Tuesday, February 5, 2019

Kisah AKU n Au Revoir, Sepon!

Assalamualaikum,

Hari ni ngam-ngam dua minggu tak update blog. Lately, memang busy sikit dipejabat walaupun FC takde expansion pun untuk bulan Januari yang lepas. Busy buat apa je? Biasalah, aku ni kan superman. Macam-macam role ada kat dalam company ni. Haha
Okaylah, nak story sikit cerita this week. Isnin lepas, we bid our farewell to our Software Development Manager, Saiful Izuean or lebih senang dikenali dengan nama panggilan Sepon. So, hari tu ada buat makan-makan sikitlah kat office TPM yang dihadiri oleh hampir 3/4 dari total staf kami with exception those yang bertugas di HQ Batu Caves dan juga site-site di LPT.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Saudara Izuwan, dan juga sepatah dua kata dari Executive Director kami, Pn. Zihan.
Ucapan penghargaan dari Sepon kepada rakan-rakan sekerja yang sudah tentunya sedih dan terkejut dengan keputusannya untuk meninggalkan company. Untuk pengetahuan, Sepon ni merupakan antara lima staf terawal Quatriz sejak penubuhannya pada tahun 2012. Tujuh tahun dah rupanya. Huhu
Dah alang-alang tu, ada jugak sesi pengenalan empat Intern baru kami. Tiga akan diletakkan dibawah Maintenance Department, while sorang lagi berada right under my wing didalam Business Development & Fitment Center Operation. Eh asal ada dua unit pulak? Haa, kan aku dah cakap tadi. I'm Super Man!
Makan time! 
Ada lah dapat Nasi Tomato sorang satu, jimat duit lunch hari tu..:-p
Minggu ni jugak FCO terpaksa berhimpit dalam bilik meeting ni gara-gara ofis tengah renovate. So aku, Jaba, Ajim dengan Arif duduk berempat dalam modified meeting room ni sementara menunggu renovation tu complete. Huu
Mid-February kita expect untuk open two more center dekat Lembah Klang, dan juga site tambahan di Penang. As Lead Acquisition, akulah yang kena turun site visit dulu. Minggu ni ada ORT untuk next week punya launching dekat Wangsa Maju dan Bangi. Yang Penang tengah tunggu Partner revert untuk site visit.
Cuti ni aku dan isteri balik Melaka, maklumlah agak lama jugak tak balik sini.  Kami balik lepas kerja hari Jumaat tu. Lepas Isyak gerak dari Bukit Jalil, sempat menyinggah pekena Nasi Lemak Manjo kat R&R Nilai. 
Gian beb, dah lama tak merasa kesyahduan nasi lemak ni, tu yang order nasi tambah. Haha
Sabtu attend wedding kawan wife dekat Serkam Pantai. Dekat je dengan rumah mertua, jalan kaki pun boleh.
Kawan time sekolah menengah katanya. Congrats buat pasangan raja sehari yang diraikan, Imani dan Sham. Semoga dikurniakan jodoh berpanjangan yang sentiasa diberkati Allah..:-)
Punya lah panas cuaca kat sini. Mak kata dah lima hari tak hujan. Memang banyak masa aku terluang kat luar rumah je. Sinilah port aku melepak sementara tunggu cuaca redup, kalau duduk kat dalam rumah memang masak beb! Buat pulak bilik menghadap matahari..:-p

Itu je lah cerita malam ni, entri malas namanya. Huhu. Sebabnya takut lama tak update jadi bad habit pulak. Okaylah guys, nak tidurlah. Penat drive tadi pun tak hilang lagi. Nasib baiklah esok cuti lagi. Huhu

P/S: Newcastle menang 2-1 lawan City, and kalah 1-0 dengan Spurs untuk dua perlawanan heavyweight minggu ni. Okay apa, dapat kutip 3 point lawan dengan top 3. Now, kita duduk kat tangga ke15 liga. Pelan-pelan kayuh, In Sha Allah selamat..:-)

No comments:

Post a Comment