tunggu dan ditakuti oleh setiap Project Manager dan juga Project Team untuk kod pengajian Project Management didalam silibus BAS part 5. Event ni merupakan kesinambungan daripada RFP yang diterima kira-kira 2 bulan lepas dimana setiap Project Manager diberikan tugasan untuk merangka event untuk dinilai oleh panel-panel yang terdiri daripada lecturer dan juga expert from bidang ini.
Event ini bermula pada pukul 8 dengan pendaftaran dan briefing daripada jawatankuasa. Serius gila aku lemau and tak bermaya semalam. Makan asyik nak muntah je, maybe sebab efek demam tu ada lagi. 
Pukul 9, bidding proses dimulakan. Sebanyak 48 project team yang dibahagikan kepada 3 venue iaitu DK1, DK2 dan DSG, SUMMIT diletakkan didalam DSG dinilai oleh panel yang berdedikasi, Pn. Nurul Aini B. Zamhury dan juga En. Idrus.
Sementara mendengar selling session dari team lain. Project team aku merupakan yang ke-6 untuk mempersembahkan projek kami. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar hari ni, cuma ada beberapa amendment yang perlu dibuat untuk final report. 
Dalam pukul 1.30 petang, kesemua 14 team di DSG telah selesai membuat presentation. Suasana ceria di kem DSG, mungkin azab didalam projek ini yang membuatkan kami begitu gembira walaupun final report tak payah hantar lagi..Tahniah kepada semua Project Manager!!
Joe, Project Manager for Synergy Corporation bersama Yat, Financial XO from Mega Inc.
Ni diaaaa, Mr Farid - Head, Project Department for SUMMIT Pte Ltd.
Deregistration process, but time ni - delegation from DK1 & DK2 tak habis bidding lagi - so, since ruang pun banyak - memang sesi photoshoot la tadi. Seronok tengok rakan-rakan seperjuangan yang happy gila macam dah grad je..haha
Bersama Mr. Syawal, Project Manager daripada company yang aku tak ingat nama..lol
Makan tengahari dalam DSG. Tapi ramai tapau tadi, mungkin ada yang ngantuk sangat kot sebab tak cukup tidur. In fact, 90% of student yang terlibat secara langsung dalam projek ni memang tak kan dapat masa rehat dan tidur yang cukup. Lagi-lagi, bila bidding day dah nak dekat.
Sesi berkongsi pengalaman dan juga aktivit post-bidding. Since, team aku pun balik awal. So, aku pun celebrate dengan Synergy je. Tengoklah minggu depan, aku mesti kena treat project team aku jugak.:-)
Celebrate macam mana? Ke mana lagi bukan ke K-BOX, aku dah lama nak melenjan benda ni sebenarnya - cara terbaik untuk melepaskan segala masalah yang ada dalam diri - baik masalah peribadi, ataupun masalah orang lain.

Balik je rumah dalam pukul 7 - benda first yang aku buat before mandi ialah proses mengemaskan bilik yang statik je bersepah selama sebulan dua ni.
Sebelum operasi pembersihan. Ni bukan buat-buat tau, tak caya, tanya lah si Afiq tu.
Selepas operasi pembersihan..haha, bersih dan teratur kan?

So, itu je kisah hari Sabtu yang bagi aku sangat memorable didalam hidup aku sebagai student Part 5 ni - sesungguhnya takde benda yang bagi pengalaman sebegini, melainkan merasai sendiri suka duka hidup sebagai seorang Project Manager. Buat adik-adik yang Part 4 sekarang, good luck ye semester depan!!