Sunday, August 27, 2023

Kisah AKU n Riadah Pagi @ Taman Awam Jenjarum

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share aktiviti hujung minggu yang aku dan keluarga buat. Kali ni kami berpeluang mengunjungi Taman Awam Jenjarum yang terletak di Bukit Sentosa. For those yang tak familiar, taman awam ni located near Grand Union Bukit Sentosa, yang ada petrol station Petron dan Petronas tu.
Seawal jam 9 pagi lagi kami dah sampai kat sini. Ikut plan asal nak bawak the kids main basikal. Tapi aku berpendapat trek dia tak besar manapun takut menganggu orang nak berjogging or brisk-walking pulak nanti. 
Kebetulan kat sini pun ada taman permainan, so anak-anak main kat sini je. 
Ada sesi selection dan training bola. Teringat zaman aku jadi wakil sekolah dulu, rasanya cam gitulah. Huhu
Fokus betul. Huhu
Yang abang dia sorang ni boleh moody pulak sebab tak dapat beli air gas yang ada jual dekat stall area taman tu. Mana boleh bang, kecik-kecik minum air gas karang dah besar obesiti pulak. Baru hang tau..:-p
Kasi chance lah ibu naik buaian tu Iman..:-)
Okay korang main lah dulu, abah nak jogging.
Phew, dah lama tak keluar peluh. Kalau korang complete pusing satu taman ni boleh dapat around 750m jugak. So, aku tadi buat satu pusingan dalam masa 6 minit jugak. Huhu. 
Haha, apa benda mencangkung camtu dik Iman. Penat dah ke, jom lah pergi breakfast.
Ada jugak bawak bola, ingat nak train Fariq. Huhu, tapi member tak minat pulak.
Jom gerak. Hari pun macam nak hujan.
Singgah breakfast di Gerak 21.
Wife nak masuk Eco Shop pulak. Layankan je lah, nasiblah cik abang dah masuk gaji..:-p
Malam meluangkan masa menghadiri kuliah agama di Surau an-Nur Mawarsari.
Muka budak ngantuk, orang suruh tidur petang tak nak.
Atuk pun ada jugak join. Ni lah perks duduk satu taman dengan parents..:-)

Tewas juga dengan ajakan syaitan. Hahaa~ 


Okaylah, EPL pun takde malam ni. So moh le tidur awal sikit, esok nak attend majlis akikah sepupu kat Kuala Selangor. Karang terlajak tak memasal kena tinggal, ingat nak carpool dengan ayah je.

P/S: Minggu ni Newcastle lawan Liverpool, semoga dipermudahkan. Amin

No comments:

Post a Comment