Baiklah, malam ni aku nak taip satu entry dulu before tidur since esok nak banguna wal ke Port Dickson untuk menghadiri kursus 3D2N with TNG.
Hari Khamis lepas seawal jam 5.30 petang kami dah bergerak from office wife. Tapi apakan daya, hujan lebat menjadi punca kesesakan di kebanyakkan jalan utama menuju ke pusat bandar.
Jam 8 malam, barulah kami sampai di Lay-by Nilai untuk makan malam.
Sempat lagi si Iman ni pau abah dia gummy bear. Huhu
Alhamdulillah, selamat tiba di kampung around 11pm. Kitorang satu family dah start masuk bilik ni balik. Banyak kenangan bilik ni..:-p
Sambung buat kerja sampai jam 1 pagi. Ramai pulak yang cuti hari tu.
Esok paginya baru perasan yang kedai sebelah rumah ni dah kena roboh. Katanya nak buat 2-unit lot kedai baru yang proper.
Main khemah pulak budak-budak ni. Actually kami balik sebab ada majlis Maulid Nabi yang kitorang biasa join setiap tahun tu. Ingatkan malam hari Jumaat, rupanya malam yang kitorang balik tu. Sudahnya terlepas lah. Haha
Petang tu Iman join sepupu ke Mydin Jasin. Fariq tak pergi since terlelap.
Bangun-bangun je buat muka sedih kena tinggal. Tu yang bawak jugak ke Merlimau alang-alang wife nak beli barang sikit kat Eco Shop. Belilah toy satu nak amik hati, member baik kata nak beli untuk Iman jugak. Huhu
Singgah early dinner di Richiamo Merlimau. Tapi aku minum Latte je since dah plan nak minum dengan ipar-ipar malam tu.

Sabtu tu ingat nak berpiknik di Pulau Besar, tapi hujan from 3 pagi sampai nak ke Zohor. Maybe dah masuk monsun season kot. Petang tu aku dan Zed bawak the kids ke Taman Parkland
Memang besar taman ni with a lot of new facilities, it's a part of new township "Parkland Jasin".
Ni je asal nak pergi sana, nak main layang-layang. Tapi tak mau naik, nak kata takde angin macam on je. Salah ikat kot..:-p
Ice-cream time before balik rumah.
Solat di masjid malam tu since aku dah habis solat Jamak.
Ahad pun sama hujan pagi. So, takde kemana pun. Malam tu dalam jam 11 malam kami bergerak pulang ke Sungai Buaya dan selamat tiba sekitar jam 1.30 pagi. Okaylah nak tidur ni, esok nak ke PD beb! Tengok tentatif punya cramped jadual harian from 6.30 pagi sampai 10 malam..:-(
P/S: Boring pulak takde EPL ni.
No comments:
Post a Comment