Assalamualaikum,
Sementara tengok Newcastle lawan Bournemouth ni, rasa nak menaip satu entry berkenaan Syawal 2026 iaitu sambutan Aidilfitri anjuran TNGSB Yang berlangsung pada 16 April yang lepas, bersama an 27 Syawal
Pagi tu aku sampai agak lewat jugak around 10.30 pagi due to heavy traffic di NKVE. Ada treler terbakar. Ditambah pulak dengan traffic diversion di Kerinchi disebabkan paip pecah. So terlepas tarian Zapin yang diadakan di lobi TNG.
Masuk level 6, meja potluck pun kosong lagi since event start jam 12pm.
Team Parking. Dari kiri - Farah, Irfan, Azri Dan Elly. Ada sorang lagi missing, ke toilet katanya. HahaDalam jam 12pm, sesi Raya dimulakan dengan buffet kepada staff yang bertugas di Level 6 ni terdiri daripada B&G, HR dan Audit. Untuk main buffet macam dalam gambar ni memang provided by the company.
Yang table potluck ni merupakan from each department - CET, Product, Sales, HR etc. macam-macam ada - mi kari, creampuff, sate, lasagna , even Subway sandwiches pun ada
Makan nasi light je sebab nak makan benda-benda lain especially lemang dan rendang yang marvelous ni.
Irfan bersama bro Ikhwan from GR departmentDalam jam 1pm, dah start boleh beraya ke level-level lain iaitu level 7 (Finance & Tech) dan 8 (Ops & Risk). Elok pun buat open floor camni, boleh lah berjumpa sambil bermaaf-maafan. Maklumlah sepanjang tahun bertekak, satu hari ni je lah kita happy-happy.
Sempat menyinggah level 9, ada photobooth provided by CEO's Office.
Bergambar bersama team Transit: Tasha, Razif dan Alex. FYI, we are same department dengan diorang ni, under the same boss.
Dalam jam 3pm, dah puas mingled dengan Division lain, barulah kami balik level 6. Tengok still ada sate, ditambah dengan teh tarik. Memang menyambung lah ceritanya. Haha
Itu je lah cerita malam ni. If ada gambar tambahan from BMMC, nanti aku tepek sini. Till then, take care.
P/S: Barai Newcastle ni sekarang. Losing 0-1 against the Cherries. Dah lah Selangor pun kalah tadi. Celaka betul malam ni. Pfft











No comments:
Post a Comment