Wednesday, February 24, 2021

Kisah AKU n Warband : Nova Aetas

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan dalam entri minggu lepas, hari ni aku nak review Mount & Blade: Nova Aetas yang merupakan sebuah mod partial conversion bagi Mount & Blade Warband. Why partial conversion sebab most of native item dikekalkan dalam mod ini, berbeza dengan a few total conversion mod yang aku dah kupas sebelum ni such as Suvarnabhumi Mahayuth, A World of Ice & Fire dan Age of Arthur.

Mount & Blade: Nova Aetas ni memang merupakan antara mod yang paling improvised pada pandangan aku. Banyak penambahbaikan dan features baru yang dimasukkan oleh modder. 
Masih mengekalkan map dari game asal dengan enam existing faction (Swadia, Rhodok, Sarranid, Vaegir, Khergit, Nords) with additional faction iaitu:
  1. Mithradian Empire (based on Eastern Roman Empire)
  2. Merchant Republic of Zendar (based on Venice Republic)
  3. Aztaoc Empire (based on Aztec Empire)
  4. Agonic Order (based on Teutonic Knight Order)
  5. Noregr Kingdom (based on the Viking)
  6. Turghurn Horde (based on the Mongol Horde)
  7. Papal State (as it is)
Ada kawasan baru - New World yang didiami Aztaoc Empire. Korang mestilah mendapat access to Zendar Great Harbour since ni merupakan satu-satunya pelabuhan yang mampu membina kapal untuk kesana. Explore lah area ni, dan open your colony.
Game ni cam biasalah ada market untuk korang beli barang-barang seperti baju, armor, senjata, barang makanan untuk tentera dan sebagainya. Ada juga weaponsmith dan armourer untuk upgrade weapon. Dalam game ni korang boleh kumpul relic iaitu item yang berkaitan dengan agama yang dianuti lah. Lagi exclusive relic yang korang ada, lagi bertambah level piety player tu.
Macam mod lain, sini pun boleh lepak-lepak kat tavern untuk rekrut tentera upahan, hire companion dan juga kalau bernasib baik boleh jumpa dengan penyair untuk belajar sajak/syair yang boleh digunakan untuk mengorat. Jangan terkejut kalau terjumpa Rabbi kat tavern, sebab if korang Jews. Itu je lah cara nak membuat amal compare to other religion yang memang ada rumah ibadat masing-masing dekat setiap bandar. Tak lupa juga dekat tavern kekadang ada Jihad/Crusade merchant, if korang nak beli armor/kuda yang cool.
Elemen RTS didalam Nova Aetas ni dapat dilihat melalui role karekter dalam nation yang dipilih. Mirip Total War, ianya membolehkan party yang diketuai karekter untuk attack, defend, reinforce, besiege atau scout open world. Konsep RTS atau real time strategy dapat dilihat melalui tema game ini iaitu ketika zaman Perang Salib. Watak, tempat dan event yang wujud didalam open world ialah berdasarkan watak fiksyen semata-mata, iaitu dicedok dari game asal Mount & Blade ni.
But, untuk karekter player ia boleh direka. Karekter aku Frederick, son of noblemen of Zendar, capital of the Merchant Republic of Zendar lengkap menyarung Knight Templar armor berhadapan Istana Republik Zendar. Dalam game ni, korang boleh pilih ciri-ciri karekter dari bangsa, agama, physical appearance etc. Religion memang main peranan dalam game ni, I'll explain later dibawah. 
Dalam map kalau perasan ada location with white color. Tu sebenarnya lokasi yang korang boleh lawat such as ruined town, building, forest, mines etc. 
Dah nama pun ruined memang setiap tempat ni ada sejarahnya tersendiri. So, apa kita boleh buat? Selain cari treasure chest kita juga boleh restore balik tempat-tempat ni. For every successful restoration, point Prestige korang akan bertambah. Lagi bertambah Prestige, lagi cepat korang naik civil rank. Civil rank ni penting sebagai penanda aras kedudukan korang dalam satu faction tu. Bermula dari freemen, kita boleh naik sampai up to level Archduke, Amir dan sebagainya bergantung dekat faction mana korang berkhidmat. Dalam gambar - Temple of Minerva yang berjaya dibaikpulih oleh Barone Frederick diatas puncak Mount Praven.
Prestige point juga akan naik bila korang join guild, every town ada Guild Hall dimana korang boleh visit dan enlist sebagai apprentice untuk belajar craftsmanship, masonry with objective to become the master/expert, for example Master Stonemason. But untuk aku, maaflah. I love to explore.
Macam aku mentioned tadi, religion memang main peranan dalam mod ni. Dekat setiap bandar memang ada rumah ibadat untuk player beribadah dan beramal. Ada Christian church/citadel, Muslim mosque dan sacred stone for Pagan/Tengrism. Si Frederick ni asalnya follow Catholicism, tapi ada satu insiden yang membuatkan dia berubah. Nak tahu? Okay, jom kita cerita sikit apa progress aku setakat ni. Setakat ni, Frederick atau nama barunya Farid ad-Din merupakan seorang lord yang berkhidmat dengan Sultan Abdulhamid of the Sarranid Sultanate. Aikk, apehal tu? Convert ke?
Marilah kita flashback sikit pada beberapa tahun yang lepas. Mewarisi title Barone yang dimiliki keluarganya, Frederick merupakan seorang noble di Merchant Republic of Zendar. Keluarganya mempunyai a lot of property dan juga sebuah castle yang terletak di Pulau Atheion 
Frederick memang meminati ilmu maritim dan bercita-cita untuk menjadi the first Calradian yang menjejakkan kaki ke New World. Dengan restu pemerintah Zendar, Doge Alvise he set sailed dan berjaya mendarat di Teluk Asmura pada 1523AD. Barone Frederick membuka koloni pertama yang dinamakan Nova Zendar, dan juga sebuah kota untuk mempertahankan koloni baru dari serangan Aztaoc Empire. Beliau juga membuka laluan perdagangan pertama diantara Calradia dan New World. Hasil seperti emas, hamba, gula etc. dapat dibawa masuk dan Zendar kemudiannya menjadi bandar terkaya di seluruh Calradia.
Nova Zendar ternyata merupakan satu kejayaan besar bagi Frederick dan juga untuk the Merchant Republic of Zendar. Koloni kecil yang dibina tak sampai setahun bertukar menjadi sebuah kota yang pesat membangun. Barone Frederick melawat Fort Zendar yang menjadi tulang belakang kompleks pertahanan di sekitar Teluk Asmura
1524AD - Barone Frederick berlayar pulang ke Calradia diatas arahan Doge Alvise. Ya, the first Crusade telah bermula diantara kerajaan Kristian (Papal States, Mithradian, Zendar, Rhodok, Swadian) untuk menawan Hierosolyma (Jerusalem) dari Sarranid Sultanate. Reluctant to join, Frederick was being forced to participate by Doge Alvise with the threat of the confiscation of property including newly founded colony of Nova Zendar, together with his army. But then, sepanjang kempen Crusade ni beliau menjauhkan diri dari the main crusading forces and take little military action. 
Perang Salib berlangsung selama hampir setahun dan berakhir setelah kejatuhan Hierosolyma ketangan Emperor Constantinos of Mithradian Empire. Disinilah insiden yang mengubah perjalanan hero kita apabila beliau menyaksikan pembunuhan beramai-ramai Muslim Hierosolyma. Tak cukup dengan kekejaman itu- masjid dibakar, komuniti Sarranid dihancurkan melalui pembersihan etnik dan banyak lagi atrocities yang beliau saksikan pada 7 hari yang dahsyat itu. Komuniti Muslim sekitar Hierosolyma dijarah dengan buas sehingga tiada apa lagi yang tinggal.
A vocal Barone Frederick bersuara dengan lantang mengecam tindakan tidak berhati perut yang dilakukan oleh warlord Kristian yang lain didalam sebuah majlis keraian di Istana Hierosolyma anjuran Emperor Constantinos. Disgusted, he left the feast and ready to ride back to Zendar keesokan paginya.
Ketika tentera Frederick mendekati Ashkalon, tentera Crusade yang diketuai oleh Grand Duke Clais of Swadia menghalang laluannya dan membawa arahan untuk menangkap Frederick untuk dibawa ke trial oleh Pope Gregory of Alrudias. Kemudiannya, beliau diserang dari tiga arah dengan Sungai Ashkalon dibelakangnya.
Out of nowhere, sebuah Muslim cavalry division diketuai oleh Grand Mushir Nuwas menghentam dan berjaya mengkucar kacirkan sayap kiri tentera Salib. Gradually, Barone Frederick dan Grand Mushir Nuwas fought together dan berjaya menghancurkan tentera Grand Duke Clais. Realized he was no longer accepted in the Christendom, Frederick renounced his allegiance with the Merchant Republic of Zendar and rode eastward to Hashalla, new capital of Sarranid Sultanate under the protection of Nuwas.
Fast forward three months later, Frederick menjejakkan kaki ke Masjid Agung Hashalla dan memeluk agama Islam. Beliau menukar namanya ke Farid ad-Din yang membawa maksud permata agama. Perghh, nama tak nak kalah beb! Haha
Pada hari yang sama juga beliau menghadap Sultan Abdulhamid untuk pledged his allegiance to the Sarranid Sultanate dan bestowed title of Mushir or general of the army.
Tugas pertamanya ialah berlayar ke New World dan reclaim Nova Zendar from Merchant Republic of Zendar. He succeed in this mission tanpa pertumpahan darah dimana garrison Nova Zendar majoritinya setia kepada Frederick. Nama koloni ditukar kepada Ukhra Hashalla, trade route diverted to the Port of Hashalla. 
Beliau kemudiannya dipanggil pulang oleh Sultan bagi menyahut panggilan Jihad pertama untuk mengambil semula Hierosolyma. 
Mushir Farid ad-Din bertanggungjawab menjaga rusuk kanan tentera Muslim didalam kempen Jihad ini. Hasil pengalaman beliau yang luas dan kepakaran didalam logistik tentera, Farid ad-Din berjaya menubuhkan the first kor Artileri Sarranid yang instrumental in defeating Emperor Constantinos didalam Pertempuran Tardus
Bravely stormed the First Wall during Siege of Hierosolyma pada 1526AD. 
Memecah masuk pertahanan kedua where a brutal close quarter combat happened between Muslim and Crusade armies. 
Memasuki kota suci Hierosolyma sebagai seorang Muslim. Beliau merupakan komander Sarranid yang menerima penyerahan kunci kota oleh Marques Theophilus. Penganut agama lain dibenarkan tinggal dan bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa rasa takut dan prejudis. Tentera Salib yang menyerah diberi jaminan keluar dan pulang ke wilayah masing-masing diiringi skuadron berkuda Sarranid.
Selepas kejayaan Jihad, hero kita berkahwin dengan puteri Grand Mushir Nuwas, Lady Zulaikha dan pulang ke castlenya atas urusan suami isteri. Haha
Dan disitulah juga berakhirnya entri ni, Calradia diserang musuh baru iaitu Turghurn Horde yang muncul dari Asugan Pass. Stop jap la, penat la wei asyik perang je. Cuma one thing yang bagus pasal Nova Aetas ni, battle memang agak balance dimana war party pun tak ramai sekitar 50 - 200 tentera saja. Compare to AWOIAF dan AoA yang kekadang satu war party pun boleh sampai 700 orang. Tu yang sampai setengah jam menghadap satu battle, jadi tak enjoy pulak.  

Baiklah, that's the end untuk review Nova Aetas. Aku dah takde mod baru nak review untuk Warband. Bukan apa, semalam aku upgrade laptop - tambah lg 4GB RAM. So, memang smooth je main Mount & Blade Bannerlord. Huhu. Dapat jugak merasa main Bannerlord ni, biasa tengok streamer main je. Haa, ada idea. Nanti aku review game tu pulak. 

No comments:

Post a Comment