Sunday, February 12, 2017

Kisah AKU n Shahrul's Wedding @ Temerloh

Assalamualaikum

Haha. Nak dekat 2 minggu tak update. Ape cer bro?? Busy beb sekarang ni. Lagipun takde cerita menarik pun minggu lepas. Okay lah, semalam aku berkesempatan menghadiri majlis persandingan Shahrul, bekas rakan sekerja aku di Quatriz. Majlis berlangsung di Temerloh dan dihadiri oleh beberapa rakan-rakan office. Jom kita selak sikit cerita wedding kedua dalam blog aku tahun ni!
Plannya nak berkumpul kat Plaza Tol Gombak around 11.30, dari sana carpool. Yang on time nya aku dengan Azrul je. Yang lain semua sampai 12.30. Cibai sungguh. Haha
Ada 2 kereta semalam. Aku, Arif, Azrul Naik kereta Syah. While Zaaba dengan Azie carpool dengan Kak Nita.
Kami bertolak dari Gombak sekitar jam 1 petang. Sampai Temerloh pukul 2.30. Memang sampai terus makan dulu lah. Aku dah la tak breakfast pun semalam..:-p
Geng bujang Quatriz with exception for Azie. Rasanya dah boleh remove hang dari group WhatsApp. Haha
Bergambar bersama pengantin baru. Kahwin jugak diorang ni. Kapel clash, kapel clash. Tu orang cakap bila jodoh kuat, buat lah macam mana pun akhirnya bersatu jugak..:-)
Untuk sesiapa yang tak kenal bro ni. Dia dulu satu department BD dengan aku. Tapi sempat bekerjasama sebulan je before he left the company bulan 9 tahun lepas.
Ni first time aku tengok pengantin solat time majlis bersanding. Boleh pulak bersembang lepas tu. Haha. Sempoi..:-)
Dah jadi tradisi pulak datang majlis kahwin pakai baju Melayu ni..:-)
Dalam pukul 4 kami bertolak pulang ke Gombak. Singgah amik angin kat Esplanade Temerloh ni.
On the way balik si Zaaba suggest singgah early dinner kat the famous Lemang To'Ki yang terletak di Bentong. Katanya tak budak Quatriz lah kalau tak makan lemang ni..:-p
Boleh tahan lama kitorang melepak kat sini semalam. Ada 2 jam jugak rasanya. Sembang pun benda-benda mengarut, tau-tau jam dah pukul 8.30.
Tapi Lemang To'Ki ni memang sedap. Rasa dia cair dalam mulut beb! Tambah pulak makan dengan rendang tu. Highly recommended untuk pencinta lemang..:-)
Sampai Gombak pukul 9.30. Aktiviti bujang diteruskan dengan berkarok. Tapi group kereta satu lagi tu balik terus, mata dah rabak katanya. Tinggallah kami berempat.
First time karok dengan budak-budak Quatriz ni. Dulu kat Langkawi ada jugak, tapi sampai turn aku boleh terskip pulak. Merajuk terus balik hotel. Haha
Khairul (tengah) pun datang join the party jugak semalam. Dia tak ikut kitorang pergi wedding Shahrul semalam.
Karok pakai baju Melayu. Hang ada? Huu
Habis karok dalam pukul 11.40 malam, then we made our way to Haji Imran. Sambung ngeteh Nescafe sampai pukul 2 pagi. Tak boleh beb tak pekena Nescafe sehari, boleh gila aku nanti..:-p

So guys, itu saja lah cerita petang ni. Buat Shahrul dan Farah, selamat pengantin baru aku ucapkan. Semoga berbahagia ke anak cucu dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.Amin In Sha Allah.

No comments:

Post a Comment