Sunday, August 7, 2016

Kisah AKU n Welcome Aboard!

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share pengalaman minggu pertamaku di company baru. Seperti yang korang sedia maklum, aku baru sahaja resigned from MISB last week. Mesti ada mulut-mulut busuk yang dok mengata aku ni suka lompat kerja kan? Meh la sini aku nak cakap - you guys don't have any idea apa yang aku lalui selama ni, so shut the fuck up. Alright?
This is the tower where I'll be based for the rest of my career with this company, In Sha Allah. Seawal jam 8.30 pagi aku dah ke HR Department untuk report duty. There, aku diberi sedikit penerangan mengenai syarikat dan juga quick tour di Human Capital Division. 
Pejabat aku di Level 4. Disini aku dibawa oleh staf bertugas untuk tour+sesi perkenalan bersama my reporting department dan briefing with our SVP. This is the view from my partition. 
Siap bagi stationery beb! Stapler, liquid paper, pen, pemadam, pensel, thumb tack etc. First time rasa dialu-alukan macam ni, dah 3 company aku kerja sebelum ni, pen sebatang pun belum tentu dapat..:-p
Since nature kerja aku ni mobile - where I need to travel between 2 offices (satu di KL and another one di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil). The company provide me with this brand new Dell notebook yang amazingly superb! As a part of SOP, aku diminta untuk report segala jenis software yang installed dalam ni, melepas nak install FIFA..hii
Since kerja pun dah ke Capital semula, so kenalah menghadap "pesta lampu brek" sekali lagi..haha. Kalau aku kena ke office TPM, memang balik lepas Maghrib je..:-)
Sumber inspirasi. Orang biasa letak gambar anak kat wallpaper. Aku letak gambar sendiri time kecik..haha Takpe-takpe, In Sha Allah dah sampai masa nanti boleh la letak gambar "Farid Junior"..:-p
So guys - this would be kali keempat aku bertukar kerja. Aku harap ni yang terakhir, penat sebenarnya nak cari kerjaya yang stabil. Ye betul. Back then on 2015, I shifted from T to C for a better paycheck+seniority and I am very confident to serve long term there . But from C to M, that's against my will - retrenched and forgotten. Dan untuk yang paling latest ni, I left M for career stability and opportunity. Honest Cause. Period

New bosses, colleagues, environment, duties and of course too much positive vibes ! Many congratulation and God Speed for your new journey Farid!

P/S: Sekarang ni dah boleh slow-slow fikir kumpul duit untuk berumah tangga, baru ada motivasi sikit..haha

Monday, August 1, 2016

Kisah AKU n Lights Out @ AEON Rawang

Assalamualaikum,

Awal bangun pagi ni bro? Nervous pulak rasanya nak start kerja baru lepas ni. Huu, Okay lah, nak update sikit entri pasal cite hujung minggu aku. Lepas open house Sabtu tu memang aku tertidur terus. Lepas Maghrib, aku bergerak ke AEON Rawang. Boring beb duduk rumah, so pergi lah tengok wayang.

9.30 PM - aku tonton movie Lights Out hari tu. Ate semua cite aku nak tengok dah penuh - Star Trek full house, Kabali full house jugak, Jason Bourne pun full. Last-last cite hantu ni jugak yang jadi pilihan. Tapi boleh tahan saspen cerita ni, mana taknya tengok-tengok nama James Wan ada kat situ. Konfirm power punya! Haha
Ni pulak cerita petang semalam. Memenuhi undangan open house bekas rakan sekerja di MISB, Farah. Sempatlah reunion team Marketing tadi. Gambar diatas - aku, En. Ku dan family berserta hos,Farah.
Pergi saloon aunty kat Bukit Sentosa. Aku ni regular customer dia kot. Cool tak rambut aku tu? :-p
Singgah carwash basuh kereta. Pasni nak report duty, kereta kena lah berkilat..hehe

Itu je lah cerita simple pagi ni. Ingat nak sambung tidur balik, tapi tak payah lah. Karang terlajak tidur pulak. Sekarang ni dah nak kena pergi kerja awal, takde nye keluar pukul 8 pagi cam selalu. Dah lama nanti biasa lah kan.

Sunday, July 31, 2016

Kisah AKU n Goodbye MISB!

Assalamualaikum,

Hari ni nak story sikit satu entri kejutan dalam blog ni. Korang still ingat aku ada mentioned sorang staff company kami akan resign this week in my previous entry? Haa, ni ada sikit cerita pasal majlis farewell dia semalam. Anyway, let's start with review minggu ini dulu.
Macam biasa kerja - travel, travel dan travel. Kali ni ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam, ada jugak singgah Kajang beli dokumen tender, site visit etc.
Semalam kerja pulak, ingatkan cuti. Tak pasal-pasal je kena bangun awal..:-p
Okay guys - semalam tanggal 30 Julai merupakan hari terakhir aku bersama MISB setelah 2 bulan menaburkan bakti disini. This resignation was being made atas kerelaan aku sendiri untuk melepaskan jawatan ini demi peluang kerjaya yang lebih baik. For time being, eloklah aku rahsiakan dulu dengan organisasi mana aku bakal berkhidmat. Cukuplah korang tahu yang ianya "top-secret" dan "highly confidential" kerana melibatkan hal-hal keselamatan negara. Bukan PTD yang eksklusif tu tapi ..adalah..haha
Of course, aku akan merindui workstation ni. Mana nak dapat beb, eksekutif pakai kerusi full leather CEO. But, yang paling penting kenangan tidur bawah meja tu time bulan puasa..huu
Menariknya tentang resignation aku, this is my first time resigned dengan notis 2 minggu as per company's policy (Trueventus notis setengah hari, CapSource pulak 48 hours termination-notice). 2 minggu yang ada aku guna sebaiknya dengan terus berkhidmat with more aggressive work-rate. In a mean time, jari ni tak berhenti-henti menaip final report untuk submit ke HOD.
Jadi, semalam merupakan farewell untuk budak berjaket tu sebenarnya..haha. Gambar kenangan bersama Datin dan staf-staf pentadbiran MISB.
Tepat jam 1.30 PM, shortly setelah aku melengkapkan final speech didepan rakan-rakan sekerja, sesi bergambar dan juga penyampaian cenderahati from our Executive Director, Datin Saveyah. Aku pun punch card buat kali terakhir disini dan meninggalkan kompleks HQ. In Sha Allah, kalau ada masa aku akan singgah. Bukan jauh pun dengan rumah..:-)
Sampai je di rumah, solat Zuhur and then pergi open house rumah jiran. Kebulur beb, dari pagi tak makan apa..:-p

Unlike lepas kena dump dengan CapSource bulan 4 hari tu, kali ni aku ada backup plan in the case of resignation/termination. Notis 2 minggu telahpun dibuat dan esok (1/8/16) aku akan mula bertugas di tempat baru. Kalau ikutkan boleh je nak bagi short-notice and blah macam tu je hari tu. Tapi bak kata mak ayah - kita masuk beradab, kita keluar pun beradab.

Apa-apapun, itu merupakan pengakhiran bagi full tme employment ku di MISB. I wish the company the best of luck and terus maju dalam usaha menaikkan martabat ekonomi bangsa Melayu.