Sunday, August 27, 2023

Kisah AKU n Riadah Pagi @ Taman Awam Jenjarum

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share aktiviti hujung minggu yang aku dan keluarga buat. Kali ni kami berpeluang mengunjungi Taman Awam Jenjarum yang terletak di Bukit Sentosa. For those yang tak familiar, taman awam ni located near Grand Union Bukit Sentosa, yang ada petrol station Petron dan Petronas tu.
Seawal jam 9 pagi lagi kami dah sampai kat sini. Ikut plan asal nak bawak the kids main basikal. Tapi aku berpendapat trek dia tak besar manapun takut menganggu orang nak berjogging or brisk-walking pulak nanti. 
Kebetulan kat sini pun ada taman permainan, so anak-anak main kat sini je. 
Ada sesi selection dan training bola. Teringat zaman aku jadi wakil sekolah dulu, rasanya cam gitulah. Huhu
Fokus betul. Huhu
Yang abang dia sorang ni boleh moody pulak sebab tak dapat beli air gas yang ada jual dekat stall area taman tu. Mana boleh bang, kecik-kecik minum air gas karang dah besar obesiti pulak. Baru hang tau..:-p
Kasi chance lah ibu naik buaian tu Iman..:-)
Okay korang main lah dulu, abah nak jogging.
Phew, dah lama tak keluar peluh. Kalau korang complete pusing satu taman ni boleh dapat around 750m jugak. So, aku tadi buat satu pusingan dalam masa 6 minit jugak. Huhu. 
Haha, apa benda mencangkung camtu dik Iman. Penat dah ke, jom lah pergi breakfast.
Ada jugak bawak bola, ingat nak train Fariq. Huhu, tapi member tak minat pulak.
Jom gerak. Hari pun macam nak hujan.
Singgah breakfast di Gerak 21.
Wife nak masuk Eco Shop pulak. Layankan je lah, nasiblah cik abang dah masuk gaji..:-p
Malam meluangkan masa menghadiri kuliah agama di Surau an-Nur Mawarsari.
Muka budak ngantuk, orang suruh tidur petang tak nak.
Atuk pun ada jugak join. Ni lah perks duduk satu taman dengan parents..:-)

Tewas juga dengan ajakan syaitan. Hahaa~ 


Okaylah, EPL pun takde malam ni. So moh le tidur awal sikit, esok nak attend majlis akikah sepupu kat Kuala Selangor. Karang terlajak tak memasal kena tinggal, ingat nak carpool dengan ayah je.

P/S: Minggu ni Newcastle lawan Liverpool, semoga dipermudahkan. Amin

Monday, August 14, 2023

Kisah AKU n Welcome, EPL 2023-2024!

Assalamualaikum,

Okaylah, title pun dah clear kan. Ya, welcome back to the most entertaining football league in the world - English Premier League.

Semalam, jam 1 pagi merupakan game pertama Newcastle untuk season EPL 2023 - 2024. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku memang tak pernah missed tengok first match. Untuk game pertama ni Newcastle menentang Aston Villa di tempat sendiri, St James' Park. 

Final score: Newcastle 5 - Aston Villa 1. Memang terbaik chorr, first game menang. Nak lagi boekk, gol-gol dijaringkan oleh our debutant, Barnes dan Tonali. Both of them bermain dengan cemerlang diposisi masing-masing, a testament to a good scouting and recruitment untuk Newcastle ni. Isak (2x) dan Wilson pun on the scoresheet too. Congrats to the gaffer, Eddie Howe dan juga his assistant, Jason Tindall for the first win. Semoga result-result macam ni akan terus membahagiakan malam hujung minggu aku..:-)

Current standing Top 6 for MW1 as of 14/8. Ada satu lagi match sebenarnya, MU vs Wolves tapi I doubt either of them can get +5 GD pun. Haha. So, Newcastle dapat lah maintain nombor 1 tu at least for the next six days. Hehe

Happy guy..:-p

That's all for entry malam ni. Minggu depan lawan Mensiti pulak, a very tough opponent and sudah semestinya confident selaku reigning champion. Let's surprise them lads!

P/S: Ada sesapa lagi ke nak masuk? Dengarnya Marcos Llorente pulak.

Sunday, August 13, 2023

Kisah AKU n PRN Selangor 2023

Assalamualaikum,

Telah berakhirnya teka teki untuk keputusan PRN Selangor. Apa-apapun, entri pagi ni aku nak story sikit pengalaman mengundi aku untuk kali ketiga ini. Let's start dengan cerita sebelum PRN dulu. Ayuh!
Since KL tak terlibat dalam PRN kali ni, so pergi office macam biasa. Tapi time nak menghantar wife kat Rawang memang perang bendera, sepanduk dan sebagainya. 
Dah lah drive pagi murung, tengok muka ni lagi bertambah murung. Lolz
Hari Rabu aku start WFH due to health problems. Dua malam berturut-turut kena neb. Sobs
Sabtu tanggal 12 Ogos 2023 - The Election Day. Well, this is my third time mengundi bagi DUN Batang Kali. Pergi naik motor je, sebab adik dah gerak awal pagi. Family lain pulak on the way from PD.
Sampai di pusat mengundi SMK Bandar Sungai Buaya sekitar jam 2 petang.
Kenangan beb. SKMBSB's 7.20 Square. Sebab apa 7.20, siapa lambat kena duduk depan..:-p
Paling santai. Tak perlu beratur pun, straight masuk ke bilik mengundi. Haha
Ada paparazi amik gambar. Siapa? 
Laa, dah sampai rupanya akak ni. Patutlah macam dengar suara Mikail kat lobi sekolah tu.
Ada pun diorang ni. Ingatkan masih sangkut jem. Huhu
Demi Selangor terchenta~
Kami berempat selamat mengundi calon pilihan sekitar jam 2.15 petang. Tayang ink kat jari sikit..:-p 
Malam tu aku tak bother pun nak tau result, sebab Selangor ni memang payah sikit nak bertukar tangan. So pergi ngeteh dengan ayah kat Jamal sambil tengok update DUN yang hangat je. Result rasmi dikeluarkan sekitar jam 12 tengah malam, dengan status-quo bagi kesemua negeri. Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kekal ditangan PH-BN, while Kedah, Kelantan dan Terengganu dibawah PN.

To wrap entri pagi ni, tahniah buat yang menang. Diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Mandat yang diberikan janganlah diambil ringan.