Thursday, August 15, 2013

Kisah AKU n Half Day at Onyx

Assalamualaikum semua, lama tak update blog kan? huu, ok lah, nak update la ni. Cerita pasal apa benda aktiviti aku hari ni je - unlike hari-hari tipikal kat ofis, hari ni aku pergi Shah Alam atas urusan dengan universiti. So, semalam aku dah bagitau kat Rina yang aku half day je hari ni. Pukul 9 pagi aku tunggu bas U80 kat Brickfields and sampai kat Shah Alam dalam pukul 10.15 pagi.
Before pergi settle semua urusan, pergi makan nasi lemak favourite kat Seksyen 2 dulu..nyum-nyum, sedap nya..dah lama tak rasa..:-)
FSPPP Shah Alam, macam ni je lah daripada mula-mula aku masuk dulu..haha
Dah siap semua urusan, nak balik..bye-bye FSPPP, bulan 9 jumpa lagi eh. Tunggu aku tau!! Aku bergerak dari Shah Alam ke Kuala Lumpur dalam pukul 12.00 and tiba sekitar pukul 1.15 - sampai-sampai je terus ke office. Sebab aku target aku masuk balik pukul 12, tak tau lah pulak sesak Federal tu.
Sampai ofis pukul 1.30 petang, terus je mintak dokumen kat Kak Rina then straight away buat kerja..huu, gigih tak aku ni. Bukan apa, since aku pun tinggal 2 minggu je kat company ni, plus ada lagi 3 section tak cover lagi. Takut tak sempat habiskan je.
Since aku masuk lambat, so terpaksalah balik lewat sikit tadi - amik bas TM-KL kat Puduraya pukul 7 petang. Hari ni aku unleash baran aku kat orang tau - nak tau siapa? huu, kat orang yang jaga kaunter tiket tu - dah terang-terang aku bayar RM20, mestilah baki 16.00 - ada ke dia bagi aku RM6 je sebab dia percaya yang aku bagi RM10. Dah kau yang berfacebook time buat kerja memang lah tak fokus, pastu dia tarik muka, and marah aku balik - aku pun sound lah balik and lagi agresif pertahankan stand aku - last-last tau pun dia bagi jugak baki aku..:-)

p/s : Mulai esok aku beli tiket dalam bas je la, malas nak menghadap muka brader tu lagi.

No comments:

Post a Comment