Assalamualaikum,
Malam ni aku nak share story sikit bekenaan anak buah aku, Mikail. Tanggal 4 Januari 2022 bakal merupakan hari lahir beliau yang keempat. Kali ni kami celebrate awal since awal Januari, Along dan family akan ke bercuti ke Langkawi.
Sebelum memulakan main entry, meh kita mulakan dengan cerita dipejabat. Following rotation schedule yang dah start berkuatkuasa bulan Disember, aku bertugas dioffice pada minggu ketiga dan kelima.
Balik tak payah cerita lah, rasanya setiap hari pukul 8 malam. Manpower dah berkurang, kerja pulak semakin bertambah. Hadap je lah.
Sampai rumah pun kekadang Fariq pun dah tidur.
Minggu ni memang almost everyday hujan time aku nak balik rumah.
Tapi yang paling kesian hari Khamis lah, walaupun tak hujan. Tapi aku tersadai kat depan Angkasapuri ni. Why? Tayar pancit kena paku pulak, nasib baiklah ada servis Tayarpancit.my ni. Call je lepas tu diorang datang, tapi kena charge lah. But takpelah, dah keadaan desperate malam-malam takkan lah nak demand kot. Huhu
Malam Sabtu lepas Maghrib kami kerumah ayah. Sampai je tengok Along dan Syazwan tengah buat final preparation. Ada lampu lip-lap lagi, kelass.
Kaunter makanan - ada mee goreng dan juga KFC untuk celebration malam tu.
Ni bukan pokok Krismas ye..:-p
Menunggu birthday boy turun dengan sabar.
Tengok budak ni yang tak sabar nak makan kek.
Birthday boy dah ready nak potong kek tu.
Tiup lilinnya, potong kuenya. Haha. Lagu birthday Indon!! Korang tengok anak teruna aku ni, buat muka excited.
No comments:
Post a Comment