Malam ni aku nak share sikit another outstation story. Seronok betul kan asyik keluar office je, kali ni kemana pulak tu? Huhu, JB lagi boskur. Masuk kali ni dah kali keempat aku ke negeri selatan tanah air ni. Masih dalam work scope Fitment Center, cuma kali ni meeting je. Takde buat ORT, Go-Live! dan sebagainya.
Since meeting pagi Khamis, seawal malam Rabu lagi aku dah bergerak ke JB ditemani seorang staf yang dipercayai. A very well known and trusted friend, lagi-lagi melibatkan perjalanan jarak jauh. Kalau dengan dia memang confirm tak mengantuk bila drive. Kami berdua gerak dari TPM around 8.30 malam, sampai di hotel penginapan, OYO Marbella Perling sekitar jam 12.
Memang kesian betul kitorang malam tu. Dah lah tak bawak cash, ingat boleh swipe pakai kad je. Sekali dah sampai jam 12, boleh offline pulak terminal kad tu. Mana ada bank bukak time tengah malam, last-last katanya tunggu pukul 1.30 pagi. Sebab time tu online balik. Sudahnya cari kedai Mamak melepak dulu. Pukul 2 pagi barulah kami check in. Nasib baik time tu dapat tau meeting extend sikit ke jam 11 pagi..:-p
Pagi tu seawal jam 10.30 pagi lagi kami dah sampai ke venue meeting yang terletak di Institut Memandu Berjaya @ Taman Perling. Ni salah satu inisiatif company bagi full expansion RFID Fitment Center operation di seluruh negara bila dah commercialize nanti.
A very simple presentation to DI's management. Tapi time ni hangin jugak bila ada yang menyibuk call dari KL. Pelik betul aku dengan diorang ni, takde communication langsung. Tak tahu ke aku ni ada meeting presentation. Sibuk betul dengan tender tu, pergi je lah cari orang lain..:-(
Sesi lawatan tapak. Memang just nice lah kalau buat dengan DI ni. Tapak memang besar, kira tak payah risau lah pasal traffic congestion dan sebagainya.
Lupa pulak nak introduce staf mana yang ikut aku ke JB. Ni lah dia. Haha! Aku call dia malam Selasa tu, mintak dia settlekan pending work dekat office ASAP. Nak ikut punya pasal, habis siap kerja..:-p
Baju macam orang nak pergi kelab Dangdut je. Haha
Fewitt, bontot baik punya. Huhu. Tengok gambar macam maintain kurus lagi. Ni semua dusta!
Ni paling tak boleh blah, nak dekat 10 minit queue. Ingatkan ada jem apa, rupanya diorang nak test bukit. Tak tahu pulak kereta visitor boleh potong je belah kanan tu, tapi kena bagi hon sikit. Haha. Jibai sungguh. Kereta belakang pun dok ikut je aku.
Kami memulakan perjalanan pulang ke KL sekitar jam 1 petang. Plan nak berhenti makan kat R&R Machap. Mana taknya, breakfast pun tak hari tu. Kira nak terus lunch lah. Sekali tengok mesin ATM rosak pulak, dah lah cash takde. Nasib baik dekat petrol station tu ada ATM, kalau tak matilah nak takde duit nak pam minyak..:-p
Muka marah apahal tu? Memang marah gila beb! Berapa R&R lah aku berhenti hari tu nak menyettlekan request bos-bos ni. Start dengan Yong Peng, pastu berhenti jap kat Pagoh. Last sekali kat Ayer Keroh. Dah lah dengan tak makan lagi. Last-last sampai Ayer Keroh aku tutup je henset.
Nasib baiklah kat sini dapat pekena Masak Lemak Daging Salai. Adalah terubat sikit kemarahan yang meluap-luap tu..:-)
Sampai ofis jam 5 petang, update hasil meeting + site visit before terus menuju keluar dari TPM. Malam tu syok betul tidur, punya lah lena sampai tak sedar yang esoknya kena kerja lagi. Mati-mati ingatkan dah Sabtu. HahaThat's the wrap untuk entri pertama April aku. Haha. Dah 2 minggu beb!
P/S: Newcastle clinched another hard fought win over Leicester, thanks to astonishing header from our No. 17, Ayoze Perez. HTL!
No comments:
Post a Comment