Hai gengs..hari ini aku nak story sikit pasal event yang berlaku semalam..okeyh, semalam tanggal 23rd october 2010 ialah hari mini konvokesyen smk sg choh kali ke-3..waahh..sekolah pun dah buat konvokesyen..macam dah jadi trend kan..well, sekolah ada budget lebih, apa salahnya nak buat untuk menghargai school leaver diorang kan..bukan macam ex school aku..so, dipendekkan cerita kakak aku pun termasuklah dalam golongan pelajar2 yang bertuah ni..
ketibaan di perodua learning center kat rawang..upacara bermula jam 0900 HRS waktu Malaysia dengan perarakan penerima-penerima anugerah ke dalam dewan..waktu ini aku tak masuk lagi hall tuwh..duduk kat lobby sambil memerhatikan gelagat photographer, cikgu-cikgu yang maybe teringat waktu diorang graduate dulu and also pelajar-pelajar yang excited kot..ha3x..
tepat je waktu aku memasuki dewan tuwh..the ceremony has began dengan ucapan daripada pibg..i'm wondering jugakapa sebenarnya yang dia ni nak cakap..then, selepas tu, ucapan daripada setiausaha politik menteri kemajuan luar bandar dan wilayah pun memberi ucapan..actually, majlis konvokesyen in dirasmikan oleh dato seri shafie apdal but atas komitmen nye untuk parti bangsa melayu, UMNO yang lebih penting nilainya, well, semalam ialah hari terakhir perhimpunan agong UMNO kan...beliau terpaksa memberi tugasnya kepada setiausaha politik beliau..aku tak ingatla pulak siapa nama sp beliau tu..gambar diatas disnap dalam keadaan marah because kurang seminnit sebelum tu, aku bertikam lidah dengan my dad..dia dah taw yang anak dia ni pemalu orangya..ada ke pulak suruh aku snap picture depan-depan, kan dah ada photographer berbayar kat depan tu, nanti beli je la 1-2 keping...er..gambar diatas ialah gambar kakak aku mengambil skrolnya..:-)
hari ni kakak aku dapat 3 skrol nanti aku cerita..haah,ni pulak picture pelajar-pelajar pra-universiti smk sg.choh with setiausaha politik menteri pembangunan luar bandar dan wilayah..
aik..turun pentas pun nak snap jugak ke..menyibukkan kawan beliau yang kat belakang tuwh kan..ha3x..
lepas habis je majlis konvokesyen tuwh..para pelajar diberi masa dalam setengah jam untuk sesi mengambil gambar with their fellas and family..sebelum my sister m'nap picture bersama kami..dia memilih untuk bersama rakan-rakan seperjuangannya..ada diantara mereka berkawan dengan kakak aku sejak dari sekolah menengah rendah lagi..lama kan diorang bersama..for example, mr.ishaq shawal and mr.khairul anuar..
selepas bergambar dengan her fellas..mestilah beliau nak snap some pictures with her beloved family too..eh..aku da lagi tinggi daripada my dad la..dulu kecik jea..bengang tol la dengan yang baju kaler pink tuwh..ishh..rasa cam nak pijak pun ada...
picture of my sister..haah, baru aku nak cerita pe yang dia dapat tadi..hari ini kakak aku memang glorious lah..well, first sekali yang semua pelajar stpm dapat..sijil berhenti sekolah lah kan..lepas tu, kakak aku dapat anugerah untuk matapelajaran terbaik iaitu pengajian am dan sejarah..ha3x,sejarah..like sister, like brother la kan..tak dapat dinafikan kakak aku memang cemerlang dalam matapelajaran sejarah..waktu spm, matapelajaran terbaik sejarah pun dia jugak..and anugerah terakhir, iaitu anugerah khas pengetua..that is because kakak aku dalam trial stpm..dia dapat CGPA, 3.67..power tak..bukan cam aku..exam result keluar 2nd november ni..macam tak excel jerp..
picture my sister with my mom and dad..sekarang ni aku pun tak tau siapa anak emas mak abah..sekejap along..lepas tu adik, sekejap aku,lepas tu along balik..tapi aku rasa along lagi layak..
picture kami 3 beradik..tak banyak pun..cukup la tiga kan..buat pe banyak-banyak kalau tak terjaga..alhamdulillah, thanks to mak abah because bagi kami bertiga good education..aku admitted..aku paling banyak membuat rebellion antara kami bertiga..
my sister and adik aku..
and finally, picture aku with my sister lah..aku admitted, relationship aku dengan my sister memang rapat..kerana beza umur kami pun tak jauh, setahun setengah jea..result upsr, pmr and spm pun sama..kelakar kan..bukan cam adik aku..terlebih pandai la katakan..aku inga lagi, ku tolak tawaran sekolah teknik semata-mata untuk menjaga kakak aku yang sakit kat rumah..actually, aku memang bangga dengan kakak aku, nak taw kenapa..kakak aku mempunyai sejenis penyakit kronik..myasthenia gravis..betul ke aku eja tu..nak taw penyakit apa nie..cam biasa aku akan bagi link yang membawa korang kat wikipedia..
http://en.wikipedia.org/wiki/Myasthenia_gravis
so, penyakit ini terbukti tak menghalang dia untuk berjaya, kakak aku dapat 6a dalam pmr and 5a dalam spm..n terbaru ni..dia dapat anugerah khas pengetua..dahsyat kan beliau..erk, teringat jugak aku waktu kakak aku form 5 and aku form 4..setiap pagi aku akan tolak wheel chair ke kelas dia..ohh..rasa nak menitiskan air mata jugak kali ini..sekarang ni..alhamdulillah, dengan ubat dan juga rawatan islam..kakak aku dah mampu bergerak sendiri and dah nampak tanda-tanda untuk pulih..i hope so..as well as the whole family..
so..itulah coretan pengalaman mini konvokesyen kakak aku....erk,tunggu jap..ada satu lagi picture..he3x..
yeah..aku pun nak jugak pakai jubah konvokesyen..nak konvo, lambat lagi..3-4 tahun lagi kan..so, apa kata aku pakai kakak aku punya dulu..ni kalau uitm nampak ni..mesti kena blacklist..erm..ketika menyarungkna jubah ini terasa sesuatu lain..i mean, perasaan bangga tu ada dan wujud dalam diri..ini menaikkan semangat aku untuk menyarung jubah ungu-biru uitm pulak..waah, tak sabar rasanya mengenggam segulung ijazah tu kan..so, berakhir lah coretan hari ini..uitm, aku rindu kau la..
.................the end..................
No comments:
Post a Comment