Thursday, January 7, 2021

Kisah AKU n Cuti New Year 2021

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas aku dan family meluangkan masa cuti bersempena Tahun Baru di Port Dickson. Rasanya dengan kes yang semakin meningkat ni aku rasa cukuplah berjalan dulu, risau jugak tengok kes semakin naik saban hari. Mengata orang lain keluar rumah berjalan, yang aku ni pun sama jugaklah. Keluar rumah jugak. Dua kali lima je. Haha
Pagi Jumaat gerak dalam jam 9 pagi, singgah Nilai sekejap bagi memenuhi permintaan wife yang nak beli karpet baru untuk rumah kami..:-)
Ayah semua pun gerak around that time jugak, tapi diorang semua straight ke rumah Along.
Lepak sementara nak menunggu masuk waktu Zuhur untuk solat Jumaat, sebab petang tu ada plan nak keluar.
Petang tu aroun 4pm, aku disertai ayah, adik dan Syazwan akhirnya dapat jugak kumpul bersama untuk satu sesi badminton di Michael's Badminton Academy @ Lukut.
Dah lama jugak tak pegang reket, seingat aku kali terakhir beraksi dua hari sebelum Fariq lahir!
Okaylah boleh main lagi walaupun dah berat. Haha
Main sejam je, cukuplah kot dapat beriadah keluarkan peluh sikit..:-)
Malam tu aku, Syazwan dan ayah keluar lagi ke Port Dickson. Tengok gambar pun dah tau aktiviti kami malam tu. Huhu
Yeah! Ni lagi lah lama tak pegang mic. Last karok bulan Jun 2019.
Bro Syazwan layan lagu tinggi je malam tu. Aku setakat lagu Anuar Zain je lah yang mampu. Huhu.
Selfie kenangan sebelum menamatkan sesi dua jam kami. Betul-betul lepas gian malam tu. Dalam jam 10 malam, kami singgah makan di Ombak Cafe before pulang ke rumah.
Fariq syok main dengan Mikail je, jangan bertumbuk sudah sebab dua-dua boleh tahan ganas jugak..:-p
Pagi Sabtu, aku meluangkan masa bersama Ija dan Fariq di Teluk Kemang. Gerak dalam jam 8 pagi ingat pantai kurang sikit orang.
Rupanya boleh tahan jugak ramai. Huh
Sempatlah bawak Fariq berjalan-jalan di tepi pantai.
Dah besar sikit nanti kita mandi laut ye.
Celup-celup kaki dalam air laut Selat Melaka sikit. Aku ni skeptikal sikit tentang kualiti air kat laut Pantai Barat ni. Maklumlah, antara laluan kapal paling sibuk kat dunia kan.
Petang Sabtu, kami sekeluarga had our early dinner di Restoran Yacht @ Port Dickson untuk meraikan ulang tahun pekahwinan mak ayah yang ke 33. 
Nyum-nyum. Nampak sedap, tapi memang sedap. Kali ni biar anak-anak yang belanja..:-)
Haha, apa muka si Fariq tu. Kelakar betul lah si kecik ni. Sebab tu orang panggil funny boy. Hii
Apa saja yang digelaknya tu?
Lepas makan sebelum pulang sempat menyinggah di Tanjung Tuan. 
Air laut dah surut lah Fariq.
Haha, time ni perut tak sedap sebab aku dah dua hari tak memerut. Mana taknya, makan bukan main sumbat je. 
Pagi Ahad kami sekeluarga memulakan perjalanan pulang ke Sungai Buaya, hujan sepanjang hari dari PD hari tu. Rupanya bukan kat Selangor je, fenomena torrential rain ni melanda seluruh negara sehingga mengakibatkan banjir di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur
Sampai rumah tak dan nak tidur, terus test TV baru beli from Syazwan. Okaylah ganti TV lama Fariq yang besar gedabak tu. At least boleh lah sekali kala layan PS3 aku kat sini. Huhu

Okay, itu sahaja untuk aktiviti pembuka tahun 2021 aku. Seiring dengan azam tahun baru yang menyasarkan agar blog ni terus hidup. Aku target 50 entri tahun ni, which is equivalent tu 4 entries every month. Rasanya cukup realistik dah kot target tu. Let's go for it bro!

P/S: Newcastle defeated by Leicester in the opening games of 2021. Takpelah hard luck, tengok hari tu macam ada improvement dari segi pressing dan counter attack cuma mungkin Leicester terlampau perform kot malam tu. 

No comments:

Post a Comment