Assalamualaikum kawan-kawan semua, minggu ni aku dengan family except adik meluangkan masa kami di Melaka. Macam biasalah, dah nak dekat raya ni mesti kita semua sibuk dengan persiapan kan, so family aku pun tak terlepas jugak. Kenapa Melaka? hah, tu yang jadi persoalan kat aku jugak sebenarnya - maybe diorang dah jatuh cinta kat negeri tu kot since first time along belajar kat UiTM KBM tu.
Kitorang bertolak semalam dalam pukul 7 pagi. Kalau dulu, kitorang check in kat hotel dulu then rehat, lepas Zuhur baru gerak. Tapi semalam, sampai-sampai je terus ke Melaka Mall depan Graha.
Mula-mula aku jalan sorang-sorang je, boring doe adik aku takde..dah cam loner. Takde orang nak amik gambar pulak tu..huk. Adik aku SPM tahun ni, so sekolah dia tak bagi keluar hujung minggu sebab gred tahun lepas turun, haha..:-0
Last-last follow ayah je, kat Melaka Mall ni aku sambar baju sehelai je...bukan apa, baju kemeja memang berlambak lagi kat rumah aku tu. Sampai dah tak muat nak sangkut dalam almari..
Lepas Melaka Mall tu, kitorang singgah TESCO pulak - tapi cam biasalah perempuan bila shopping, yang banyaknya berjalan je. Last-last, satu benda pun tak beli..*sigh*
Lepas Zuhur baru kitorang check in - Mahkota Hotel ni konsep macam apartment, sila ke link ni untuk tengok gambar tahun lepas, sebab tahun lepas kitorang stay kat sini jugak.
Since aku pun tak cukup tido semalam, aku pun tertidolah dari pukul 2 sampai pukul 7. Mak cakap aku tidur mati sebab tak perasan pun yang diorang keluar beli makanan kat Bazaar..bangun-bangun je tercium asam pedas..haha
Malam pulak, lepas je Maghrib kami jalan kaki from hotel ke Mahkota Parade. Dekat je, adalah dalam 5 minit jalan.
Oops, terkantoi pulak baju dia ni..hehe. Tapi along cakap ni baju nombor dua - yang first cari waktu shopping sekali dengan adik nanti..
Kitorang ni umur dah 20an pun still shopping dengan mak ayah..huu, ok lah, baru happening and happy family.
Baju raya aku ada kat sini - kaler? cari lah sendiri.
Sebelum balik hotel, kitorang jalan-jalan kat Uptown, minum malam dulu. Nampaknya Melaka tak pernah failed provide gegirl kiut-kiut sejak tahun lepas aku datang..semakin ramai, I guess..huu.
Lepak dekat swimming pool dulu..haha.
Dalam pukul 11 tadi kami check out and menuju ke MYDIN Melaka, adik ada request barang pulak..
Teman along pergi beli kasut yang at the end aku yang bayar sebab purse dia tertinggal kat beg mak..
Takpe-takpe, nasib baik duit banyak lagi..huu, mentang-mentang lah elaun dah masuk..:-p
Dalam pukul 4 petang kami sampai Tasik Puteri , jumpa adik aku ni. Minggu depan hari Jumaat dia balik lah. Bagus, ada jugak geng aku kat rumah ni..Eh, terlupa pulak aku ada kat rumah hari minggu je..erk
Ok lah guys, aku kena tidur awal ni - esok hari Isnin. Start kerja balik, selalu Isnin yang paling liat nak bangun, dah masuk Selasa ok je.