Thursday, July 24, 2025

Kisah AKU n Fariq's 6th Birthday 2.0

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share satu annual celebration yang disambut setiap tahun oleh family besar kami, birthday cucu nombor dua keluarga Tn Gani iaitu Fariq Ilham.
Pagi Sabtu ada Parents-Teacher Meet kat LC Bandar Sungai Buaya, since wife ada quiz. So aku je lah yang teman si Fariq ni nak mendengar progress dia kat Little Caliph ni.

Event bermula dalam jam 8 malam. Food counter malam tu ada Bihun Goreng dan juga nugget yang dimasak oleh mak, aku ada beli jugak bucket KFC untuk menambah makanan malam tu.
Seperti biasa event ni organized by Along dan Mak dimana malam Sabtu lepas kami buat mini-celebration birthday Fariq. 

Mak bersama the cucus.

Fariq bersama Mikail dan adik Iman. Tema malam tu ialah Star Wars, tak tahulah macam mana brader ni boleh terminat. Rasanya aku sorang je yang layan cite Star Wars ni. Menurun kot. Haha

Amik gambar my small family dulu before potong kek. Untuk kali ni aku mengayakan t-Shirt Jedi Order, berserta sweater yang seakan-akan Jedi robe. Huhu
Sesi gambar beramai-ramai untuk kenangan malam tu.
Suapan kek oleh ibunda tercinta kepada birthday boy yang diraikan malam tu.

Okay tunggu apa lagi ni?
Marilah makan, lapar weyh hari tu breakfast je..:-p
Sekali pas makan si Mikail ni open table game Upin Ipin Universe pulak. Memang si Fariq tu nak jugak lah cerita dia. 
Mikail tak bagi main. Haha. Dok lepaklah dua beradik ni dalam khemah tengok phone sambil the adults bersembang kosong.

Dalam jam 11 malam, we concluded our event.
Pagi Ahad tu birthday boy tuntut game Upin Ipin tu. Beli jugak lah kat PS4, melayang RM170. Huhu

Alright guys, itu sahaja cerita malam ni. Nak tidur dulu, karang terlajak pulak dah lambat wife aku masuk office nanti. Semoga berjumpa lagi dilain entri, till then take care semua.

P/S: Elanga dah announced. Instinct aku rasa macam Isak ni gone-case. Hopefully, tak betul lah. Sobs

Sunday, July 13, 2025

Kisah AKU n Fariq's Birthday @ City Walk i-City

Assalamualaikum,

Seperti dalam manifesto aku tahun lepas - 1 celebration, 1 staycation. So, 14 Julai merupakan hari ulang tahun ke-enam my boy, Fariq. Untuk tahun ni Fariq kata nak main snow lagi. Aku ada survey jugak snow theme-park yang ada kat Malaysia ni and shortlisted dua yang dekat dengan kami; i-City dan SnowLim Wonderland Seremban. Upon deliberate discussion, finally kami decided ke Shah Alam sahaja due to time-constraint
Since other attractions such as i-City Theme Park, SnoWalk, Water Park tu dah few times kami pergi, kali ni we shifted our attention untuk spend time dekat City Walk sahaja. For this time around, kami sekeluarga menginap di Hyde Tower @ i-City. Aku memang personally pilih studio house ni since ada direct access to City Walk and a shy away from locations yang aku mentioned tadi tu..:-p
Studio house ni ada one bedroom dan juga living room yang lengkap dengan kitchen (with microwave, induction cooker, toaster) dan washing machine. 
Kata city-view, tapi unit ni menghadap industrial zon je. Haha. 
Takde orang amik gambar, selfie je lah. Huhu
Jumaat tu aku half-day petang, tapi cam biasalah ada je gangguan. Asalnya ajak masuk meeting tapi aku declined, tapi ada lah reply few emails.
Budak-budak layan Netflix.
Lepas Maghrib tu aku turun jap, cam biasalah scout location tengok apa yang boleh kami buat kat Hyde Tower ni. Bagusnya tower ni ada direct access to Central i-City Mall via skybridge. Tapi aku  memang takde intention nak cross bridge tu pun since dah buat activity planning kat City Walk.
Kat sini ada kid's playground, gymnasium, swimming pools dan juga convenience store. Actually aku turun ni pun sebab nak amik GrabFood je since semua dah malas nak keluar makan malam..:-p
Dinner malam tu - Salam Noodles. Ada nasi with braised beef/chicken and potato, berserta Mutton Skewer, Beef Bun dan sudah tentunya dumpling favorite Fariq..:-)
Pagi Sabtu around 10am kami sekeluarga ke swimming pool.
Punya luas swimming pool, kat sini jugak diorang nak berenang. Haha
Ada lah dalam sejam lepak kat sini before naik bilik semula.
Sempat lagi main playground, kat sini je another half an hour.
Since tahun lepas dah pergi SnoWalk, kali ni kitorang pergi yang lite-version je iaitu London Village. Just 2-min walking from lif residence Hyde Tower.
Unlike SnoWalk yang besarnya sekitar 50,000 sqf, London Village ni kecik je but still ada few prop untuk pengunjung amik gambar. Masuk ni recommended pakai baju tebal since snow-coat dan boot not provided. Gloves boleh beli kat kaunter. Macam kitorang bawak sendiri ear-muff dan gloves tu..:-)
Sejuk kat sini tak silap -8 darjah celcius. If tanya aku compare ni dengan SnoWalk, sini lagi sejuk since area dia kecik. 
Bergambar dengan statue King William I of House Normandy. Selamba je pakai baju nipis, dengan tak pakai glove nya. Haha.
Iman pulak yang enjoy main snow. Si Fariq tu menyorok dalam bas, member tak tahan sejuk..:-p
Selfie dulu before ke our next activity.
Tak lama pun kat sini, ada lah dalam 20-min je. Bergambar kenangan bersama Buckingham's King's Guards. Mana pulak raifal diorang? Huhu
Nak kemana pulak ni?
Our second activity ialah bermain bowling di Bowl America. Entrance fees: RM10/pax, but untuk kids bawah 90sm FOC. 
Tapi ni lite version of bowling ye, bola kecik, lane pun pendek. Lama tak main bowling, huhu.
Okay lah, budak-budak pun boleh main jugak. 
We spent around 40-min jugak kat sini. Yang buat lama sebab nak mengajar budak dua orang ni fokus. Tapi tu lah, last-last sudahnya ibu abah diorang je yang duel. Haha
Our final activity of the day ialah mengunjungi Red Carpet 2 @ i-City. One of the best wax-museum kat Malaysia ni. Menempatkan more than 100+ wax figures from political, movie, celebrities, superheroes etc. 
Diorang ni minat Harry Potter. Aku ni setakat tengok gitu je lah. FYI, memang banyak gambar kami snap semalam tapi untuk blog ni aku select a few je lah ye..:-)
So, Mr Mandela. What is your view on Apartheid?
Silakan minum Madame Sen. Ni First Lady of the Republic of China iaitu bini Sun Yat-Sen, the First President of the Republic of Cina. 
Eh, bila pulak si Kacang ni sebelah aku.
Wife bergambar dengan wax figure Captain Yoo Si-Jin, watak dalam the popular Korean's TV-series Descendants of the Sun lakonan Song Joong-Ki.
Jadi drummer for Lady Gaga. Huhu
Eh, bagi saya nyanyi je lah. Ra-ra-ah-ah-ah, Roma-roma-ma, Gaga, ooh la-la, Want your bad romance!!
Haha, Iman berkung-fu dengan Zhang Zi-Yi.
Taking fire, need assistance...urghh arghh.
Wax figure Tom Hanks dalam his popular movie, Forrest Gump.
Apa benda lah si Jack ni merapu, kan Mark? Oi Hawking, meh la sini. Dok jauh sangat pasaipa?
Star Wars zone, meaning its Fariq's time!
Ada figure Kylo Ren berlawan dengan Rey Skywalker. Of course ada dua makhluk lain pun nak bergambar jugak..:-p
Dekat Star Wars section ni lah yang lama since ada budak tu memang fans. Siap humming lagu Star Wars lagi sambil tengok mural ni. Haha
Iman bergambar bersama her lovely Snow White..:-)
BerWing-Chun bersama Ip-Man.
Bro ni pun nak jugak..:-p
Ahli baru Running Man. Huhu
One last selfie to conclude our visit at Red Carpet 2. Tentunya ada banyak lagi attraction yang ada kat City Walk ni such as Digital Sports Arena, XR Sports, Immersive Winterland etc, tapi aku pilih mana yang the kids boleh enjoy. Karang pergi XR Sports bapak diorang pulak yang tapau semua game. Haha
Around 6.30pm, we had our dinner at Murni Discovery @ i-City.
Dekat outdoor CityWalk ni pun ada banyak jugak port amik gambar..:-)
Wife and anak-anak memang fans Harry Potter. So kat mana ada prop Harry Potter, memang diorang tak lepaskan peluang amik gambar. 
Singgah Baker's Cottage before naik bilik. Ada something nak beli untuk Fariq.
Lepas solat Isyak, kami ada buat small birthday celebration untuk our beloved Fariq yang dah genap 6 years ni. Happy birthday brother Fariq!
Bergambar kenangan before Fariq potong kek. Apa Iman buat love camtu. Huhu
Upacara memotong kek..:-)
Haa korang makan je lah kek tu. Abah tak makan benda-benda manis ni.
I love my caffeine. Huhu
Malam tu layan Squid Game season tiga. Rasanya sampai jam 3 pagi jugak settle. Dulu aku ada Netflix, tapi takde masa nak tengok so unsubscribe. Ni dah ada free time layan je lah.
Ahad - tepat pukul 11am kami sekeluarga check out. Esok kerja beb, tak dan nak lama-lama sangat kat Shah Alam ni. 
Sekitar jam 2 petang kami selamat sampai di Sungai Buaya to conclude our short staycation. 

Okaylah guys, ngantuk sebenarnya ni. EPL lagi dua bulan jugak nak start, so lapan minggu ni boleh lah rehat dulu from tengok bola. Huhu

P/S: We have our first signing. Anthony Elanga is a Geordie! HWTL!