Thursday, February 2, 2012

Kisah AKU, Perempuan n Pendidikan

Sekarang, kita dapat lihat kemajuan pendidikan dalam kalangan wanita. Jika dulu, mereka dipinggirkan, kahwinkan sahaja selepas tamat sekolah menengah, ada juga ibubapa yang sanggup memberhentikan anak perempuan mereka dari sekolah semata-mata tidak mahu menanggung kos pembelajaran. Dah macam kat India la pulak, bila hak pendidikan untuk perempuan diabaikan. Tetapi sekarang, sudah dapat kita lihat perempuan sedang mendominasi setiap universiti-universiti terkemuka dinegara ini. Sebagai contoh, UiTM - institusi dimana aku menuntut telah ditawan oleh perempuan. Kelas aku pada semester depan, mengikut sumber akan ada hanya 2 orang lelaki, berbalas 10 perempuan. Perempuan memang pandai akan tetapi ramai lagi diantara mereka yang tidak melihat pendidikan satu entiti penting yang perlu ada.

Mungkin ada lelaki yang mengatakan aku ni agak membelakangkan kemampuan mereka tetapi itulah hakikat sekarang. Perempuan yang dahulunya kita pandang enteng, mungkin akan menjadi boss kita.Mereka ada dimana-mana - jurutera, doktor, pentadbir, cikgu, peguam dan macam-macam lagi. Tetapi dimanakah kita - merempit di jalanan, menggunakan wajah yang kacak bergaya untuk mengorat perempuan-perempuan ini. Semestinya tidak bagi lelaki yang punya kesedaran, yang punya maruah, yang punya akal.

Berbalik kepada topik kita hari ini - perempuan dan pendidikan. Ada lelaki yang tidak suka teman wanitanya lagi pandai daripada diri mereka, kita dapat dilihat benda ini terjadi dalam kalangan remaja-remaja. Bagi lelaki, mempunyai teman wanita yang educated, membuatkan mereka rasa inferior. Perempuan itu yang bakal menanggung mereka, tak malu ke??

Kepentingan yang pertama - dengan pendidikan. Perempuan akan berasa lebih berdikari, walaupun tanpa suami yang memberi nafkah - mereka akan terus hidup dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Tambahan pula, jumlah pendapatan isi rumah dapat digandakan dan sekaligus boleh membantu keluarga dalam membesarkan anak-anak.

Yang kedua - perempuan dengan pendidikan lebih dihormati dan dikagumi dalam kalangan masyarakat, to be highlighted - dalam kalangan lelaki. Bayangkan korang akan bersama sehidup semati dengan perempuan yang telah sampai ke satu tahap dimana mereka sering dipandang rendah dahulu - tidakkah terbit satu perasaan yang dinamakan 'hormat' dan 'kagum' . Kita kagum dengan kemampuan dan kegigihan mereka, kita hormat status mereka. I'm not talking about status dan harga hantaran yang tinggi, ooh..perempuan dengan diploma begini harganya, kalau first degree pulak camni and blaa..blaa..I'm talking about status pendidikan - bukankah orang yang berilmu patut dihormati tidak kira apa bangsa, agama, warna kulit, kasta dan juga jantina

Ketiga - perempuan yang berpendidikan tidak mudah diperbodohkan. That's common. For sure.

Insan bernama wanita, buat adik-adikku yang masih bersekolah, yang menunggu keputusan SPM, janganlah kamu berfikir fungsimu hanya kilang buat lelakimu dan juga suri hidup mereka dan keluargamu. Jangan jadikan kewangan sebagai alasan, kerajaan Malaysia cukup bermurah hati untuk membantu - Biasiswa, Baucar Buku, Pinjaman. STPM. Ya, ini juga dapat membantu kamu untuk terus belajar, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"..Jangan jadikan boyfriend sebagai penghalang, pedulikan mereka jika mereka menghalang dan berniat untuk menghancurkan diri kamu - fikirkan ini, adakah dia boleh membahagiakan hidup kamu kelak. Kamu semua harapan ibu bapa, peganglah itu.

Konklusi - perempuan masa kini memang memerlukan pendidikan, dan generasi muda ini patut meneruskan perjuangan ibu dan kakak mereka yang berjaya mengenggam segulung ijazah. Akhir kata, buat adik-adik perempuanku - See You Di IPT
UiTM Dihatiku

No comments:

Post a Comment