Tuesday, December 31, 2024

Kisah AKU n Memories 2024

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2024 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2024 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2024 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2024 aku. 

January
Tahun 2024 dimulakan dengan menghadiri Majlis Grand Ihtifal Little Caliph di Rawang, Selangor. 
Follow by emcee duty untuk our first-ever TNG Parking Business Partner Appreciation Dinner yang berlangsung di Sheraton PJ.

February

CNY Celebration di TNG. 
TNG Mid-Management Teambuilding 2024 @ The Saujana KL

March
Genap empat tahun berkhidmat di TNG. Lama jugak aku kat sini. Huhu
Awal Ramadan, dan sambutan kecil untuk birthday Iman yang kedua tahun. Tahun ni pun bakal sambut time bulan puasa jugak, tapi kita akan plan untuk staycation jugak. Dapat pekena buffet Ramadhan..:-)

April
Team's Iftar di De'Wan The Linc KL
Hari Raya Aidilfitri tahun 2024 disambut di Serkam. 
Menghadiri sambutan Aidilfitri Perdana di Bandar Sungai Buaya 
Quick trip bersama family ipar di Melaka. Melawat Muzium Penjara dan Muzium Kapal Selam.

May

Hari Raya Aidiladha kali ni disambut secara sederhana di Rawang. 
Mak warded di Hospital Sungai Buloh, a follow up from her spinal surgery earlier.

June
Staycation di iCity bersempena hari lahir Fariq yang ke-lima. 
Late June, attending majlis pertunangan ipar, Hafsah di Serkam. Ni gambar bersama tunangannya, Amin. Orang Melaka jugak..:-)
Family vacation 3D2N di Cameron Highlands bersama family wife.

July
B&G Fun Day at Berjaya Times Square. Main laser tag + lunch.

August

Earned my first X-Miler Award di TNG

September
Takde apa. 

October
Staycation di iCity again untuk celebrate birthday wife yang ke 27, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta diberi kekuatan dan kebijaksanaan dalam menjadi isteri dan ibu yang terbaik. Amin In Sha Allah

November
TNG Teambuilding @ Tasik Villa International Resort Port Dickson. 
10 November 2024 was our sixth anniversary. Alhamdulillah, semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Dah dua orang anak tu. Staycation di Mercure Selayang untuk anniversary ni as well as my early birthday celebration. 
Joining Little Caliph Explorace yang bertempat di JL99 Wonderland Park.

December

Menutupi cerita tahun ni, aku dan family berkesempatan memenuhi undangan majlis persandingan sepupu aku, Fitri di Teluk Intan.

Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2024 merupakan tahun ke-14 aku dalam industri blogging ni. Tahun ni ada peningkatan sikit, 66 entries. Okay lah tu, sebab aku target habis-habispun entri 55 je setahun.
  2. Kerjaya2024 merupakan tahun keempat aku di Touch 'n Go. A fairly good year, with a few T5 achievement, but ada jugak KPI yang kelaut. Tengoklah tahun depan bulan Mac camna, ada increment ke? or ada promotion ke? Huhu
  3. FamilyTahun ni unfortunately kami sekeluarga tak dapat buat our annual vacation, ada few gathering tapi tak sampai level vacation. Cuma belah family wife, kami ada holiday together dekat Cameron Highlands
            Dari tiga azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2024 aku ni mostly tercapai. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk  tahun 2024 ni and of course I'm expecting 2025 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            P/S: Ngam-ngam dah nak masuk tahun baru aku publish final post of 2024 ni.

            Monday, December 30, 2024

            Kisah AKU n Fitri's Wedding @ Teluk Intan Pt.2

            Assalamualaikum,

            Ini merupakan sambungan untuk entri majlis persandingan sepupu aku di Teluk Intan. Saja buat dua part nak cover dua majlis, malas nak penuhkan semua dalam satu entry.

            Hari Ahad tu kami check-out tepat jam 12. Mak ayah memang dah gerak awal sikit untuk tolong cik Din.
            Sampai rumah pengantin lelaki dalam jam 12.30pm. Sempatlah berjumpa dan beramah mesra dengan kerabat yang lain.
            Makan pun dah. Apa lagi, moh le kita balik. Haha. Takdelah, datang ni pun mestilah nak menolong apa yang patut
            Okay, budak-budak semua duduk sini. Orang tua nak start kerja ni..:-p
            Aku cam biasalah, jadi photographer tak bertauliah serta penyambut tetamu.
            Adik pulak amik part baca doa.
            While Along dan Ija tolong passkan goodies untuk tetamu yang hadir. Ada lah dalam sejam jugak kami on duty semalam. 
            2.30pm - Ayah bersama his siblings before semuanya (except Cik Din lah) beransur pulang kerumah masing-masing. Complete lapan orang dan semuanya masih sihat lagi. Alhamdulillah.
            Sambung duty sekejap and finally dalam jam 3pm time crowd dah tak ramai barulah kami decided untuk balik. Yelah, wife kerja pulak. Kalau tak boleh sambung tidur satu malam lagi kat sini.
            Before balik sempat bergambar kenangan bersama our newly wed couple ni.
            One last photos before bergerak pulang ke Rawang.
            Sekali sekala bergambar dengan prop yang bertemakan ala klasik ni..:-)
            Budak dua orang ni pun nak jugak. Huhu. Pantang nampak mak abah diorang bergambar.
            Balik lalu jalan lama je. Tak masuk highway pun. 
            Sampai Serendah dalam jam 5 petang, singgah makan Naan Cheese kat Malek Roslan. Aku yang recommend port ni. Huhu

            Ya tu je lah cerita awal pagi ni. Kepada Fitri dan pasangan, Hanis, selamat pengantin baru diucapkan. Semoga hubungan yang dibina diberkatiNya dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.

            P/S: Minggu depan stay hotel lagi. Ada event Little Caliph dekat KL. Diorang ni memang sekarang suka buat jauh-jauh eh. Pfft.

            Kisah AKU n Fitri's Wedding @ Teluk Intan Pt.1

            Assalamualaikum,

            Hujung minggu ni aku dan keluarga berkesempatan menghadiri majlis persandingan my cousin, Fitri pada tanggal 28 dan 29 Disember 2024 di Teluk Intan
            Pukul 10 pagi lagi kami dah bergerak from Rawang ke Teluk Intan. Jalan clear je, cuma a bit sesak before Tol Sungkai.
            Sampai around jam 11.45 camtu. Berkumpul dekat Masjid At-Taqwa, Padang Tembak dulu untuk menunggu ahli-ahli keluarga lain yang join rombongan pengantin
            Sekitar jam 12.30 tengahari, kami dah sampai ke venue event yang terletak di NH Homestay Padang Tembak. 
            Steady bro. Pm for more tips..:-p
            Sesi menjamu selera. Dah nama pun join rombongan, of course lah dapat meja VIP ni. Huhu
            Wife with the kiddos.
            Ayah ada dekat meja makan beradab, maklumlah dia kan pakcik pengantin. Huhu
            Wife bersama mak dan Along.
            Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan dulu sebelum bersurai. Tak balik terus pun, lepak sekejap dengan Cik Din since check-in kami jam 3 petang. Eh awat dok hotel pulak? Haa, sebab kami pergi dua majlis. Hat ni belah perempuan, yang belah lelaki esoknya pulak.
            Dalam jam 2 petang tu barulah kami berangkat. Mak ayah dan Along ke Lotus Teluk Intan, nak cari McD untuk Mikail. Aku pulak terus menghala ke hotel but sempat menyinggah TF Value Mart dulu.
            Beli stok siap-siap. Budak-budak ni mana boleh lapar. Haha
            Aduh terlalu kawasan jerat ni pulak..:-p
            Elok pulak benda ni kan pintu keluar. Pandai diorang plan. Hihi
            Dalam jam 3 petang, baru lah dapat check-in. For this time, kami menginap di Grand Court Hotel.  Selain lokasi yang strategik dengan a few restaurants dan kurang jem, ada satu lagi reason why pilih hotel ni.. Hehe 
            Dapat bilik riverview..:-)
            Lepas Maghrib keluar bilik cari makan malam.
            Kami sekeluarga had our dinner di NASA Tom Yam Teluk Intan . Seberang jalan je, tak payah bawak kereta pun. 
            Sekali nak celebrate wedding anniversary mak ayah yang ke-35 tahun..:-)
            Cross jalan je balik hotel. 
            Since kami takde plan nak ke town center Teluk Intan, aku pun draw our last plan untuk malam tu. 
            It's karok time!! Dekat hotel ni ada G-Box Karaoke yang bertempat di Level 6. Petang tu dah plan dengan bro-bro ni.
            Eh siapa yang amik gambar ni? Bukan kitorang karok bertiga je ke?
            Haa. Yang lain pun join jugak, cuma aku tak expect pulak diorang lama dalam ni. Ingatkan tahan setengah jam je..:-p
            Time tuang air ni teringat zaman buat BD dulu entertain client/principal. Huhu
            Diorang semua stay nak dekat sejam 45 minit jugak. Baki 15 minit tu aku spend dengan wife since semua nak balik bilik. Rugi lah tak habis, boleh dapat tiga full song lagi tu..:-)

            Dalam jam 11.15, we concluded our karok session. Lepak bilik ayah jap sambung menyembang before return to our rooms. 

            Okay ada satu lagi entry. Stay tuned!