Friday, November 11, 2022

Kisah AKU n Afiq's Wedding @ Nice Banquet Hall

Assalamualaikum,

Malam ni barulah berkesempatan nak menaip entri. Agak busy sikit minggu ni dengan meeting with clientele dan juga sudah tentunya, TMC report ke management untuk performance bulan lepas. Baiklah, seperti title entri ni yang tertera diatas, Sabtu lepas aku dan keluarga sempat attend majlis wedding my best friend, Afiq Azham di Rawang.
Awal minggu lepas aku dan Fariq dapat demam, tak taulah berjangkit dari siapa. Alhamdulillah, result RTK kami berdua negatif dari Covid, Influenza dan segala macam varian yang ada kat luar tu. Kami recover pun quite cepat jugak, kena malam hari Jumaat pagi Ahad tu dah sihat sepenuhnya with exception batuk-batuk sikit.
Iman sekarang dah boleh duduk. Well done daughter. Tapi still kena monitor takut jatuh kebelakang pula..:-)
Fast forward ke hari Sabtu, aku dan family bergerak dari rumah after Zohor ke venue majlis yang berlangsung di Nice Banquet Hall @ Rawang. 
Ni tempat aku ambil booster Covid hari tu. Huhu. Majlis hari tu turut mengabungkan satu lagi pasangan pengantin iaitu adik perempuan dia.
Parents aku pun ada join hari tu. Disertai sorang lagi member rapat kami, Dolah yang juga hadir bersama ibu bapa dia. Kau tengok brader tengah tu bukan main bertema Bollywood. Seingat aku kami ada attend satu wedding awal tahun hari tu, tu yang datang inspirasi buat ala-ala SRK! Huh
Fariq yang sentiasa rapat dengan opah dia. Bukan main marah bila aku cakap "Opah tu mak abah tau..mestilah Opah sayang abah lagi dari Fariq.." Haha
Iman bersama ibu dia, bergambar dengan Nad, wife Zaaba yang juga datang memeriahkan majlis.
Ada lagi rakan seperjuangan Quatriz - Ridzuan, Azhar yang hadir bersama family atas jemputan aku secara tak langsung. Haha. Tuan punya badan pun takde roger. Kebetulan sebenarnya, hari Isnin lepas aku ada meeting dengan Quatriz. Tu yang tanya si Ridzuan if dia pergi ke tak. Member clueless tak tahu. Aku pun cakaplah kat Afiq, tu yang dia share jugak dalam group WS.
Sempatlah seround dua game COD dengan si Ridzuan (KingBlaze) tu. Dah berapa tahun tak berperang kat sini. Hehe
Sudah tentunya aku MVP. Hihi
3.30pm - Selfie dulu sebelum balik. Memang lama lepak hari tu, nak dekat 2 jam setengah jugak. Kira macam mini reunion lah jugak..:-)
Ambil satu lagi gambar buat kenangan. Si Fariq boleh tertidur pulak kat opah dia. Tu yang takde dalam gambar. Lama pulak tidur tu. Huu
Eh ada pulak brader sorang ni. FYI, Wan Faisal ni is one of our RFID FC team member dulu. Dia duduk dekat Saujana Rawang, tu yang sempat datang kot.
Bila dah kat luar baru terjaga, maybe dengar bunyi bising kot.
Dah-dah jom balik. Nampak tu dapat parking depan. VVIP tu..:-p
Malam Sabtu tu tengok EPL, Newcastle menentang Southampton yang berakhir dengan kemenangan bergaya 1-4 ditempat lawan. Kini, team kesayangan aku ni menduduki tempat ketiga liga! Kredit kepada our gaffer, Eddie Howe yang berjaya transform team ni dan juga congratulation for your first year anniversary with us. Hopefully kita boleh dapat satu piala tahun ni.
Jadi bujang lah sekejap, wife dengan Iman tidur awal kat atas. Fariq pulak lepak tidur kat rumah atuk dia. Huhu

Okaylah, itu sahaja cerita malam ni. Nak kena tidur awal, esok ada meeting kat Bangi jam 11. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada my bestie, Afiq dan pasangannya Alina. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

P/S: Sebenarnya nak tunggu a few lagi gambar from phone si Afiq tu. Tapi sampai laa ni tak dapat. So update je lah dulu. Huhu

No comments:

Post a Comment