Sunday, August 13, 2017

Kisah AKU n A Day @ Melawati Mall

Assalamualaikum,

Banyak beb nak cerita malam ni. Huu. Okay, malas nak membuang masa. Jom straight to the point je lah. Petang tadi aku dan bro-bro Sungai Buaya meluangkan masa merayau bersama. Ceritanya bermula semalam...
As usual, malam Sabtu kami bertiga melepak dekat kedai Siam ni. Si Dolah bukak topik ada shopping mall baru dekat Gombak. Since aku pun kerja area situ, memang confirmed mall yang Dolah maksudkan tu Melawati Mall baru je open it's door to the public sekitar awal bulan Ogos. So, plannya kami nak visit lah mall baru ni dan tengok apa yang ada kat dalam tu..:-)
2PM - aku keluar dari rumah pick up diorang dan terus menuju ke Gombak. Sampai sekitar jam 2.40 petang. Memang penuh pengunjung yang datang kat sini, nasib baiklah mall ni pakai Intelligent Parking System which can ease the experience of cari parking yang kebiasannya mengecewakan. In addition, sekarang ni pulak free parking, memang elok sangatlah. Jimat sikit TnGo aku tu. Huu
Boleh tahan besar jugak mall ni. Semput jugak Dolah tadi. Haha. FYI, Melawati Mall ni dibangunkan secara usahasama oleh CapitaLand Malls Asia dan Sime Darby Property untuk accomodate residen-residen yang menetap sekitar Taman Melawati, Setiawangsa, Wangsa Maju, Bukit Antarabangsa, Taman Permata dan sewaktu dengannya even though kawasan-kawasan ni dah terlampau banyak shopping mall such as KL Festival City, Wangsa Walk, AEON AU2 etc. :-p
Patutlah takde dalam cinema listing. Tak bukak lagi rupanya GSC kat sini. Firezone Karaoke pun belum open lagi. But it's okaylah, at least we knew Melawati Mall ni dapat jadi satu lagi alternatif plus rival for Space U8 untuk port kami "beriadah"  Haha
Mencuci mata depan kiosk make up yang disediakan. Masing-masing bajet tunggu awek, padahal semua single. Huhu
Sebelum balik kami singgah makan kat Carl's Junior. Tak pernah try lagi dine-in kat sini, orang kata best. Yeke?
Padu jugak CJ Chilis Burger ni. Apa padu, padu? Ingat Pian Vitdaily ke? Hahaha..:-p
Lepak luar jap sambil teman bro-bro ni smoking. Maklumlah, dalam kereta aku kan zon larangan merokok. Karang ada yang mati sesak nafas tak dapat rokok pulak. Haha
Selfie satu kali! Muka masing-masing macam cover album New Boys dulu-dulu. Hii
5 PM - Since masa pun still awal dan kami pun rasa takde apa yang menarik setakat ni kat Melawati Mall tu. Aku pun decided to bawa diorang ke Prima Gombak, berdekatan Menara AlloyMtd. Kat sini ada karok best, boleh tahan murah jugak.
RM 34 je untuk 2 jam. Okaylah. First time aku datang sini dengan kawan-kawan Quatriz dalam bulan 2 hari tu. Tak silap kami baru balik dari wedding Shahrul kat Temerloh.
Feeling Dolah tu nyanyi. Sebak pulak aku dengar. Haha, cam cibai..;-p
Sekitar jam 8 malam, kami bergerak meninggalkan Prima Gombak. Nasib baiklah jalan clear, sempatlah aku tengok first match Newcastle dalam English Premier League tahun ni. Tapi tu lah, nasib tak berapa baik kalah 0-2 against Spurs. Takpelah, hard luck. Kita pun main 10 orang je tadi. Next week we will bounce back. Howay The Lads!

Itu sajalah cerita aku untuk malam ni. Nak tidur dulu since esok nak ke Shah Alam, kena jadi event committee pulak untuk AGM WIBM atas arahan direct superior aku. Takpelah, yang penting ada elaun. Huhu

Kisah AKU n Busy Week!

Assalamualaikum,

Sorry lah lewat update malam ni. Baru lepas tengok EPL tadi. Maklumlah, first time team aku main dalam liga ni setelah satu season menyorok dalam gua. Huu. Okaylah nak cerita sikit aktiviti minggu ni di pejabat. Banyak episod suka duka, nak tahu? Jom lah baca.
Its tender week! Ada dua tender nak kena submit minggu lepas and unluckily for me, it's back to back submission dimana tender pertama kena hantar Rabu, while another one hari Khamis. Memang aku berkampung kat TPM lah tiga hari tu.
Macam biasalah, barang-barang keperluan plus stok Nescafe + Maggi untuk membekal tenaga berpanjangan. Huhu
Start bertugas menyiapkan dokumen-dokumen bermula pukul 10 hari Selasa, wrap the job sekitar jam 10 pagi Rabu. Dengan tak tidurnya, restless. Bayangkanlah betapa lesunya aku nak menghadap satu lagi submission. 
Nasib baik technical partner kami yang volunteer untuk submit ke SSM, so dapatlah aku tidur sekejap. Lepas lunch terus bersiap untuk preparation tender kedua. Alhamdulillah, jam 10 malam berjaya wrap the job. On the way balik singgah KFC, memang kebulur gua hari tu. Haha. 
Ni pulak cerita Jumaat lepas. As mentioned before our Financial Controller already tendered her resignation bulan lepas. Staf-staf kat HQ including me dah pun buat quick farewell party kat Sunway Putra hari tu. Yang hat ni pulak kami buat secara besar-besaran dengan kehadiran bos-bos sekali.
The venue located di Secret Recipe, Wisma Standard Chartered yang terletak di Bukit Jalil. Kebetulan Jumaat lepas kami ada operation meeting, memang elok sangatlah ramai staf yang ada with exception our technical staffs yang scattered all over the highways..:-)
Ni je lah satu-satu gambar yang aku terinterframed time farewell party tu. Haha
Secret Recipe Fried Rice With Mexican Grilled Chicken. Memang power! 
Fuyoo, dapat kek Secret Recipe tu! Malangnya aku tak makan kek. So, you guys can enjoy my portion. Huhu
Penyampaian gift oleh CEO kami, En. Zainul kepada Kak Ain as a token of appreciation kepada khidmat beliau kepada syarikat.

So, itu lah cerita di pejabat minggu ni. Macam-macam cerita ada, dari steadfast commitment yang ditunjukkan team CPD sepanjang 3 hari kami bertungkus lumus menyiapkan tender, sampailah ke farewell party. Okaylah, aku nak update satu lagi entri ni. Nak tahu pasal apa, baca nanti eh. Huu

Saturday, August 5, 2017

Kisah AKU n Red Shirt Taboo!

Assalamualaikum,

Cuba tengok apa yang sama dengan gambar-gambar ni?
Wangsa Walk, April 2015
Setia City Mall, February 2016

Semalam boring saja strolling album lama kat PC ni, tu yang terperasan similarity kaler baju ni. Moral of the story, jangan pakai baju merah time first jumpa. Confirm tak lama. Sahih! Haha.
Orait tak haircut styling slope + undercut baru aku ni? Kawan-kawan ofis kata nampak ganas, tak kena dengan muka aku yang nerdy ni. Huu

Okay lah, entri tangkap muat je hari ni since takde aktiviti menarik pun aku plan this weekend.

P/S: Seminggu lagi nak start EPL! Tak sabar nak tengok my beloved Newcastle United berjuang semula dalam liga elit ni..:-)