Sunday, March 24, 2013

Kisah AKU n Ekspo Selangkah Ke UiTM Day 2

Assalamualaikum semua, sihat tak? Kalau tak sihat pergi klinik amik ubat. Ok lah, let's go straight to the point. Hari ni merupakan hari kedua untuk Ekspo Selangkah Ke UiTM, sebuah karnival yang mendedahkan pelajar-pelajar dan bakal mahasiswa tentang kos-kos yang ditawarkan UiTM. Sepatutnya aku tak jaga untuk hari kedua ni sebab kata Apai, Ferzae datang. Tapi, taktau lah kenapa rasa nak sangat join booth FSPPP ni - maybe atas rasa ingin meluaskan pengalaman serta skil komunikasi, sebagai urusetia pelajar - aku ditugaskan untuk memberi penerangan tentang kursus yang ditawarkan FSPPP - mainly, Diploma in Public Administration 
Pagi tadi aku sampai dalam pukul 9 - suasana pada mulanya agak lengang sikit tapi dalam pukul 11 jumlah pengungjung meledak..pic kat atas - Pok Jad with his SMF attire
Apai, tersenyum simpul - maybe sebab semalam dapat hadiah baju daripada yang tersayang..huu, untunglah gf bagi baju..:-p
Lalu je ke? mai la singgah booth kami, ada cekelat untuk budak-budak..haa
ada pakcik tu kata tadi "dah berapa lama mengajar kat sini encik.?" haa, saya student la pakcik, baru Part 4..:-)
Joe memberikan penerangan tentang DPA kepada pelajar-pelajar lepasan SPM.
Saya sepet, got problem with that? haa, yang kat sebelah tu Aiman - budak Seri Iskandar, Perak.
Ferzae menunggu client..
Sekitar pukul 12, booth kami menjadi sesak dengan kehadiran lebih ramai pelajar yang berminat dengan kursus FSPPP yang versatil ni..
Dalam pukul 3, aku pun bergerak pulang sebab parents aku dah sampai pun kat Shah Alam. Lagipun aku dah inform siap-siap kat urusetia lain. Itulah pengalaman aku yang pertama dalam Ekspo Selangkah Ke UiTM, sangat bermakna kerana ianya dapat meningkatkan skil komunikasi, disamping menambah keberanian dalam berurusan dengan orang luar. Plus, hubungan SMF bersama HEA FSPPP juga bertambah sebab before this SMF ni sinonim dengan HEP je..huu
Dah settle dengan kerja, it's time untuk meluangkan masa dengan ibu bapa pulak..seperti yang aku jangka ayah ajak makan luar, then kami beli sikit stok aku - pada masa sama aku pun bercerita lah pasal pengalaman aku dalam Ekspo tu, sembang lah pasal ragam dan gelagat manusia yang aku jumpa time tu

Dalam pukul 5.30, mak ayah pun bertolak ke Rawang, huu..letihnya aku dua hari ni. Harap-harap dapatlah tidur awal sikit malam ni.

Kisah AKU n "Jom Bersukan Bersama Abang Fariz".

Assalamualaikum semua, terus je la update second entri untuk pagi ni, since mata pun tak ngantuk lagi. Ok, minggu lepas aku dapat invitation from fasilitator modul FSPPP - Abg Fariz Asyraf untuk join beliau bersama rakan-rakan SMF lain untuk mengadakan sebuah event yang diberi nama "Jom Bersukan Bersama Abang Fariz".
Siap wat page lagi tu..haa, kelas betul Abg Fariz ni. Event ni berlangsung semalam sekitar pukul 9 malam sehingga pukul 12 malam, termasuk minum malam..haa, dah macam pakej apa pulak aku ni. Dah la penat jadi urusetia Ekspo pun tak hilang, pastu main badminton pulak malam, memang pasni jalan kengkang la aku..haa
Abg Fariz and Apai in action. Asalnya kami ingat nak main kat Kompleks Sukan, tapi guna untuk setup dewan periksa for Diploma, aku check HEP, penuh pulak. Last-last kitorang main kat Giant. Tak ramai pun yang tau kat atas tu ada court badminton, tak silap aku ada 4-5 court badminton, plus 2-3 futsal green.
Captain Joe, dia ni atlet SAF 2012 and berjaya bawak Team Badminton FSPPP ke suku akhir. Power tak?
Haa, yang ni pulak atlet SAF 2012 jugak, tapi tak berjaya pun bawak Team Lawn Bowls FSPPP ke peringkat yang lebih tinggi. Ada excuse, ilmu bowls aku kosong lagi time tu. Tapi fight jugak ok..:-)
Apai and Pok Jad. Berikut senarai SMF yang join event malam semalam:
a) Lelaki - Amirul, Joe, Apai, Aiman, Pok Jad, Aku
b) Wanita - Faten, Tiqah, Oked, Gamo
*Kira Ok jugak lah, 7 orang je yang tak datang.
Haa, lamanya tak main badminton. Tak silap aku , last aku main badminton 23.12.2012 - waktu tu aku kalah semua game dengan Uncle Akram, adik and ayah aku...haa, sebabnya time tu aku dah jumpa sports baru..
* Malam semalam pun aku kalah semua..haa, loser gila. Takpelah, sekarang ni aku main badminton just untuk suka-suka je.
Game yang last before kami menamatkan event, diantara Aiman-Apai VS Joe-Pok Jad. Ni lah game yang paling bising aku pernah dengar..haa, lagi-lagi si Aiman tu..asyik gelak je
Yang baju kaler merah tu Faten, pemenang gangsa badminton kategori wanita waktu SAF 2012. Ramai yang power tau SMF ni..bukan setakat power dalam menguruskan fakulti, tapi sukan jugak..
Moment paling dramatik dalam game last ni - sampai-sampai dua-dua terjatuh nak save point punya pasal. Satu lagi tarikan game ni sebab Joe-Pok Jad mewakili BAS, Aiman-Apai pulak BCA. 
Pemenangnya, student BAS la dikepalai Cpt Joe..haa
Dalam pukul 11.10, kami pun pack up and decide untuk singgah minum dulu. Balik pun nak buat apa, boring je - baik lepak-lepak dulu sambil sembang-sembang pasal fakulti..ceyh, komited benor pun SMF-SMF ni..huk
Kat sini kitorang lepak dalam sejam jugak lah - sembang pasal game tadi and possible next event. Katanya minggu depan nak main futsal pulak - kat tempat yang sama. Ok jugak tu, dah lama tak main bola ni..:-)

Kisah AKU n Ekspo Selangkah Ke UiTM Day 1

Assalamualaikum semua, since entri ni pun dah lepas pukul 12 tengah malam semalam, so aku consider ia sebagai entri untuk first day karnival tahunan yang wajib untuk UiTM - Ekspo Selangkah Ke UiTM. Basically, karnival ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian mereka di UiTM ni, kebanyakan pengunjung karnival ini ialah student lepasan SPM, STPM, bersama ahli keluarga mereka. So, let's check it out the carnival's first day.
Sebagai seorang SMF, adalah menjadi tanggungjawab aku dan beberapa rakan untuk membantu fakulti dalam mempromosikan FSPPP. Asalnya nama aku takde pun dalam senarai SMF yang terlibat, tapi sebab Ferzae tak dapat datang semalam - aku pun menggantikan tempat dia.
Ekspo ni bermula pada pukul 8.30 pagi dengan ketibaan pengunjung memenuhi DATC yang memuatkan fakulti-fakulti yang berada dibawah payung UiTM, dan FSPPP juga tidak terlepas. Tugas kami ialah membantu pengunjung yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang kursus-kursu yang ditawarkan fakulti ini.
Letih kot berdiri dari pagi sampai kepetang, tak sangka jugak fakulti ni agak famous dalam kalangan pengunjung-pengunjung. Dapat duduk pun sekejap-sekejap je, ni semua pasal TP2 aku yang kat atas ni..haa
Aiman recharge "battery"..:-)
Tengok muka pun dah tau battery semakin low, mana taknya bila awal-awal pagi bukan main semangat explain ,siap background segala bagai..bila dah petang..bila orang tanya soalan je, aku jawab..huu
Muka ceria sebab dapat tengok budak-budak SPM, dah lama kot tak tengok budak sekolah ramai-ramai cam semalam..:-p
Aiman yang paling komited sekali, siap cerita pasal pengalaman lagi tu..
Part yang best bila staff akademik bagi kitorang duduk kat kaunter..huu, dah macam ejen hartanah pulak ..:-)
Ada gaya tak? Time ni tengah bagi penerangan, kebanyakan student lepasan SPM nak informasi tentang DPA. Nasib baik sempat jugak baca pasal DPA before Ekspo, kalau tak memang menganga je la aku tadi..
Faten entertaining her client..:-)
Dalam pukul 5, jumlah pengunjung dah start berkurang sebab karnival ni habis pukul 5.30 petang. Memang letih gila bapak ah, tak pernah rasa tumit macam nak pecah..haa
Pasni boleh panggil si Aiman ni ejen hartanah, car dealer ataupun promoter..Tapi, memang salute la brader ni, memang komited.
Dalam pukul 5.30, kami pun menutup booth. Ekspo ni akan membuka tirai untuk hari yang kedua pada pukul 8.30 pagi 24.3.2013. Kepada siapa-siapa yang berminat untuk menyambung pengajian di FSPPP. Silalah datang ke booth kami yang kaler oren tu. Kami jamin "ejen-ejen" yang sangat komited boleh membantu dalam merealisasikan harapan anda.