Saturday, March 8, 2014

Kisah AKU, Kawan n Politik

Assalamualaikum rakyat Malaysia, beberapa hari ini Malaysia digemparkan dengan beberapa episod duka bermula dengan kemarau dan cuaca panas berterusan tanpa hujan di beberapa daerah, dan yang terbaru, berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370. Tak kurang berita dimana Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diputuskan bersalah oleh Hakim Mahkamah Rayuan, which obviously might be able to spark a new chapter in Malaysian Politics, The Reformation II.
But, apa-apa pun yang aku paling angin bila ada segelintir orang yang mungkin amat marah sangat dengan kerajaan sampai tiba-tiba mengaitkan Tragedi MH370 dengan DSAI, kata mereka, ini adalah balasan Allah kepada kerajaan yang zalim. Kemudian, ada yang mengatakan tragedi ini merupakan taktik dan konspirasi kerajaan untuk menutup isu DSAI di Malaysia. Sampai masanya kita perlu bagi pelajaran sivik dan moral, bukan untuk pelajar-pelajar sahaja tapi untuk segelintir rakyat Malaysia yang dah tak tahu menghormati sensitiviti dan juga hati pihak yang terlibat seperti saudara mara, kenalan atau keluarga mangsa. Jangan disebabkan pemimpin politik, rasa hormat dan peri kemanusiaan hilang. Bila semua nak dipolitikkan memang hubungan sesama manusia yang dijaga pun akan hilang. Picture credit to Flickr.
Untuk sesiapa yang kenal aku, mesti tertanya-tanya, ke mana pergi semangat berpolitik aku. Ye lah, dulu bukan main berapi-api update status, tapi sekarang menyepi (last update pasal politik pun time PRU tahun lepas, around May), blog pun dah jarang update pasal politik (lagi lah lama, rasanya time isu Mat Sabu tentang Leftenan Adnan, I guess). Yes, aku mengaku, sekarang ni aku agak low-key dalam chapter politik ni. Sebab? When it happens, I need to face some sort of people yang tak matang dan biadap bila komen kat status aku tu.

Kadang-kadang, status aku tu tak provok siapa-siapa pun (unless, they are DAP which is truly impossible), tapi at the end kena maki jugak. Macam gambar-gambar kat bawah ni, ada unsur provokasi tak?
Aku seboleh-bolehnya cuba mengelak untuk bertikam lidah dengan diorang, if kalau diorang update status politik, kalau aku tak berapa suka, aku tak kacau. But the problem with these guy, diorang tak suka status aku and diorang eager nak argue which sometimes satu lawan satu tiba-tiba bertukar jadi group fight, biasanya time kat sini lah memang mencarut-carut tu keluar. Contohnya macam ni:
But above all, aku still rindu untuk terus contact schoolmate aku walaupun diorang tak pernah respond, rindu zaman tengah-tengah baik dulu. Yelah, kadang-kadang kalau aku nampak diorang update status, gambar or apa-apa yang tak berunsur politik. Aku bagi lah "like" sikit, huu. Dengan harapan kot la boleh sembang tanya khabar but takde. So, sebab tu lah sekarang ni aku tak update status politik, walaupun kadang-kadang ada lah "like" kat page-page Pro-Government tu, maybe sebab tu kot penerimaan diorang kat aku ni kurang lagi..Kan?

Erm takpelah, panjang lebar pulak entri hari ni eh. Ni sesi luahan hati ni..haha, bukan senang nak dengar aku luahkan perasaan yang tersimpan ni..kii. Ok lah guys, aku nak buat tutor Global Affairs ni, minggu depan Datuk Qasim nak tengok. Take care semua!

No comments:

Post a Comment