Assalamualaikum,
Minggu ni awal update sebab draft semua ready, plus aku pun memang dah sampai rumah. Biasanya kalau balik Melaka, pukul 11 malam ni masih lagi dalam highway. Haha. Okay nak cerita sikit aktiviti riadah aku bersama family di Melaka minggu ni.
Hari Jumaat dalam pukul 10 malam, aku dan keluarga bergerak from Rawang ke Melaka. Sampai dalam jam 1 pagi jugak. Saja balik minggu ni since ada jemputan majlis kahwin kawan wife.
Pagi Sabtu sekitar jam 11 pagi, kami dah bergerak ke venue majlis yang terletak di Telok Mas
Macam biasalah ambil turn makan. Bagi wife makan dulu.
Amboi si Fariq ni sampai dua aiskrim makan hari tu. Demam karang baru tau, dah la Selasa ni ada sambutan merdeka kat taska. Karang terlepas lagi cam tahun lepas..:-p
Lepas settle jemputan majlis kahwin tu kami pun bergerak to our next destination di Klebang, seperti yang dirancang aku memang nak bawak Fariq pergi melawat Muzium Kapal Selam bersempena bulan kemerdekaan ni. Huhu
Disini menempatkan sebuah Kapal Selam model FS Ouessant Augusta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah diubahsuai menjadi Muzium untuk tatapan umum. Bukan setakat tatap je, nak masuk dalam tengok pun boleh. Tapi bayar RM5 tau.
Berangin kuat area sini, maklumlah tepi laut. Untuk pengetahuan, ni betul-betul kapal selam tau, bukan replika..:-)
Bilik enjin. This is the heart of submarine. Enjin takde, maka tak bergerak lah diorang. Bila tak gerak, macam mana nak timbul.
Sedikit interior dalam kapal. Tak silap aku pihak Muzium ada provide package bermalam dalam submarine ni. Hat sapa yang nak merasa jadi submarine crew boleh lah try. Cuma aku tak berapa ingat detail. Maybe boleh pergi laman web PERZIM, kot lah ada info.
Selfie before turun kapal.
Kat sini bukan setakat ada kapal selam je, sebanyak dua buah jet pejuang (McConnell Douglas A-4 Skyhawk dan juga Northrop Grumman F-SE) pun dipamerkan jugak untuk tatapan orang awam.
Untuk orang yang berjiwa sejarah macam aku ni, memang seronok sangat dapat melawat muzium camni. Huhu. Dulu before kahwin aku pernah datang melawat bersama Brotherhood Shah Alam time by bachelor trip. Huhu
Seronok budak ni tengok fighter jet. Besar nanti nak jadi fighter pilot ke Fariq?
Wife bersama our princess, Iman.
Eh ni naik apa pulak?
Naik kereta kuda dulu before balik. Time datang empat tahun lepas takde lagi natang ni
Cuak muka Fariq tu. Before naik bukan main berani lagi. Hihi
Okay last-last. Orang tu kata boleh bergambar naik kuda. Free of charge. Kalau dalam game beria jadi cavalryman. Bila real life naik kuda baru tahu gayat. Hahah
Last gambar sebelum bergerak pulang ke Serkam.
Balik rumah nak dekat Asar jugak. Lepas solat je tertidur sampai 6.30 petang. Surau depan rumah ni tah bila nak siap lah..:-)
Unlike macam our current practice balik Rawang malam, kali ni kami sekeluarga balik pagi. Pukul 11 pagi lagi dah gerak since ada hal nak disettlekan. Selasa depan ada sambutan hari Merdeka kat taska anak, so adalah contest baju Merdeka. Untuk kali ni, air tangan mak aku yang kreatif tu lah jadi designer baju Fariq dan Iman. Bukan tak nak beli kat Shopee, tapi sold out je memanjang kalau ada pun delivery sampai 14 days. Tu yang mak offer buat kan. Bak kata Fariq "Terima kasih Opah tolong buatkan baju.." Huhu
Okay, itu je lah nak cerita malam ni. Biasalah menaip sambil tengok bola. Alhamdulillah, rekod tanpa kalah Newcastle masih on lagi dengan keputusan seri 1-1 menentang Wolverhampton di Molineux. Memang cantik betul gol ASM tu. Sebenarnya boleh je nak menang tadi, cuma takde luck lah orang cakap. Huhu
P/S: Khamis ni lawan Liverpool jam 3 pagi. Nak tengok ke tak nak? Sorry sikit, aku bukan lalang. Kalah menang tetap sokong okay!
No comments:
Post a Comment