Friday, August 19, 2011

Kisah AKU n Iftar Ramadhan Onyx 2011

Semalam, aku memang happy - probably aku declare minggu ni sebagai minggu paling aku enjoy bekerja kat Onyx. First - minggu ni aku dapat kerja - setiap hari. Second, aku banyak belajar benda baru from En Hafiz. Third, tiap-tiap hari aku balik lambat (buka puasa dalam bas) - maybe some of the readers cakap aku ni bodoh kan? orang cuba elakkan kerja banyak, cuba avoid balik lambat, try untuk buka puasa dengan family and aku pulak happy dengan semua ni. aku kan pelik orangnya, no wonderlah and finally, ini kali pertama aku join majlis berbuka puasa dengan company sebagai seorang staf bukannya macam tahun-tahun lepas - join ikut ayah.

Difahamkan iftar ini bakal disertai seramai 50 orang consisted of staff from Onyx and iPerintis. Petang tu, aku, Shaz and Fida pergi ke Bazaar Ramadhan Kg. Baru, beli sikit juadah kuih muih untuk melengkapkan majlis itu - Shaz, terkejut aku dengar berita tu, first time tauu..

Lepas menghabiskan duit boss, kami bertiga bertolak ke Puti Bungsu Batam located at Jalan Yap Kwan Seng, setibanya disana tetamu jemputan seramai lebih kurang 50 orang telahpun tiba - aku mati akal dibuatnya, sebab kebanyakkan mereka aku tak kenal pun- so aku carilah En.Hafiz dan yang lain-lain, err..at least taklah nampak loner sangat"kan".

dengar nama restoran pun kita dah tahu apa yang special, okayh, basically restoran ini menyajikan hidangan tradisi dari padang, indonesia..aku pun garu kepala jugak mula-mula tapi rasanya lebih kurang masakan melayu jugak.

menunggu azan menandakan waktu berbuka puasa - korang buatlah hal sendiri, sebab aku tak kisah pun korang nak buka mulut ke tak? en. esyam cakap lebih baik jangan sembang dengan diorang, lagi senang.

etika bersantap kena jaga - bila sedang makan tangan letak dibawah meja, jangan pegang telefon so -takde la pulak aku nak amik gambar diorang..
p/s: aku rasa, macam aku je yang makan pakai sudu and garfu tadi..


dah habis makan?? kenyang?? - bolehlah, tangki perut aku kecik, so, aku tak perlu makan banyak-banyak pun. didalam gambar shaz and hafiz.

belum habis lagi, mari kita pekena teh tarik "indon" dulu, tak kan nak balik awal kot, waktu ni aku perasan dah ada orang baru balik dari surau (tarawih), tunduk kepala sekejap..didalam gambar rinee, zainal and safuan..

surplus of food, tapau la ape lagi weii!! dalam gambar, fida from EM division.
p/s: hari tu "jual" baju, ni tapau nak buat jual kat bazaar ke kak??

en. exyam minum puas-puas dulu, lepas ni - balik saya tumpang tauu..hu3x

so, that's the end of semalam, mengikut kalendar gregory aku cuma tinggal baki 5 hari je lagi..sedih pulak rasanya..

Wednesday, August 17, 2011

Kisah AKU, Kerja n Duit

Duit - memang susah nak cari. Macam mana nak dapat duit - dari mak ayah ? kerja sendiri? join affiliate seperti di link dibawah ni? ataupun kesemuanya.

http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=mcbridefred

Dulu, aku cukup tak kisah pasal duit, dari usia aku setahun jagung sampailah aku bergelar pelajar universiti aku tak pernah kisah betapa susahnya ayah aku cari duit. Pergi pagi, balik malam - macam aku sekarang. Dulu, aku memang kaki buang duit - suka beli banyak pensil tekan Shaker, Grip atau sewaktu dengannya, mp3 lama still boleh pakai then beli yang baru, boot bola tak hancur macam roti kirai lagi dah tukar yang lagi branded. Tapi aku tak kisah, sebab itu bukan duit akupun.

Tapi sekarang, pedih gila - baru tahu apa tu erti susah nak simpan duit secara bijak.

Semester pertama kat UiTM dipacu oleh elaun kerajaan sebanyak RM 1.7 K, disini - parents aku decide untuk membiarkan aku menguruskan kewangan sendiri, at the end of the semester, aku masih mempunyai duit yang cukup untuk dibawa ke semester seterusnya. Semester kedua menyaksikan penambahan elaun lagi sebanyak RM 1.5 K, but dengan bilangan subjek yang bertambah, yuran pengajian yang perlu dibayar sendiri (noticed that semester pertama masih ditanggung ayah) dan juga kos sara hidup tinggi di Perindu (kewujudan kafeteria dan koperasi) membuatkan aku agak pening untuk mengimbangi kewangan.

Semester kedua tamat dan total money left dalam kira-kira RM 800, semuanya disebabkan yuran pengajian, dan buku-buku, plus bahan-bahan assignment dan banyak lagi. Ujian tidak berakhir disitu, ketika trip Abg Nezam Crew ke Pangkor aku membelanjakan RM400 menjadikan baki hang in the balance. Tapi ayah cakap, at least aku managed simpan dengan baik compare dengan some kawan-kawan aku yang habis terus duit elaun diorang. So, dengan RM400 tu la aku mulakan hidup aku sebagai pekerja, dan ayah aku decide untuk meneruskan cabaran menyimpan duit itu sampailah sekarang and guess what, dengan subjek akaun dan ekonomi, aku masih bertahan.

Gaji pertama agak goyang sikit pasal henset lama dah rosak (sebab kena campak selalu kot), so, kena tukarlah nampaknye - tapi jangan risau, henset yang aku beli itu bukanlah expenses tapi itu sebenarnya aset. Masuk bulan kedua aku cuba balancekan balik dan alhamdulillah aku berjaya menyimpan 3/4, same thing goes to bulan ketiga dan sekarang ni tengah tunggu yang keempat sebelum resign. Macam yang Hafiz cakap "Kau, lepas dapat gaji terus belah..". Nak buat macam mana En. Hafiz oiii, lepas raya je terus masuk UiTM balik.

Apa yang membuatkan aku berjaya mengumpul 3/4, pau staff lain? OT? kipas bos? Semuanya tak, inilah hasilnya hidup berjimat, kena kedekut dengan diri sendiri baru boleh success, tapi jangan sampai memudaratkan kesihatan - jangan kedekut dengan family terutamanya parents, sebab diorang dah banyak support kita sejak kita belum lahir lagi. Baru aku faham, kenapa ayah jarang tukar baju baru, tak pernah tukar henset. Inilah doktrinnya, biar kedekut dengan diri sendiri - sebab, kebajikan keluarga dia tak pernah abai - makan minum kami terjaga, bil internet, elektrik, air cukup bayar dan banyak lagi.

Tapi, kenapa aku cakap aku agak susah berbanding adik beradik aku - sebab ayah cakap aku dah ada gaji, so use it well.


p/s : kalau dulu waktu bulan puasa, yang kekadang takde kat meja ialah ayah aku, sekarang ni aku pulak yang jarang ada..sob3x, macam En.Hafiz kata "Inilah realiti bekerja.."

Saturday, August 13, 2011

Kisah AKU, Law Firm n Iced Lemon Tea

Fuhh, bukan main awal lagi update blog hari ni, ni semua disebabkan mata yang dah tak reti nak ngantuk pasal kepenatan melampau semalam. u know what, sepanjang aku bekerja, bagi aku semalam hari yang membuatkan kaki aku rasa nak terputus. Nak tau ceritanya, bacalah entri ini.

masuk je office semalam, ada file berserta sticky notes - actually, itu kerja 2 hari lepas tapi terpaksa ditinggalkan atas sebab kekurangan information untuk mengisi particulars, then aku check gmail - biasanya kalau pagi-pagi buka ada emel from kengkawan je, but pagi semalam ada mesej from colleagues. The message is clear - find the information, fill the detail on the form - ammend a document with the details. "Okayh, that's fun" hatiku bersuara..

staff sebelah meja, Kak Fida from the EM division ambil mc..jadi boring pulak duduk sorang-sorang semalam. Siap kerja tadi tu, aku pergi Public Bank, nak amik a booklet of TT Form. "Easy meyh.." Tactically, kerja kat sini banyak expose aku dalam urusan dengan bank. So, ada advantage nya kat situ. Then, aku dengan Hafiz pergi AGL untuk retrieve some old document yang diarchivekan untuk tujuan tender.

dah pukul 1 petang, jom pergi sembahyang jumaat dulu.

balik je office, ada some document untuk dibawa ke pesuruhjaya sumpah - aku berfikir "baik aku je yang pergi, sebab kalau legality memang dibawah bidang aku, that should not cost me a problem - baru cepat sikit siap". dalam pukul 3.00 aku bergerak ke Wisma Central, ketempat yang Kak Rina selalu amik cop tu..aku berfikir lagi "Kat bangunan ni kan ada law firm - asal tak pergi situ je, jauh ni Wisma Sentral
". tapi sebab superior aku yang arahkan, i have no choice but to obey. Aku pun berjalan kaki ke tempat itu, penat gila weyh..

Sampai je kat tempat tu, nak cari office dia satu hal lagi - dah macam labyrinth. last-last jumpa jugak, actually, it's a Malay Law Firm. Dari sinilah aku menyedari ke"bengkek"an seorang peguam melayu. Dah dia yang tak periksa dulu dokumen terus je cop, lepastu nak salahkan aku pulak, actually the procedure is aku kena tunjukkan original document, but dia kata tak payah tunjuk. Aku pulak memang ada perasan kepelikan dokumen itu, whether they want the Notary Public or Commissioner for Oath. Rinee wants the Notary Public but this scumbag fella stamp it with Commissioner for Oath without analysing the true detail for the document, I believes it must be the Notary Public but someone at the office claimed that these two things are the same. lepas tu, aku pun balik, sebab dah silap, nak print balik muka depan yang brader tu cop. Guess what apa yang bengkeknya pasal brader yang cop tadi tu, ikuti perbualan ini:

Aku: So, dah silap lah ni - apa bezanya NP dengan CFO?
Lawyer: Ada certain negara yang accept CFO, tapi, kalau NP semua negara accept, ini semua based on their jurisdiction la..
Aku: Ouh, macam tu ke..ok terima kasih.
Lawyer: Awak tau apa tu jurisdiction? (sumpah muka dia macam perli aku sial..)
Aku: mestilah tau
Lawyer: Apa benda tu?
Aku: probably bidang kuasa..contohnya, malaysia ada bidang kuasa dalam pengurusan, kehakiman yang tersendiri and maybe different dengan negara lain while thailand also have their own jurisdiction..kan?

ada seorang chambering student - perempuan, muda lagi dia senyum kat aku lepas tu.

Aku malaslah nak cakap aku ni bekas law student, takut panjang lebar pulak dia tanya nanti, yalah, aku bukannya dapat sambung law degree pun. Lalu, aku pergi meninggalkan lawyer itu - waktu ni kaki aku dah longgar gila, aku ingat nak naik public transportation je kalau boleh.

Balik office, reprint the document and aku, Kak Rina and Hafiz bergegas ke law firm yang terletak di bangunan yang sama - "Kan aku dah cakap tadi, diorang ada provide servis ni"..This is the Chinese Law Firm, memang grand and they occupied 3 floors at the building, and the management is quite good too. But, the Chinese are more aggresive, when they analyze the document, unlike the Malays, they managed to find several flaws in the document : misguided, unorganized and missing..luckily, the law firm offered us to do the translation as well as the "Notaly Public" (that Chinese girl cakap macam tu). Mata aku melihat jam, it's already 4.45 pm and aku sudah semestinya terlepas bas pukul 5.30 and 6.00, melihatkan negotiation yang memakan masa agak lama. "Your document is quite thick, this should be very costly.." Cina tu cakap, waktu ni Hafiz decided untuk keluar, tak tahulah apa yang dia fikir. Aku dan Kak Rina still berada didalam law firm itu sehingga pukul 5.00 petang apabila harga ditetapkan - it's RM 600 - on the spot, no invoice.

hujan lebat di KL, that's mean aku tak akan balik sekarang, furthermore - dalam pukul 5.30 petang aku mesti turun untuk tujuan payment and collect the document.

agak-agak korang, apa benda yang aku tengah tengok tu??

tadaa!!

5.30, on time betul diorang call..aku pun turun dan mengambil dokumen-dokumen yang telah dicop - bersembang-sembang dengan lawyer Cina tu, in english..alhamdulillah, law foundation dah banyak tolong improve english and courage aku, dan sekarang aku tidak takut lagi nak berinteraksi dalam bahasa inggeris, but still aku tak bagitau yang aku bekas law student, just cakap yang aku sangat admire law firm yang macam ni.
p/s : notice at the picture - company act.

naik atas - buat final check untuk dokumen "extension for profesional visit pass" yang akan diserahkan ke imigresen miri, but sebelum tu Kak Fida must check dululah.

dokumen yang mesti mendapat pengesahan Ministry of Foreign Affair, Wisma Putra pada hari Isnin minggu depan, dan juga straight dihantar ke Royal Thailand Embassy.

keluar office dalam pukul 6.30 petang, sudah gelap - mungkin hujan lagi.

kalau hari tu aku buat kali pertama buka puasa dalam kereta, but semalam, for the first time aku buka puasa dalam bas, just minum Iced Lemon Tea takut nanti kenyang pulak..sob3x. macam-macam betul minggu ni, lol. sampai je rumah, makan then terus tidur, tak silap aku - pukul 2 pagi baru aku solat isyak..

p/s: aku suka kerja macam semalam, walaupun pun penat dan takde masa nak berehat, tapi ianya berkaitan dengan apa yang aku belajar dulu - legality, terasa rindu nak belajar law balik? tidaklah, aku yakin dengan jalan yang bakal aku ambil selepas ini.