Sunday, November 22, 2026

Kisah AKU n TNGSB Year-End Townhall & Annual Dinner @ Aloft KL

Assalamualaikum,

Jumaat lepas aku berkesempatan memenuhi undangan bagi TNGSB Year-End Townhall & Annual Dinner yang bertempat di Aloft by Marriot KL. 

Seawal jam 12.30 petang aku dah bergerak dari rumah, maklumlah duduk kat gua. Then parking kat Pos Malaysia Brickfield, dan berjalan kaki ke nearest surau Jumaat. Dalam jam 2.30 aku returned back to kereta before masuk parking hotel. Sambung buat kerja sampai jam 3.30pm before ke venue event.
Jam 4 petang, our Townhall dimulakan dengan opening remarks from CEO, Mr Praba, dan kemudiannya bersambung dengan sesi report card untuk tahun 2026 for each division. Then ada segment "Panas Sekejap", macam ala-ala podcast moderated by Mr Praba dengan lima selected staf. Macam sembang borak-borak camtu. Sekitar jam 6 petang, sesi townhall terakhir tahun 2026 ni tamat dengan jayanya.

Ada dalam 30+ table jugak malam tu yang dikhususkan untuk staf-staf. Table dibahagikan mengikut division masing-masing. Before makan, macam biasalah ada speech sikit from Mr Praba. Tak cakap panjang pun, sebab mostly dah cover time townhall tu. Huhu

Dalam jam 8 malam, baru lah acara makan malam bermula. Nampak yang beratur tu. Tu nak ambik kambing..:-)
Food kat sini hybrid - ada yang dah ready atas table. Ada yang korang boleh ambil dengan food counter, dan juga ada yang served such as dalam gambar ni.
Bersama our new intern, Syaraf. Bro ni budak Rawang jugak. Stay kat area Taman Pelangi.
Sambil menikmati makanan, dengan live performance from The Savanna. Ada juga performance from Art Academy yang mempamerkan tarian tradisi kaum dan bangsa di Malaysia ni. Then, ada juga magic performance from Mr David Lai, a renown Malaysia' magician and Mentalist.
Makan main course sambil tengok upacara lucky draw in three separate draw. Ada close to 200 nama jugak yang bertuah dapat hadiah ranging from voucher up to prizes such as barang-barang kelengkapan rumah Dyson, Samsung Smart Watch & TV, dan juga grand prize iPhone. Tapi macam biasalah, aku bab-bab lucky draw ni memang tak pernah bernasib baik. Haha
Ada persembahan penutup from our Ratu Rock, Ella yang mendendangkan around lima buah lagu malam tu, dan semestinya Standing in the Eyes of the World yang match dengan TNG sendiri yang menyambut ulangtahunnya yang ke-30 tahun ni.
Bergambar kenangan before balik rumah sekitar jam 11.15 malam. Tengok simple je dressing. Sebab organizer pun cakap - if siapa nak pakai baju townhall, okay je. Asalkan ada color TNG - macam dalam ni ada biru + putih. Tapi ada jugak yang betul-betul dress up, since ada Best Dress Award - yang dimenangi oleh Hanif from BMMC, dan juga Mdm Liza (COO) from Operations Division
Barai jem. Time ni lah nak tar jalan segala bagai. Buat pulak malam minggu. Sudahnya jam 1 pagi baru sampai rumah. Jilake betul..:-p
Sampai rumah tengok goodies apa yang dapat tahun ni walaupun tak menang lucky draw. Kotak dah besar ni. Huhu
Yang bracelet ni memang kita buat sendiri. FG tu initial aku paling ikonik. Hihi. Rasanya lagi ramai orang kenal aku "FG" from Farid Gani. Haha
Dapat Smart Band from Xiaomi. Okay lah untuk tengok stress level aku kerja kat TNG ni...:-p
Apa benda ni? Nampak meragukan? Haha. Okay first of all, ni bukan Dildo. Ni Massage Gun, memang sedap guna untuk mana-mana uncomfortable body part such as kekejangan otot. Huhu

Okaylah, itu je cerita malam ni. Saja update, boring tengok game ni. Harap-harap si Lipop ni kalah lah. Haha


No comments:

Post a Comment