Sunday, March 13, 2022

Kisah AKU n Covid Positive?

Assalamualaikum,

Eh siapa kena Covid tu? Kau ke bro? Takdelah, bukan aku tapi anak bini aku yang kena. Silalah baca entri ni untuk cerita selanjutnya.
Jumaat minggu lepas aku bekerja di office, after menunaikan solat Maghrib di Masjid ar-Rahah Bangsar South aku dapat message from wife. Katanya cikgu taska ada yang positif Covid, dan cikgu tu pulak memang rapat dengan Fariq. Wife jugak cakap Fariq start batuk-batuk. Aku pun terus balik, ingat nak terus ke klinik je. Sampai rumah tengok anak aku dah tidur. Ija pulak buat STK, tapi time tu negative.
So, pagi Sabtu aku dan family ke Mediviron buat swab test satu family. Yang pertama dapat result Fariq, followed by my wife and both are tested positive. Aku yang last dapat, but my result negative. Terkedu jugak lah time tu sebab tak tau nak buat apa sampai Google taip "apa nak buat kalau positif covid" Haha
Nasib baik ada benda yang goverment bagi. Jimat lah jugak tak payah beli Oxymeter tu, dalam ni ada jugak empat unit STK, thermometer dan juga face mask "Keluarga Malaysia" .Haha
Ahad tu aku gagahkan jugak cari ubat-ubat untuk wife dan anak. Lima farmasi aku pergi nak mencari ubat yang recommended ni. Aku walaupun tested negative tapi memang terasa simptom tu especially runny nose dan dry cough. Demam or sakit badan takde pun.
Isnin tu aku ambil EL dan bawak diorang ke CAC Klinik Kesihatan Serendah untuk check sebab diorang kes positif bergejala dan juga condition yang takde improvement. Kira Tier 2B lah. Tapi ada jugak hamlau yang dok contact aku tanya pasal kerja. Then cakap kenapa tak inform awal-awal nak pergi CAC dan ambil EL. Aku pun melompat lah wei. Screenshot balik conversation dalam group sehari sebelum where aku dah informed nak pergi CAC, dan pasal EL tu aku just reply "Had I know earlier and need to inform you one day earlier, might as well I apply for annual leave. Thanks"
Syok dapat ubat dari doktor. Huhu
Tapi tu lah orang cakap, dah anak bini yang positif. Kita yang negatif ni redha je lah, sebab anak sentiasa nak melekat dengan bapak. Yelah, dah aku yang mandikan, sometimes bagi makan pastu tidur pulak satu bilik. Aircond pulak tu. Memang kena bersiap sedia jugaklah kot positif ke, tapi Alhamdulillah sepanjang buat STK result masih negative. Aku pulak memang amalkan pengambilan Redoxon dan juga minum air kelapa untuk make sure kekal immune. Huhu
Hari Selasa, Fariq masih lagi tak fit. Banyak habiskan masa tidur je. So senang sikit kerja. Huhu
If dia bangun pun, nampak lemau je. Tu yang kena pantau. Kadang-kadang malam kena full charge laptop sebab dia nak kita teman tengok TV kat ruang tamu ni. Tapi kami ni kerja kena jalan jugak. 
Rabu condition wife dan anak semakin baik. Kau tengok budak ni, pantang aku masuk bilik air. Tahu-tahu dan ada kat depan laptop. Katanya nak buat kerja office. Haha
Hari Khamis dan Jumaat keadaan Fariq makin baik, cuma masih ada batuk sikit time malam. Wife pun sama jugak, memang kami selalu monitor suhu dan juga oxygen level untuk mengelakkan benda buruk berlaku.
Hari Sabtu merupakan hari kelapan kami kuarantin out of sepuluh hari yang ditetapkan. Hari tu jugak kami diminta untuk buat swab test. Biasa orang buat STK kat rumah, tapi kami lagi prefer buat RTK di klinik. Lagi accurate katanya, tapi costly lah cuma kat Mediviron ni harganya RM50 per RTK test. Tiga orang dah RM150. Huhu
Alhamdulillah, kesemua kami result negative tapi masih lagi didalam kuarantin sehinggalah 14th March. Lega sikit bila semua dah recover, cuma lepas ni kena berhati-hati sikit. Kalau rasa takde keperluan tu elok dok rumah je.
Petang tadi menyambung kerja yang tergendala dari minggu lepas buat makeover dapur sikit.
Yang budak ni syok mandi kolam kat our backyard.
Apo pulak ni? Adalah selingan sikit. Maklumlah dah WFH satu minggu memang ada banyak jugak masa terluang. Since aku dah five consecutive season tak menang liga kat Dream League Soccer ni, terpaksalah aku deploy my all-time best eleven. Diorang ni kalau ikutkan dah tak eligible nak main first team sebab semuanya dah lebih 300 caps. Tapi untuk season baru, this is an exception.
Ni lah hasilnya. Semua piala aku tapau season tu. Legendary Division League Cup, GC Cup, Diamond Cup, Division All Star Match, International Cup dan All Star Cup 
Bukan tu sahaja, Callum Wilson berjaya meledak 36 + 14 goal (unrecorded di International Cup & All Star Cup) sekaligus memadamkan rekod lama yang dipegang beliau lima musim yang lepas iaitu 26 + 8 goal. Cuma season ni tak perfect since ada kalah sekali dalam league, rasanya lawan Real Madrid.
Tadi masuk season baru, pakai lineup biasa. If tengok majoriti player Newcastle dalam ni- Woodman, Hayden, Longstaff, Willock, Murphy's brother dan juga Armstrong.
Haru pakai team ni. Satu objektif je achieved. Piala satu pun takde. Tapi boleh la compete dalam liga Legendary Division ni dapat nombor dua. GC Cup dapat bronze. Armstrong pun not bad dapat menyumbat 19 gol.

Okaylah guys, aku nak tengok bola ni. Hari ni match EPL Newcastle menentang Chelsea di Stamford Bridge. Let's hope for another win, if not draw pun dah cukup untuk make sure kita punya unbeaten streak kekal. Sekarang ni anak buah Eddie Howe dah main sembilan game tanpa kalah, from 9 tu 7 merupakan kemenangan bagi my beloved Newcastle United.

P/S: Apa cerita dengan Chelsea sekarang? Kena turun liga ke? Haha

No comments:

Post a Comment