Saturday, May 6, 2017

Kisah AKU n Mohd Chan Bukit Beruntung: Repeat!

Assalamualaikum,

Malam Rabu I had a dinner with my family dekat Mohd Chan Bukit Beruntung. Bulan 1 hari tu ada bawa family, sekali dengan Opah dan Acik Fendy datang sini tapi aku kena kecam hebat. Haha. Semuanya gara-gara kebanyakan menu tak available, late servis dan juga rasa yang kurang memuaskan. Yang aku ni pulak yakin 100% makanan kat sini memang sedap lepas iftar Ramadhan dengan rakan sepejabat di Malpro tahun lepas. So untuk membuktikan jugak, aku bawak diorang repeat untuk second time. Haha
Niat hati dah lama nak belanja family makan, buat pulak minggu ni Admin Dept dah bayar claim parking RM 200 kat aku. Memang kenalah timing duit masuk. Early hari tu jugak aku belanja akak-akak HQ lunch dekat Boat Noodles M3 Mall, RM 100 jugak habis. Takpelah, bukan selalu pun..:-)
Haa, untuk kali ni tak cakap banyak aku terus recommend set untuk 4 pax ni. Time first visit dulu sebab masing-masing amik ala-carte tu yang jadi tak best, ada ke makan Maggi Sup. Baik pergi makan kat Salam Hotel tu je. Haha.
Set A yang berharga RM 170 ni comes with 6 main courses - Steamed Fish, Tom Yam Seafood Soup, Baby Kailan + Salted Fish, Crispy Cuttlefish, Kam Heong Chicken, Fu Yong Omelette. And then ada jugak side order seperti Dim Sum as well as Chinese Tea. Haa, macam mana? Puas hati tak menu dia, berbaloi-baloi lah gua cakap..:-)
Along pun ada hari tu, cuma adik je absent since still kuliah kat USIM. So, after we had our dinner aku pun tanyalah verdict diorang. Kali ni memang puas hati katanya, kenyang tak terhingga. Tengok tu Haji Chan, saya sanggup bawak family datang untuk kali kedua semata-mata nak mengembalikan reputasi restoran Haji yang mantap ni. Huu
Balik rumah dalam pukul 10 malam, sambung main FIFA10. Haha, tak boleh blah hang ni Farid. Orang lain dah main FIFA17, yang hang ni ketinggalan 7 tahun apa hal? Aaahh takpe, janji Newcastle aku grabbed 6 piala (Europe Super Cup: Tiada dalam gambar) malam tu.

Okay lah, nak tidur. Mengantuk pulak. Selalunya waktu macam ni tengah ngeteh dengan bro-bro, tapi semua pakat sibuk pulak minggu ni. Esok nak ke Shah Alam, dah lama tak melawat rakan-rakan seperjuangan. Dapat karok 2-3 jam elok jugak, gua dah sangap ni. Haha

P/S: Nervous pulak tunggu Ahad ni match Newcastle VS Barnsley. Nothing to worry, kita dah promoted pun. Cuma nak tengok boleh menang title ke tak je..:-)

Tuesday, May 2, 2017

Kisah AKU n 2 Mei 2017

Assalamualaikum,

2 Mei. Satu tarikh keramat yang sentiasa diraikan sepanjang tahun dalam blog ni.
Yes, betul tu. Today marked the 7th anniversary of my beloved diarimcbride. Happy birthday my dear!
Personal blog yang diasaskan pada 2 Mei 2010 ini maintain personally by aku sendiri. Ianya merupakan antara salah satu benda yang paling dekat dengan aku selain keluarga dan rakan-rakan. In fact, aku dah anggap blog ni sebahagian dari hidup aku. Blog ni lah tempat aku meluahkan perasan, berkongsi cerita dan macam-macam lagi lah. Dulu selalu jugak buat review video games, resepi dan politik. Tapi tang tu dah slow sikit. So, kebanyakkan entri dicedok dari ringkasan aktiviti mingguan yang aku buat.
Tengok lah tu. 786 entries dicatatkan dalam masa 7 tahun which roughly takes 110 entries each year. Kalau tengok jumlah entri memang semakin menurun tapi belumlah sampai tahap membimbangkan. Kesibukan di tempat kerja, plus aktiviti mingguan dengan kawan-kawan yang berkurang rasanya menjadi the main reasons. But, apa-apapun seperti yang dijanjikan dalam azam aku - satu minggu satu entri tu In Sha Allah tiada masalah nak commit..:-)

Well, it need commitment and of course, passion. Takde passion, tu lah cepat boring and terkandas. Tapi yang aku perhatikan sejak kehadiran platform sosial baru seperti Instagram. Industri blogging ni pun dah sendu, cuma ada lah beberapa percent yang still bertahan. Termasuklah aku. Huu

Akhir kata, aku bersyukur kepada Allah yang memberi kekuatan untuk terus menaip disini. Can you imagine, dah 7 tahun beb! Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pelawat-pelawat walaupun aku tahu dari beratus-ratus entri tu, cuma 4-5 je yang popular. Huu. Happy birthday again to my blog dan juga kepada ownernya. Semoga sukses selalu! Amin In Sha Allah.

Monday, May 1, 2017

Kisah AKU n Happy 5th Anniversary!

Assalamualaikum,

Waah, anniversary dengan siapa pulak ni bro? Yang kelima pulak tu? 5 hari? 5 minggu? 5 bulan? Hrmm, title nak gempak je kan. Takde mende lah, siapa je lah yang nak dekat orang gila kerja macam aku ni. Haa, yang anniversary ni sebenarnya a part of cerita minggu lepas. Nak tau, jom lah amik masa 5 minit baca entri ni..:-)
Minggu ni diminta oleh bos to lend support to our Group Contract Division untuk satu tender submission yang penting untuk AlloyMtd. Ironinya, Rabu lepas aku baru je menyiapkan satu tender di peringkat Quatriz. Sampai office pun belum, tup-tup dah dapat instruction. Haha
Eh, ni apa pulak? Haa, ini lah sambutan anniversary yang aku mentioned tadi. Our beloved Quatriz turned 5 Jumaat lepas. Ingat lagi time ni aku tengah buat tender kat Level 3, pastu Kak Nurul call suruh naik. Ingatkan ada urgent meeting, ada mini celebration rupanya . Kesian staf-staf kat TPM tu, hanya mampu telan air liur je tengok kat group. Huu
Our Iron Lady, Pn. Zihan bersama-sama staf HQ Quatriz. Except aku dan Matt, the rest semuanya gadis-gadis je kat sini, tapi level bini orang lah. Haha
Lepas makan 1-2 slices pizza dan kek, it's time to resume the work. Haa, ni baru Technical Submission. Belum tunjuk Commercial Submission lagi. Tapi betul lah, memang tak cukup manpower diorang hari tu. Berkat kerjasama yang jitu dan juga persistence yang ditunjukkan, kami berjaya jugak wrap and seal the tender tepat jam 12.30 tengah malam hari Jumaat..:-)
Aku sampai rumah dalam pukul 1 pagi jugak malam tu. Mandi, solat Isya pastu terus bukak laptop. Ada live-stream Cardiff VS Newcastle kat Vipbox. Alang-alang mata pun segar lagi, tak salah rasanya nak reward myself after seharian bekerja. Huu
Another victory earned by our boys. Thanks to Atsu's marvelous free kick..
dan juga screamer from Hayden. Ini juga merupakan kemenangan ke-14 Newcastle bermain ditempat lawan in a single season, another club record broken by Rafael Benitez. Memadamkan rekod 13 away win yang dipegang Kevin Keegan sejak 1992-93.
Sabtu pulak dapat berita yang our fierce rival, Sunderland confirmed their relegation from Premier League. Kesian betul, season lepas bukan main kutuk Newcastle. Haa, sekarang ni turn korang pulak. Haha
Much sweeter, Brighton slipped on the same night with a shocking defeat to Bristol City. So, that's mean perlumbaan untuk Championship title still goes on hingga ke final match of the season.
As you guys can see, cuma 1 mata je memisahkan Newcastle dan Brighton as we're closing the League by next Sunday. If they lose to Villa and we secure at least a draw with Barnsley, the title will be ours. If Brighton draw that night. Newcastle need a win and finally, if Brighton menang malam tu. They will win the League. Let's pray and hope they will slip again. In Sha Allah..:-)
Well, it's good time to be a Toon Army right now. Promoted, title-challenger, rival relegated. Let's win the league boys! Howay The Lads! 

Ohh, terlupa pulak. Selamat Hari Pekerja aku ucapkan kepada 14 juta Malaysian work-forces yang ada kat luar sana. Go get some rest. enjoy yourself. Today is our day. Pejam celik, ini dah masuk tahun ketiga aku celebrate hari yang didedikasikan kepada orang-orang yang bekerja ni. Yang student tu bersyukurlah dapat cuti free. Haha