Friday, October 5, 2012

Kisah AKU n Trafik Menurun!!

Assalamualaikum kawan-kawan, hari ni short entry ja. 5 sebab kenapa trafik blog ni menurun.

1. Dah tak rajin update kat Facebook
Dulu, asal update entri mesti letak kat facebook jugak, so that kawan-kawan kat sana maybe nak visit - sebab tu trafik dulu tinggi jugak, but sekarang ni aku malas nak update kat facebook sebab nanti orang kata aku gila populariti.

2. Dah tak rajin blogwalking
Blogger mesti tau apebendanya blogwalking ni. Blogwalking ni functionnya untuk kita memperkenalkan blog atau homepage kita kepada blogger lain melalui pelbagai cara - komen, ataupun menyibuk kat Shoutbox. Dengan cara ni, blogger yang baik hati mungkin akan membalas kunjungan kita. Dulu waktu kerja memang selalu jugak blogwalking, tapi sekarang ni dah malas nak pergi - save broadband..huu, tengok blog kat google reader ja.

3. Dah tak rajin tempel entri kat Innit, Nuffnang, Gengblogger etc
Ni pun salah satu habit yang aku selalu buat lepas update entri. Banyak aggregator seperti contoh-contoh kat atas tu. Tujuan page-page seperti ini dibuat adalah untuk mengumpulkan blogger-blogger. Sebagai contoh - Gengblogger. Dalam ni ada ramai blogger-blogger Malaysia, bila kita letak link blog kita possibility untuk diorang visit tinggi jugak. Thus, menaikkan trafik blog

4. Dah tak rajin nak update entri
Waktu kerja dulu, asal lunch time memang ada je benda aku nak update. Tak percaya? Cuba check blog journal aku waktu period March-August 2011. Kebanyakkannya waktu lunch hour. Sebab aku dulu jarang keluar lunch so boring-boring update la satu-dua entri. Sekarang ni, memang busy. Seminggu sekali pun dah kira OK.

5. Takde fanpage pun, huu
Fanpage facebook pun satu element penting jugak untuk blogger, tapi aku tak pernah buat pun seumur hidup aku sebagai blogger ni.

No comments:

Post a Comment