Assalamualaikum,
Minggu lepas merupakan minggu kedua aku bertugas dari rumah. Tapi, ada lainnya dari minggu pertama yang lepas. Bila CMCO diumumkan, antara perkhidmatan yang terpaksa tutup sekejap ialah taska. Wife aku pulak memang kena kerja hari-hari cuma dibenarkan balik seawal jam 2 petang. So siapa lagi yang kena menggalas tugas menjaga Fariq tu? Mestilah aku. Haha
Sebagai langkah pertama aku mengalihkan workstation aku dari bilik atas ke ruang tamu. Harapnya, time aku kerja Fariq bolehlah tengok tv or bermain dengan minimal supervision.
Wife biasanya pergi kerja dalam jam 7.30 pagi, aku tak hantar pun untuk mengelak unnecessary query dari polis/army yang buat roadblock. Rutin pertama aku adalah bagi si kecik ni sarapan pagi
Lepas breakfast, and Fariq pun dah berak. Aku mandikan, bagi susu then cuba untuk tidurkan lah.
Kalau nasib baik dia memang mengantuk, senanglah tidur cam gambar atas ni. Dukung jap, nyanyi lagu Anuar Zain then terus tertidur. Hahaha
Semuanya jadi mudah kalau anak korang memang dah mengantuk, then bolehlah memulakan kerja aku pulak sekitar jam 9.30 pagi. Biasanya pagi aku takdelah busy sangat, mula-mula buat sales report, pastu biasanya ada short meeting/discussion dari HOD untuk progress kerja.
Fariq ni range tidur berterusan dia biasanya dalam 1-2 jam. Pastu aku bagi makan bubur (pre-made oleh wife before dia pergi kerja)
Kalau setakat buat kerja takde masalah sangat. Boleh je working sambil pangku Fariq ni, yang problemnya kalau aku tengah Teams meeting or conference call dengan client.
Masuk case macam tu, terpaksalah aku menghantar Fariq ke "kampung". Haha
Ya betul, ke rumah atuk dia. Kat sini mak ayah yang tolong jagakan cucu diorang yang aktif ni. Kira orang cakap, adalah jagaan yang proper sikit. Sebab aku ni nama je kerja dari rumah, tapi kerja memang non-stop. Ada masa tu nak curi masa lunch pun tak sempat, nasib baiklah duduk dekat dengan orang tua. Kot emergency camni, bolehlah mintak tengokkan sekejap.
Habis kerja, barulah aku pick up balik Fariq or stay sana dengan laptop. Biasanya half an hour before wife balik, kami berdua dah pun ada kat rumah.
That's the entry untuk malam ni. Harapnya CMCO ni sampai hujung bulan jelah. Aku nak kerja kat office balik. Haha. Payah bhai nak balance anak dan kerja, aku salute lah bapak-bapak kat luar sana yang WFH dan at the same time nak kena menjaga anak kecik tanpa bantuan orang lain. You sir, deserved my respect (tabik spring sikit)