Monday, November 4, 2013

Kisah AKU n Research!!!

Assalamualaikum semua, jam dah pun menunjukkan pukul 5.30 pagi ketika jari aku mula menaip papan kekunci Dell untuk entri kali ni. Well, topik entri pagi ni ialah berkaitan dengan research. 
Research ialah satu tugasan yang perlu diselesaikan oleh student tahun akhir macam aku ni - basically, semester ni more to develop the research proposal dan Insya Allah by semester akhir, research itu akan dijalankan. Dan seperti senior-senior yang dah pun merasa benda ni, seperti mereka, aku pun tak terlepas dari merasa pengalaman melanggar hukum alam untuk hari-hari minggu, iaitu - tidur siang, malam berjaga. Tak dinafikan, ianya memang efektif untuk brainstorm research ni, lagi-lagi bila dalam keadaan berseorangan.
Khamis lepas dah pun consult dengan Dr. Aliza, ternyata banyak jugak amendment untuk draft aku - walaupun dah buat agak detail. But, itulah namanya consultation kan. Mesti ada yang kena amend punya.
Conceptual framework yang main pakai tibai je ikut suka hati. Haha, tunjuk kat Prof Raufu terus kena reject sebab dia tak baca pun linkages yang aku buat kat bawah tu, memang lah tak nampak. :-( Nasib baik Dr. Aliza baca part tu and buat recommendation hari tu..:-)
Haa..ini lah hasil pagi tadi. Aku berjaya jugak develop 4 conceptual framework dengan harapan ada lah satu yang relevan and kena dengan topik research ni.
So far ni progress LR (literature review) aku, dalam setiap folder tu ada tersimpan 2-3 article yang diperlukan untuk menghasilkan satu literature review yang complete. Tapi, tadi baru siap kumpul mana yang okay je, belum buat pun lagi..haha
Lupa pulak nak bagi tau - topik research aku secara generalnya berada dalam skop Quality Management System, dimana aku cuba emphasizes ISO 9001:2008. Apa-apa pun, topik yang lebih kecil akan dibincang dengan lebih mendalam bersama Dr. Aliza petang ni.
Haa, nampak tu - berselerak kan meja. Mana taknya, minggu ni dah start SAF. Maknanya role aku bertambah banyak lah, baru je semalam melawat Team Tennis FSPPP dimana kami berjaya mendapat tempat didalam acara perseorangan wanita. Tahniah!! Hari ni rasanya nak melawat netball pulak.
Bila boring, survey-survey sikit decal untuk bowls aku - since SAF pun ada lagi dua minggu - sempat lah kalau nak beli sticker sekarang, boleh pakai time match nanti. :-)
Pistol? Apa tu, untuk suicide ke in case kalau kena reject lagi draft..? Takde lah, itu pistol laser aku beli kat Melaka tahun lepas. Ada lighter tau, tengah-tengah hujan ni, sedap jugak dapat pekena 2-3 batang..lol

So guys, aku nak Subuh dulu then tidur. Since esok pun takde kelas, consultation pun pukul 4 petang. Cukuplah nak topup balik masa tidur aku..Babai semua :-)

No comments:

Post a Comment