Wednesday, May 17, 2023

Kisah AKU n Raikan Raya @ KL Convex

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan ada a few entri yang aku nak kongsi untuk cerita minggu terakhir Syawal 2023 aku tahun ni. Jom kita mulakan dengan open house Raya anjuran KLCC Holdings Sdn Bhd.
Pagi semalam kalau ikut plan asal nak carpool dengan Irfan, tapi last minute tukar plan pulak. Nasib baik aku baca WS, kalau tak pishang sampai ofis tapi member dah gerak dulu. So, aku pun drive lah ke venue majlis yang terletak di KL Convention Center. Dah lama tak drive kat pusat bandar ni, tu yang teruja tengok bangunan tinggi tu. Huhu
Sampai dalam jam 10.20 pagi, since event jam 11 so stay dalam kereta kasi setel apa-apa pending works dulu. Jangan lupa ambil gambar tiang, karang sesat lagi cam hari tu. Haha
Jam 11.15am, aku dan Irfan menuju ke main hall. Tapi memang tak ramai lagi tetamu yang hadir, maybe masih awal lagi. Kami pun tak dan nak makan dulu, ingat nak tunggu ramai sikit. Baru ada feel open house..:-)
Bersembang dengan En Samsul from KPM. Ohh lupa pulak, kami hadir ni adalah atas jemputan KLCC Parking Management Sdn Bhd (KPM) yang merupakan one of subsidiary didalam KLCC Holdings.
Tetamu dah start memenuhi dewan sekitar jam 12.30. Memang lah dah lunch hour, kami ni je yang excited datang awal. Bukan apa, nak elak jem..:-p
Korang tekalah gambar ni aku dapat from siapa? Siapa lagi kalau bukan from Iman. Haha. Aku dah agak, kalau si Irfan tu pegang phone memang confirm dia report kat bro yang sorang tu.
Ada jugak kenalan from industri such as Mr Fikry from Setel, Mr Syazali from Sysmantech, Mr KZ Sau from Enctech yang duduk satu table dengan kami semalam.
Dalam jam 2.30 petang, reps from Touch 'n Go bergerak pulang meninggalkan majlis. Bukan apa, kalau ikut memang nak ngeteh lama lagi tapi ada back-to-back meeting jam 3 dan 4. So, cabut dulu then masuk meeting sambil drive.

Okaylah, aku pun dah ngantuk ni. Esok kena gerak awal sikit since nak kena ada kat MITEC jam 10. Esok aku akan terlibat sebagai hos bagi rumah terbuka Raya Touch 'n Go Sdn Bhd yang akan berlangsung di MITEC. As BD, ni merupakan event terbaik untuk networking dan juga maintaining our relationship with business partners, vendors etc.

Kisah AKU n Syawal 2023 - Day 23

Assalamualaikum,

Minggu terakhir Syawal ni memang penuh dengan open house je, baik from rakan-rakan ataupun corporate invitation. Malam ni aku nak share cerita Sabtu lepas dimana aku dan family pergi beraya di tiga buah rumah dalam masa setengah hari! Of course, semua rumah yang kami attend tu were my wife's friends lah. Aku ni mana ada kawan sangat. Haha

Hari Sabtu dalam jam 2 petang, kami menuju ke Bandar Tasik Puteri di Rawang untuk rumah pertama. Tuan rumah merupakan rakan sekerja wife di Rotiboy. 

Tengok si Iman tu tak nak lepas ibu dia. 

Bila kena tinggal jadi clueless camni, sambil garu kepala. Haha

Nak dekat dua jam jugak beraya kat sini hari tu. Yang wife syok nyembang dengan member, aku pulak sembang RFID dengan bapak dia. Before mengundurkan diri, sempatlah ambil gambar buat kenangan.

Dalam jam 4 petang, kami bergerak ke rumah kedua yang terletak di Aman Putri, Shah Alam.

Yang ni pulak member wife time belajar di IPB dulu. 

Kat sini aku tak makan banyak pun sebab memikirkan ada sebuah rumah lagi..:-p

Yang dua orang ni nasib baiklah tak banyak ragam sangat. Huhu

Macam biasalah snap gambar sekeping dua before proceeding to the next destination.

Haa, rumah nombor ketiga ni jauh sikit iaitu di Bandar Saujana Putra. Diluar jangkaan aku, jem siakk petang tu. Tak silap kami gerak jam 6 petang, nak dekat pukul 8 malam jugak sampai. Time dalam jem ni lah baru menyesal tak makan tadi. Huhu

Rumah nombor ketiga dan terakhir ni condominium. Tinggi betul..:-p

Uniknya, instead of buat kat rumah hos majlis memilih untuk buat makan-makan di rooftop.

Fariq lah paling syok sebab ada playground kat situ. Ada jugak disediakan ruang solat untuk tetamu yang hadir.

Makan pun bersila. Huhu

Ni pahal pulak budak ni? Katanya ibu lama sangat sembang dengan kawan. 

Haa pergilah sambung main. Abah dah tak larat ni, nak duduk jap. Pasni nak drive lagi.

Selfie dengan Iman..:-)

Ni lah antara member-member wife from IPB yang sempat dikumpulkan malam tu. Bagus betul, aku member UiTM pun dah MIA. Adalah sembang sekejap dengan Joe time raya hari tu, tapi bro pun dah menetap kat Penang so susah sikitlah nak jumpa sekarang.

Kami pun nak bergambar jugak. Huhu

Around jam 10 malam kami pun bergerak pulang ke Rawang, singgah R&R Sungai Buloh tapau KFC since kat rumah last ni pun aku tak makan sangat sebab most of juadah dah nak habis. Sobs

Baiklah, itu je cerita Syawal hari ke-23 kami. Akan ada a few lagi dalam masa sehari dua ni. Banyak lagi corporate open house yang aku attend minggu ni, pagi tadi anjuran KPM, hari ni Touch 'n Go pulak, Khamis dengan JCORP. So nantikan lah ye, if banyak gambar aku buat separate entry if not lump dalam satu entri je.

Saturday, May 13, 2023

Kisah AKU n Rotiboy 25th Anniversary Dinner @ Setia City Convention Center

Assalamualaikum,

Before nak menunggu Subuh ni elok rasanya aku update dulu satu event yang aku attend minggu ni.  

Isnin lepas aku berkesempatan memenuhi undangan from office wife untuk Rotiboy Bakeshoppe 25th Anniversary Dinner. 

Kena buat covid test dulu. Bagus diorang ni, dekat TNG benda ni dah jadi rare commodity dah. Haha

Majlis berlangsung di Setia City Convention Center, since daftar pun kena jam 6 petang so hari tu aku WFH. Yang staf-staf diorang lagi syok dapat cuti free, baik yang staf HQ sampailah dekat outlet-outlet.

Datang dengan wife je hari tu. Anak-anak minta tolong mak ayah tengokkan sekejap, kebetulan Along dan Mikail pun ada kat rumah ayah. 

Aku mengayakan full set baju Melayu hari tu seiring dengan tema Tradisional + Western

After registration, kami ke counter handprint ni. Aku pun tak berapa ingat untuk what purpose, some kind of nak dapatkan collection tapak tangan from attendee dinner tu kot.

Ada 100+ table jugak malam tu yang dikhususkan untuk staf-staf HQ dan subsidiaries, vendor, franchisor dan lain-lain.

Selfie dulu before event start.

Event bermula jam 7.30 petang dengan ucapan from Founder & Chief Steward Rotiboy Bakeshoppe Sdn bhd, Mr Hiro Tan. Sempoi je CEO dress macam tu, according to my wife memang big bos diorang ni sejenis humble and down to earth guy which is a rare quality among top management nowadays..:-)

Tak sabar nak menunggu makanan tu. Food kat sini served every half an hour dimana ada pelayan yang akan hantar ke meja. Aku personally tak berapa gemar style gini sebab akan jadi limited, takpelah maybe tu cara diorang control crowd kot. Huhu

Dalam pukul 10pm, keluar sekejap nak stretch badan. Ikut tentatif event habis jam 11.30, dah lah esoknya kerja..:-p

Sambil tu jadi cameraman amik gambar wife dan juga rakan sekerja dia di Account Department.

Sempat lagi ambil gambar kat photobooth. Ngam-ngam je kitorang last batch.

Masuk main hall semula untuk tengok upacara penghargaan anugerah perkhidmatan lama, starting from those yang dah lima tahun kerja, sampailah yang paling lama, 25 tahun! Kalau TNG buat acara penghargaan ni for B&G Division, aku rank nombor 3 out of 60 lah untuk long serving award. Haha

Dalam jam 11.30, event bersurai. Sempatlah ambil doorgift sebelum bergerak pulang kerumah. 

Jalan pun clear malam tu, around jam 12 tengah malam sampai rumah ayah pickup anak-anak. Elok pun diorang dah tidur, sebab malam tu aku kena sambung kerja sikit since cabut awal, malas lah nak restart kerja dengan backlog. Sudahnya esok tu WFH sebab overslept. Haha

Ni ada event selingan, hari Rabu lepas TNG Group ada buat internal Raya celebration yang berlangsung di Secret Garden Level 3 di office kami. Siot je event company sendiri jadi cerita selingan. Apa boleh buat, amik gambar pun 2-3 snap je..:-p

Ada je paparazzi yang dok snap gambar aku. Cakaplah nak bergambar, baru lah proper sikit. Haha

Okaylah, itu je cerita pagi ni. Nak tidur jap, lepas Zohor ni dah nak keluar beraya. Hari ni saja ada tiga jemputan rumah terbuka yang kami nak attend. Of course, kawan-kawan wife lah. Member aku pulak buat open house, tapi invite last minute memang sorry lah beb