Sunday, August 11, 2013

Kisah AKU n Last Day Ramadhan 2013

Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya saya ucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Hari ni dah masuk raya yang ke-empat, bermakna sudah 4 hari Ramadhan meninggalkan kita semua. So, seperti tahun-tahun sebelumnya, didalam segmen raya blog ni, aku pun nak buatlah entri-entri raya aku. Nak jugak share pengalaman raya kan.
Oklah, jom bukak cerita raya dengan hari last kita semua berpuasa bagi Ramadhan tahun ni iaitu pada 7 Ogos 2013. Aku and family selamat tiba di kampung halaman pada hari itu sekitar pukul 9 pagi. Disebabkan tak tidur malam sebelumnya, aku ketiduran..haha, dari pukul 11 pagi sampailah 3 petang. Unlike tahun-tahun sebelumnya, hari memasak tahun ni memang aku tak buat apa-apa lah..
Bangun je pukul 3, aku solat Zuhur and opah suruh aku jaga lemang..haa, yang ni rutin setiap tahun
Adik and akak aku tidur time ni sampai pukul 6.30 petang, since diorang pun dah buat kerja stime aku tidur tadi. Dah macam kerja syif pulak..so, terpaksalah amik gambar sorang-sorang..huk
Hehe, lepas dah siap semua kerja. Aku pun keluarkan lah bola-bola hitam aku tu..Awal-awal lagi dah set nak bawak sebab rasa padang rumput sebelah gelanggang rumah tu ada potensi nak jadi green. Tapi agak heavy dengan tak rata jugak lah..:-)
Dalam pukul 7, aku, adik dengan Acik Fendi pun stop main - mandi and menunggu untuk berbuka. Sekitar pukul 7.35, azan Maghrib berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka di Perak Tengah. Maka, Ramadhan 2013 pun menutup tirainya, Syawal pun menjelma.

No comments:

Post a Comment