Assalamualaikum,
Baiklah, seperti title entry diatas suka aku nak share pengalaman aku join hari konvokesyen or the Grand Ihtifal Little Caliph 2025.
Selingan sikit before kita ke main entry. Akhirnya setelah few days delay due to hujan, akhirnya siap jugak kerja mengecat rumah aku ni. Saja lah withdraw duit sikit from bonus yang dapat bulan April hari tu. Alang-alang dah akhir tahun ni..:-PUnlike tahun lepas, this year aku tak stay hotel pun since wife ada exam pagi Sabtu. So, kami gerak ke PJ around jam 12.30 dan sampai sekitar jam 1.30 di venue majlis yang bertempat di PJ Live Art, Jaya One. Seperti biasa, snap gambar tiang parking dulu. Haha
Ada tiga branch Little Caliph yang terlibat iaitu LC Bandar Ainsdale, LC Reef Rawang dan LC Bandar Sungai Buaya, kesemuanya dibawah seliaan Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad or secara ringkasnya KOBIMBING.
Sebaik sahaja ucapan perasmian oleh Bendahari KOBIMBING, ibu-bapa disajikan dengan persembahan murid-murid, dimulakan dengan bacaan surah-surah oleh pelajar Pra-Tahfiz bagi Khatam Al-Quran.
Disusuli dengan persembahan berasingan dari murid-murid 4, 5 dan 6 tahun from each LC. Ada persembahan nyanyian, tarian, teater muzikal, koir..:-)
Fariq dan rakan-rakan from kelas 6 tahun LC Bandar Sungai Buaya membuat persembahan nyanyian lagu "Muslim of the World"
Majlis bersambung dengan sesi penganugerahan kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang mereka. Fariq dapat satu award dalam kategori Huffaz Cilik. Tahniah Fariq!
Boleh tidur pulak si Iman ni. Huu
Acara yang dinantikan, penyerahan skrol tamat belajar kepada pelajar 6 tahun. Tengok gambar Fariq bersama koleksi sijil-sijil yang dia dapat untuk tahun terakhir ni, actually ada satu lagi (Sijil Cepat Baca) tapi tak letak kat sini since dia dah dapat tahun lepas.
Hah, baru bangun. Cramp kaki aku pangku budak ni. Manthopp.
Dalam jam 5.30 petang. Ada persembahan penutup oleh semua pelajar yang mendendangkan lagu Bintang dan Kaulah Ibu.
Selfie seround. Haha. Iman moody tak dapat bunga ros. Dalam persembahan penutup ni semua pelajar 6 tahun diminta untuk serahkan kuntuman ros merah ni kepada ibu diorang.
Sudah tentunya, credit to my wife yang banyak tunjuk ajar anak sulung kami ni especially part Hafazan..:-)
Dengan berakhirnya Ihtifal 2025 ni, maka tamatlah juga perjalanan anak sulung aku ni menuntut ilmu disini. Syabas dan tahniah diucapkan.
Fariq with jambangan bunga yang digubah special from his Opah..:-)
Before balik, kami tunggu turn untuk bergambar di photo booth yang disediakan since ni merupakan tahun terakhir Fariq belajar kat sini.
Fariq bersama guru-guru yang telah banyak berjasa mengajar dia dari 4 tahun sampailah grad ni. Terima kasih Puan-Puan..:-)
Event concluded sekitar jam 6 petang. Memang ramai manusia berpusu-pusu keluar meninggalkan PJ Live Art. So aku assume memang jem lah nak keluar Jaya One.
So kami decided untuk lepak dulu kat sini. Pekena pretzel + ice-cream.
Singgah ke MR.DIY. Actually, nak beli few barang rumah, alang-alang tu beli mainan untuk the kids.
Dalam jam 6.45 petang tu baru lah kami bergerak pulang ke Sungai Buaya.
So tu je lah cerita tentang pengalaman ketiga dan terakhir menghadiri Grand Ihtifal untuk anak sulung kami ni. Semoga sukses selalu Fariq di sekolah baru tahun hadapan.
P/S: What happened to Newcastle sekarang? Asal leading je terus sit back and defending. Sudahnya draw, or much worst kalah. Yang paling latest, lawan Chelsea tadi. Leading 2-0 kat SJP, then draw. Celaka betul taktikal macam tu.






















































