Assalamualaikum,
Hari ni aku nak berkongsi sikit pengalaman unik menghadiri majlis graduasi Taska Ibu Manal @ Bandar Sungai Buaya. FYI, anak teruna aku si Fariq tu study kat sinilah. Pejam celik dah dua tahun jugak Fariq duduk kat sini time ibu ayah dia pergi kerja mencari rezeki. Huu
Khamis lepas aku masuk office, ada urusan sikit nak disettlekan. Urusan apa tu, resign ke?
Uish kotak apa ni? Kena buang kerja ke? Takdelah, office untuk Commercial Division relocate from Level 12 ke Level 6. Starting esok, kami akan bekerja di office baru, tu yang kena packing barang sikit.
Ni lah office baru. Ada a few final touch up lagi by contractor before TNGSB Moving Day @ 14th February 2022.
Unlike tahun lepas yang dia excited, tahun ni macam takut-takut pulak si Fariq ni tak nak ambil gambar.
Haa macam ni pun boleh lah. Amik gambar dah hadiah pun drive thru..:-)
Before balik singgah Bandar Rawang, wife nak ke Bank Islam.
Tengok ikan. Huu
Selfie dulu before bergerak pulang kerumah..:-)
Korang tengok lah Bandar Rawang ni. Dua puluh tahun lepas, duduk kat tengah-tengah jalan ni pun takde orang kisah. Sekarang pheww, dia punya jem macam dekat KL. Tapau lunch je hari tu sebab ada budak dah nak mengantuk. Huhu
Hari Ahad takde buat apa sangat. Cuci bilik air, pastu petang ngeteh dengan ayah kat Restoran Jamal. Deme kata kat sini port baru, takdelah asyik nak pergi Salam je.
Tapi memang padu Mee Goreng dia, macam rasa mee dekat restoran legend dekat Pekan Parit tu. Huhu
Tu je lah entri malam ni, okaylah nak ready match Newcastle vs Aston Villa ni. Hopefully kita dapat kemenangan ketiga berturut-turut lah ye. Amin In Sha Allah. We can do it, HWTL!
No comments:
Post a Comment