Saturday, June 4, 2022

Kisah AKU n Syawal 2022 - Day 27

Assalamualaikum,

Ni cite minggu lepas tau. Sorry lah tak nyempat nak update. Banyak urusan nak disettlekan, maklumlah hujung bulan banyak report nak kena submit. It's okay, saja lah nak berkongsi cerita minggu terakhir Syawal 2022 aku tahun ni.
Minggu lepas seperti korang sedia maklum kita masih lagi dalam bulan Raya, so ada a few open house jugak yang aku attend such as Petronas Group yang berlangsung di KLCC Convex. Kami hadir atas kapasiti business partnership with KLCC Parking Management Sdn Bhd.
Minggu lepas jugak merupakan minggu pertama wife aku start bekerja semula after cuti berpantang. Walaupun Silverwing dah dapat, aku masih lagi hantar ambil Ija buat masa sekarang. Kekadang aku malas balik rumah, so sudahnya sambung bekerja dalam kereta. Takpun lepak kat restoran Mamak yang berdekatan.
Since mak ayah pun dah start bekerja, anak-anak pun dah start masuk taska. Memang berat jugak hati nak menghantar especially Iman yang masih lagi kecil. Tapi apa boleh buat, dah kami pun kena bekerja. TNG masih lagi adopt hybrid workforce, Rotiboy pulak dah restart full force. 
Hujung minggu lepas kami tak kemana pun, spend time with the kids dekat our home' backyard. Fariq teringin nak mandi kolam dia yang besar tu. Layankan je lah. Huhu
Adik Iman pun join jugak. Tapi join tengok je lah. Haha
Happy dia hari tu naik "buaya". Bukan buaya darat tau.:-p
Sesi belajar memancing itik untuk membantu Fariq belajar fokus.
Iman sampai tertidur tunggu abang dia mandi lama sangat. Rasanya nak dekat dua jam jugak kami berendam hari tu..:-)
Selfie dulu sebelum menamatkan sesi berenang.
Haha, apahal tu? Fariq ni kacau Iman tidur pulak. Dah tak nak tidur sudahlah, ni nak kacau orang pulak. Pfft

Okay, itu sahaja cerita untuk menutup diari Syawal 2022 aku. Sekarang ni aku ada kat Melaka, tengah cuti panjang kan. Sempatlah balik sekejap melawat ahli keluarga wife. In Sha Allah akan ada satu entri. Nantikan je lah ye. Till then, take care semua.

No comments:

Post a Comment