Assalamualaikum,
Khamis lepas aku akhirnya dapat jugak jab Booster Covid-19. Okaylah, kita kena ada usaha sikit nak lindung diri dari wabak ni kan. Mula-cula cuak jugak, risau kot lah ada side effect teruk ke bila dah cucuk, tapi sebagai seorang Muslim kita kenalah sentiasa bertawakal atas tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk mencegah dari wabak Covid-19 ni.
Khamis lepas macam biasalah hantar wife kerja di Rawang, aku pulak memang jenis malas nak balik. So lagi rela cari port redup dan bekerja dalam kereta. Pukul 1 pickup Ija, balik rumah dan sambung kerja cam biasa. Lepas habis meeting, aku terus ke venue offsite PPV yang terletak di Nice Banquet Hall di Rawang yang diuruskan oleh Poliklinik Vista. Aiseh, aku kalau nama Vista ni tak boleh dengar. Haha. Tengok macam lengang pulak.
Wife pun ikut untuk beri sokongan moral. haha takdelah sebab lepas cucuk nak terus ambil sikecik tu. Huhu. Puan ni dah lama ambil booster, husband dia je yang degil tak nak cucuk. Huhu, takdelah aku dok tunggu vaksin Sinovac. Malas lah nak campur-campur, nanti jadi mutant pulak..:-p
Done cucuk, tak sampai 10 minit pun. Proses yang cukup lancar. Dari verify MySejahtera, doctor consultation, cucuk sampailah update status vaksin.
I'm pure Sinovac clan. Tiga-tiga jab semua dapat vaccine China ni. Haha. Amazingly the only side effect yang ada cuma mild headache je malam tu dan juga lenguh sikit di lengan.
So, itu sahaja cerita minggu ni. Since esok kerja dan masih awal, let's play the latest version of Trial of the Seven Kingdoms. Haha