Assalamualaikum,
Sementara nak tunggu si Fariq ni tidur, rasanya eloklah aku update blog sekarang. Tengah ada masa ni baik menaip, karang tau-tau dah masuk hujung minggu baru pulak. Haha. Okaylah, seperti yang korang rakyat Malaysia pun tahu Jumaat lepas kita menyambut hari pembentukan negara Malaysia yang tercinta ini. Aku macam biasalah, takde kemana sangat balik kampung je. Tapi adalah a few cerita untuk mengisi content update malam ini.
Ni apa benda pulak? Haha. Dapat jersi original Newcastle ni. Bos belikan sebagai tanda penghargaan atas achievement kami. Elok beli yang takde sponsor, sebab katanya takut aku tak pakai since sponsor tu syarikat gambling, Fun88.
Hari Khamis aku dan wife WFH. Lepas office hour, kami bersiap dan terus ke taska untuk ambil anak-anak. Seperti yang dirancang kami balik Melaka petang tu jugak. Tapi telahan aku meleset, memang jem gila hari tu. Aku gerak dari Sungai Buaya pukul 6.30 petang, sampai Serkam jam 11.30 malam!
Hari Jumaat tu aku takde buat apa sangat, maklumlah cuti. Cuma petang tu kami kerumah ipar aku yang baru siap. Kira-kira 100 meter dari rumah mertua. Diorang buat rumah ni tak silap aku dari awal tahun, laa ni barulah siap masuk perabot segala bagai. Kira macam rumah singgah lah ni bila balik hujung minggu.
Datang sini pun naik motor letrik je, lalu ikut jalan dalam. Tahu-tahu dah sampai.
Amboi budak ni, sampai je tidur. Maybe lena time naik motor kot.
Syok la main basikal, kawasan punya luas. Cuma berbatu sikit, payah budak nak mengayuh. Huhu
Malam seperti biasa, menunaikan solat Maghrib dan Isyak disini sementara nak menunggu surau depan rumah tu siap akhir tahun ni.
Malam hari Jumaat tu aku tak dinner kat luar pun, banyak kedai tutup. Tengok bebudak ni main. Memang nak kena monitor takut bergaduh rebut mainan je.,:-p
Pagi Sabtu sekitar jam 9 pagi, kami sekeluarga ditemani adik wife pergi beriadah di Pantai Siring. Fariq nak main istana pasir, so kita layankan je lah.
Maryam je yang join hari tu sebab kebetulan semalam dia tidur dengan kami, Hasan pulak ikut parents dia balik rumah baru. Huhu. Tu yang tak dan nak join.
Ni nak nangis ke nak gelak?
Okay since ada makcik-makcik diorang tengok, so aku breakfast dulu lah ye.
Sambung main lagi walaupun matahari dah naik tinggi. Cepatlah anak-anak, pukul 11 dah ni.
Selfie dulu. Abang Fariq tak join, leka sangat main pasir..:-)
Petang lepas Zohor, aku dan Zed sempat menghadiri sebuah majlis akikah. After settle, kami ke Alai cari port basuh kereta. Punyalah banyak pasir, semak mata aku tengok. Haha
Petang cam biasalah. Tak payah explain lagi kot.
Malam tu lepas solat, sempat menyinggah warung makcik depan rumah nak pekena Mee Bandung Muar dia yang marvelous tu. Tengah sedap menyembang dengan si Zed tu, tiba-tiba budak-budak semua datang pulak. Haha, terpaksalah sembang in English while order extra roti canai dan milo untuk deme.
Ni pun join jugak malam tu. Makan suku je, selebihnya abah yang habiskan..:-p
Pagi Ahad sekitar jam 11.30 pagi, kami sekeluarga bergerak pulak ke Rawang. Trafik sesak bhai, aku sampai rumah pukul 3.30 petang jugak. Minggu ni memang betul-betul orang berjalan, maklumlah cuti tiga hari. Buat pulak event Hari Malaysia tu berlangsung di Melaka. Memang A+ lah jem dia. Hahaa~