Sunday, September 30, 2012

Kisah AKU n Modul 3 LPPKP

Salam kepada reader blog ni. Harap sihat la ye, so ni sambungan untuk Modul 2. Seperti yang korang tau minggu ni aku handle 2 modul, semalam untuk Part 2 and yang hari ni punya for Part 3
Oleh sebab aku ni pun student Part 3, so aku pun kenalah join Modul 3 ni. Luckily untuk hari ni, ada 4 urusetia yang dapat bertugas 100 %. Aku takdelah risau, cuma waktu dengar ceramah still keep in touch dengan diorang.
So far, STC bawah kendalian aku pun dah start nampak picture handling modul. Rasanya taklah risau sangat dengan flow program tadi. But, honestly pagi tadi memang agak huru-hara jugak, sebabnya tak bolehlah nak bagitau kat sini. 
p/s : Muka aku dah ada iras-iras JFK pulak..ngeh2x
Como's Brother. Yang 2 belah kiri tu orang kat sini panggil "Vanilla-Coklat", huu..rasanya korang pun dapat agak. Belah kanan tu namanya Yasin, dah lama takde muka brader ni dalam blog aku.
Ni pulak waktu LDK, amazingly dapat sekali satu group dengan Joe, Helmy and Pok Jad. Budak-budak lain kata kitorang susun nama..huu, mana adalah. Fakulti yang urus student list, bukan aku.
Manis tak saya..geli ja, huu
Event management punya LDK, buat event. So far, takde masalah dalam benda ni. In fact, waktu aku join modul 3 ni, aku sendiri ada event yang perlu diuruskan.
Seronok join event yang budak-budak ni buat. Yang paling aku suka kumpulan Pok Jad tadi, macam rasa main gameshow Spontan tu. Gila Hilarious!!
Menang event yang group Joe buat, dapat Choki-Choki..huu
Dalam pukul 6, LDK dismissed. Aku and several STC cam biasalah, make sure every inventory simpan dalam bilik SMF, pintu kunci..cuma yang tak sempat tadi kebersihan dalam DSG tu. Aku terlupa langsung. Dalam pukul 7, aku pun balik.

That's the end of my experience mengetuai modul buat kali pertama untuk fakulti ni. Penat? Of course, tipulah kalau tak penat. But, sangat best. Harap dapat join lagi.

Saturday, September 29, 2012

Kisah AKU n Modul 2 LPPKP

Assalamualaikum semua, modul 2 LPPKP ni bukan modul yang aku kena amik untuk sem ni. Nama pun Modul 2, so target groupnya mestilah student Part 2 and termasuklah student yang repeat modul ni sebab tak datang sem lepas.
Untuk modul ni, aku sebagai ketua memasukkan muka-muka baru. 5 daripada STC, dan 2 orang SMF untuk melicinkan program. Risiko sangat tinggi sebab 4 daripada 5 STC mengikuti modul pada hari tu - meninggalkan cuma 4 tenaga kerja yang efisyen.
Pada masa yang sama, beberapa orang SMF mengemaskan bilik gerakan. Seperti yang korang tahu,   kami TUNAS dah naik menjadi SMF sesi 2012-2013. So, bilik gerakan mestilah dibersihkan seiring dengan muka-muka baru ni.
Best sebenarnya urus modul, wifi kat fakulti sangatlah laju. Memang download software je kerjanya tadi sementara memerhati pergerakan urusetia.
Kekadang tu singgah jap bilik gerakan ni. Tolong mana yang patut. Bilik ni bakal jadi bilik aku jugak, takkan lah nak biarkan diorang bertujuh je yang kemas.
Muka kepenatan, sedangkan baru setengah hari. Mungkin sebab tenaga kerja yang sebenarnya untuk hari ni cuma 4 orang je.
Ajak lah jugak rakan seperjuangan SMF tadi untuk sama-sama makan. Ada lebih jugak tadi makanan, student ramai nak repeat next sem kot, huu.
Sesi kaunseling ke apa ni? Lepas Zuhur, keadaan lagi membimbangkan tapi masih terkawal. Ain Najwa, sorang lagi urusetia kena balik sebab family matter menjadikan hanya ada 3 urusetia yang masih standby
SMF Part 2 yang join modul. Dah macam kat kantin sekolah..huu
Tak tau pulak dengan siapa "Prototype Abg Su" ni bergayut..
Seronok pulak brader ni, lepas gayut dengan awek la katakan. Plus, esok modul kitorang satu kelas dengan bunga dia..huu
Semangat pakai formal, orang lain kasual je..student pun ada yang pakai tak formal.
Pukul 5, Hafiz & Aiman mintak permission nak balik sebab nak dapat seat dalam untuk Program Dr. Zakir Naik kat DATC. Kritikal sekarang sebab aku je yang tinggal untuk urus modul ni. Modul 2 habis awal jugak tadi dalam pukul 5.45 camtu. Sebab aku kena join esok, so aku senangkan kerja biro-biro lain dengan refill balik kotak fasi. Seram sejuk gila buat kerja sorang-sorang kat fakulti.
Dalam pukul 6.30, dalam keasyikan mengisi kotak-kotak. TP 2 datang singgah, katanya nak tengok  ada orang lagi tak kat fakulti, tiba-tiba nampak motor aku ada. Naik bilik, nampak aku ada lagi. Joe ni baru pas jogging, dia sampai je 
Urghh!! Penatnya. Esok lagi la, kena join and handle sekali. But sometimes, aku rasa aku boleh buat benda ni. 

Thursday, September 27, 2012

Kisah AKU n Mari Bersukan

Assalamualaikum dan selamat malam, jadual semester tiga ni memang best. Hari Isnin, Selasa start pukul 4 petang, Khamis pulak pukul 2. So, aku, Joe, Helmy and Pok Jad bercadang lah untuk gunakan waktu pagi dengan bersukan. Badminton tentunya pilihan kami berempat. Dah ni je sports yang aku enjoy. In addition, awal minggu biasanya kitorang tak busy, nak last-last tu baru nak hempas pulas Modul student.
Pagi tadi, Helmy tak dapat join atas sebab yang aku tak pasti apa. So, forum bertiga je la. Kat atas ni Pok Jad - En. Idzard Haffian. Juga seorang SMF, memegang EXCO Perhubungan Dalaman & Alumni.
Kapten Deq Joe, nama sebenar En. Zulkifli. Juga SMF, diantara kami bertiga, portfolio dia paling tinggi sebab dia ni salah sorang dari MT SMF - Timbalan Presiden 2
2 jam jugak kitorang main tadi. Yang buat lama match aku dengan Joe tadi - kitorang main 2 game, Pok Jad pulak tak silap aku main 3 set ja. 
p/s: Akhirnya dapat menembusi mata 15 lawan Joe, setelah sekian lama..huu
Fine! Pipi naik kan, tengok la aku exercise banyak-banyak, buat Rushfit bagi turun balik. Yang peliknya berat aku maintain 50 kilo.
Tengok bulu tangkis tu, dah macam apa - kena penangan smash Joe tu.
Snapshot from video yang dirakam tadi, maaf la snapshot buruk..kamera henset je..:-)

Akhir kata, semoga dapat selalu main badminton macam pagi tadi. Really enjoy walaupun menanggung kekalahan, huu

Kisah AKU n Akhirnya..

Assalamualaikum semua, tajuk entri semacam je kan, but itulah kisahnya. Minggu ni memang sangat penat. Tapi dalam kepenatan tu, ada benda yang dibalas. Dan itu bakal jadi satu kenangan hebat untuk diri aku.
Ni masa meeting TUNAS bersama MPP. Hari Isnin lepas, agenda meeting untuk mengundi MT SMF.
Haa, yang kat belakang dua orang tulah MPP aku. Yang tengah tulis tu En. Amirfiqri, yang lagi sorang namanya En. Nor Hisyam. Yang tengah bergambar ni bestie aku, En. Zul..by the way, dia dapat jawatan Timbalan Presiden 2 - bekas post mentor kitorang waktu jadi TUNAS, En. Suhairy.
Bak kata Joe, raja fake. Tau je nak wat busy waktu orang amik picture. Aku memang takde chance la nak masuk MT, but syukur position EXCO untuk aku dah secured cuma tak tau EXCO apa aku berkhidmat je.
So, inilah bilik aku dan 16 yang lain akan bekerja untuk satu penggal ni. Kata Abg Su, ada satu part tu yang kami akan tidur kat sini sebab busy sangat. Sekarang ni pun dah nampak busy, mana taknya awal-awal lagi dah bertimbun kerja - yang paling latest, kena urus Modul LPPKP 2 & 3 hari minggu ni.
Ni pulak petang tadi punya cerita. Seperti yang aku jangka, EXCO Penempatan & Non Resident yang aku harap-harapkan selama ini memang menjadi milik aku. Terima kasih kat MT-MT yang memberi kepercayaan ni kat aku. Tak sia-sia jugak pergi meeting JPNR minggu lepas.

In conclusion, lepas ni bakal menjadi hari-hari mencabar sebagai bukan seorang student biasa, tapi SMF. Kata Presiden, En Amirul - jaga pemakaian, tingkah laku dan juga hubungan sesama student dan staff di fakulti ini. Baru mereka ada rasa hormat akan organisasi ni.

Thursday, September 20, 2012

Kisah AKU n Meeting Bersama JPNR

Assalamualaikum semua, hari ni memang permulaannya hampeh. Pergi kelas 8.30 pagi tapi tau-tau kelas tu dah bubar. Pastu lepak dengan Deq Joe tengok badminton match, tumpang FSR punya tv..huu. Then, pergi mengundi untuk PRK FSPPP 2012. 12.30 pulak ada brief meeting dengan mantan MPP FSPPP, Kak Hanis Liyana dan juga beberapa senior SMF - Abg Sai, Abg Ismadi, Abg Wan, Kak Dila and Kak Jun.

Pukul 3 aku ngan Joe balik, repair motor (seat sangkut, tak boleh bukak). Pastu singgah Giant jap beli stok air kotak, canned food. Ditakdirkan, aku baru je masuk rumah. Penat mendaki tingkat 5 tu pun tak hilang lagi tau. Dapat message from Abg Wan - katanya nak wakil from TUNAS untuk menghadiri meeting bersama JPNR kat Primasiswa pukul 8 malam.
Aku tidur jap, dapat lah 3 jam tidur tadi. Seronok walaupun sekejap, pukul 7 aku bersiap. Kalau dah bab NR ni memang aku berminat, in addition dulu waktu selection TUNAS - EXCO Penempatan & Non-Resident la jadi pilihan aku. Tak taulah, maybe sebab aku seorang NR, Primasiswa tu dah selalu jadi R&R aku dulu, and yang paling penting - takde TUNAS pun yang apply portfolio tu..huu
Ni lah PrimaSiswa, selalunya budak-budak tau tempat ni sebagai satu lokasi untuk study, pergi Bank Islam. Tapi, tak ramai yang tau function sebenar bangunan ni, dalamnya ada bilik seminar, meeting room, tempat istirehat and surau.
Sampai je, senior-senior kat sana ajak makan..huu, save bajet dinner. Best bekerja dengan diorang - asyik gelak ja. Ada yang tanya if kalau aku berminat nak jadi JPNR. Tengoklah dulu, kalau aku kena lucut from SMF, maybe aku run ke sini pulak..
Yang join meeting tadi mostly MT SMF from fakulti-fakulti kat UiTM ni, then MT JPNR, MT Persatuan Dalaman Fakulti-Fakulti. Aku rasa aku sorang je yang sesat wakil SMF from TUNAS. Rata-rata diorang berumur 22-24 camtu, seronok diorang panggil aku adik tadi, sebab aku paling muda..huu
Lepas habis meeting, aku bergegas ke Kompleks Sukan. Nak tau siapa MPP baru FSPPP. Tahniah kepada En. Amirfiqri dan juga En. Hisyam. Buat kerja elok-elok pasni. Sempat jugak berjumpa dengan senior SMF, Abg Sai and Kak Dila.
Dipertemukan secara tak sengaja dengan kawan zaman asasi dulu - Muhaimin. Dia ni SMF FUU, esok katanya nak ajak dinner sama-sama.

So, itulah. Makin bertambah kerja aku tiap-tiap hari. Kata Joe, esok ada meeting dengan KSN kat Dewan Seri Budiman, pukul 3 petang..huu. Sya cakap minggu ni dia urus Modul 1 - nasib baiklah nama aku tak naik jadi biro..Dapatlah rehat jap, kalau nak tolong pun mungkin lewat pagi aku datang.

Wednesday, September 19, 2012

Kisah AKU n Majlis Perjumpaan Dekan Bersama Pelajar FSPPP Part 2

Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian. Sihat? Harap-harap sihat lah, doa-doa lah agar aku sembuh, demam selsema aku tak hilang lagi. Nak pergi klinik, tak sempat asyik busy memanjang. Takpelah, hari minggu ni kalau ada masa aku pergi. Kawan-kawan, baru dua minggu aku kat UiTM ni, tapi sibuknya mengalahkan orang bekerja. Dalam entri sebelum ni, aku cerita pengalaman bekerja hampir 10 jam tanpa henti. Kali ni, aku cerita event pada hari kejadian.
Pukul 7 pagi aku bertolak dari rumah, oleh sebab aku Biro Multimedia - video korporat SMF, BACAS and CASS, buku program semuanya ada kat tangan aku. backup aku ada bagi kat Joe in case kalau aku tak sempat datang on time. Bukan apa, aku nak kena run pergi fakulti jap nak print 54 keping buku program. Waktu nak print lah masalahnya, tak boleh nak buat double sided macam biasa - so aku buat manual and take time la. Risau tak sempat sampai ja, tapi berkat doa - sempat jugak aku sampai ke DATC. 
Basically, semua benda dah siap. Video korporat dah dapat kumpul semua, buku program pun sempat aku bagi kat Biro Program. Tagging pun semua dah sedia. Kerja aku untuk hari ni sebenarnya takde pun, cuma monitor si Joe (Teknikal) tu - takut tersilap queue video tu ja.
Tapi takdelah aku dok kat backstage ja. Ada lah jugak jalan-jalan, keep in touch dengan Biro Makanan & Pendaftaran kat luar. Walkie-talkie takdak pulak, so memang kena berjalan lah. Sebenarnya aku tak berapa sihat sangat pagi tadi, jalan-jalan boleh keluar peluh sikit.
Ha, ni pulak waktu persembahan SiMECTRA - Jijah tu kawan aku sejak asasi, sedap suara dia tau - dia duet OST Ombak Rindu tu. Suara lelaki tu sebijik macam Hafiz AF.
Ni pulak sesi pengenalan calon pemilihan JPP. Esok, kami pelajar FSPPP akan keluar mengundi untuk Pilihan Raya Kampus. 
Aku ni memang suka random snap pakai C3 ni. Huu. percaya atau tak kamera Nokia C3 ni lah the heart of my blog. Takde picture, takdelah entri.
Sesi bersama KPP BAS and BCA.
Waktu ni dah habis. Biasalah, amik picture wat kenangan. Ni Joe, bestie jugaklah kat UiTM. Biro Teknikal untuk program ni, apa-apa masalah untuk A/V, jumpa lah dia.
Hehe, nak jugak. Takde kerja pun sebenarnya kat program ni untuk hari kejadian. Sebab basically Biro Multimedia ni kerjanya belakang tabir, kerja before program - buat video, design tagging, design buku program. Kalau semua settle, kerjanya monitor biro lain, especially teknikal bila berkaitan dengan laptop. Bila tak settle tu yang kelam kabut ja. Alhamdulillah, aku and Hafiz berjaya jugak buat semua benda yang diperlukan.
Kemas-kemas sikit, turunkan banner. Gila gayat tadi, dah lama tak naik tangga camtu..
Gamo or Gamogen, Biro Pendaftaran. Dah macam receptionist kat KLCC pulak, huu..Teringat waktu kerja dulu.
Sesi menapau makanan lebihan. Gila banyak extra, tapi memang tak lah aku nak bawak balik rumah. Siapa je yang ada, Muja dengan Afiq. Satu plastik ada 9 bungkus. Diorang paksa jugak aku amik satu plastik, oleh sebab aku nak terus ke kelas CTU pukul 2, aku bagi kat Abid. Selesai masalah, huu.
Program keempat aku berkhidmat dalam fakulti. Semoga dapat terus menabur bakti kepada FSPPP. FSPPP Dihatiku! UiTM Dihatiku!
So, MR/MRS anonymous, did I answer your questions?