Thursday, October 31, 2019

Kisah AKU n Back to Old Nest

Assalamualaikum,

Boleh tahan lama tak update jugak ni. Dah nak masuk 2 minggu tu. Bukan apa, memang busy kebelakangan ni dengan kerja di pejabat. Maklumlah, dah masuk BD balik. 2 minggu ni memang aku tak cuti langsung. Hujung minggu pun kerja.

So, bertepatan dengan tajuk entri. Hari ni aku nak story pasal Business Development. Seperti yang korang tau, aku ni exBD kat Quatriz sebelum diletakkan dibawah unit RFID Fitment Center & Tag Production. Just sebulan yang lepas, aku re-transferred ke department lama aku berkerja ni. Cuma this time, aku tak bersendiri. Melengkapi team BD baru Quatriz, kita ada seorang Manager, Hafiz dan juga Jr Executive BD, Ridzuan. Tiga kami ni lah yang bertanggungjawab dalam mencari business baru untuk company, on top of project yang ada sekarang. Tak dinafikan, bila reenter department ni memang berbelah bagi jugak. Tapi bila memikirkan tugas aku di RFID Fitment Center pun dah berkurang, eloklah aku consider. Buat pulak team baru ni nampak ada synergy.:-)
Tugas pertama ialah pergi JB haritu. Rasanya dah update kot. Tapi yang tu tak payah kira lah. Haha. Haa, ni baru second task. Ke JPN Putrajaya ada tender briefing dan site visit.
Site visit Unit Kaunter Bergerak JPN.
Bergaya pulak rasanya menyarungkan blazer ni semula. Pfft
Second duty ialah minggu lepas, dimana aku dan Ridzuan bermalam selama 2 hari bermula Jumaat dan Sabtu demi menyiapkan tender JB tu. Pagi Ahad baru balik, tak payah ceritalah penerimaan family. Adad jugaklah yang pandang serong kat aku, sedangkan bukan berfoya pun. Buat kerja cari duit nak cari rezeki. Sobs
Minggu lepas pun aku bermalam sekali lagi dengan Ridzuan for one more tender. Tapi Sabtu aku balik, sebab dah janji dengan wife nak balik kampung cuti Deepavali hari tu.
Petang Sabtu gerak dari Rawang ke Serkam sekitar jam 5 petang. Sampai pukul 9 malam beb! Lemau gila, dah lah tidur 3 jam je hari tu.
Tak buat apa sangat cuti, main dengan si kecik ni je.
Pagi Isnin sekitar jam 10 pagi kami meminta izin mak abah untuk pulang ke Rawang. Alhamdulillah, jalan tak jem. pukul 1 petang dah sampai. Tapi seperti yang dirancang, lepas je aku hantar wife dan anak ke rumah ayah. Aku terus bergerak menuju ke TPM semula untuk settlekan kerja yang bertangguh.
Petang Isnin tu kami bertiga stay and work together sampailah ke jam 2 pagi hari Selasa. Another tender submission settle. Ada reason kenapa this time aku pulun sangat buat tender tak macam dulu. Sebab sekarang ada habuan. Huhu. Adalah semangat sikit.
As a token of appreciation, Hafiz hadiahkan aku seutas jam tangan berjenama Tissot ni atas kesudian aku untuk bersama-sama mengembangkan unit kami ni. Objektifnya, BD must be an elite unit of the company, dimana semua staf lain berlumba-lumba nak join kami. Bukannya ada persepsi yang BD ni macam kuli company je. Haha

So, tu sahajalah coretan malam ni. Cuma nak cakap satu je. It's good to be back here. Rasa macam dapat balik status elit aku ni. Haha

Sunday, October 13, 2019

Kisah AKU n Reinstatement Works @ SILK PKP Sungai Ramal

Assalamualaikum,

Hujan lebat kat sini. Maklumlah musim monsoon sekarang, memang hari-hari hujan. Mata aku ni dah cam apa kalau drive balik rumah. Dia punya silau tu lain macam. Baiklah, nak story sikit minggu ni. Walaupun tak menarik, tapi nak jugak taip untuk make sure blog ni kekal bertahan. Huu
Selasa lepas aku terlibat dengan demobilization of site RFID Fitment Center PKP Sungai Ramal. Buat minor reinstatement sikit kat site yang dahpun kami tutup dua bulan lepas ni. Tapi hari tu tak pakai pun staf-staf FC, biasalah dah tahu perangai diorang camna. Mintak alih barang dalam stor berhawa dingin pun banyak excuse. Apatah kerja luar dan berat camni. Pfft
Seawal jam 11pagi aku, ditemani ayah dan Mat dah sampai di lokasi kerja. Tapi nak menunggu supplier bukan main lama lagi, nak dekat tengahari baru sampai.
Haa, ni lah kerjanya. As a part of reinstatement work, kami diminta oleh pihak SILK untuk repair concrete slab yang menutupi longkang di sekitar kawasan PKP ni.
Ada 20 keping concrete slab yang nak kena replace. Bukannya ringan der, tengok gambar pun dah tahu berat. Berkicap jugak beb walaupun bertiga buat kerja!
Selfie dengan big boss, Mat time ni pergi cari kedai nak beli air. Cuaca panas betul hari tu. Dehydrated aku dibuatnya.
Done! Settle kerja dalam pukul 2 petang. Pastu terus race ke Bangi. Ada site visit kat sana, memang dah arrange pukul 3.
Dengan badan yang berlengas dan otot kesengalan, aku meneruskan aktiviti hari tu dengan brief visit di KWSP Learning Center di Bangi bagi our Mobile RFID fitment service.
Pergi tengok site untuk registration dan fitment. Ada discussion sikit dengan bos besar diorang then sekitar jam 4 petang, kami pun menuju pulang ke Rawang. Nak sambung kerja pun dah tak larat.
Sebelum balik singgah pekena Beriani Gam Johor @ Bangi. Ayah yang recommend, katanya ni port makan dia dulu time kerja kat Bangi. Memang marvelous. Pemurah betul bagi banyak kambing. Huu
Seronoknya anak ayah ni ibu belikan car seat baru. Huhu.

Itu je cerita hari ni. Haha. Macam cakap awal-awal tadi. Entri asal boleh je ni..:-p

P/S: Pishang sia international break. Takde EPL, baru syok nakk tengok after Newcastle beat MU 1-0 last week. Huhu

Sunday, October 6, 2019

Kisah AKU n Biz Trip @ JB

Assalamualaikum,

Petang ni nampak gayanya bercerita pasal business trip lagi lah. Amboi, bukan main berjalan je kau ni Farid. Haha. Apa boleh buat, dah nama pun kerja. Kalau hari tu ke Penang. Laa ni kita ke Selatan tanah air pulak. The land of Johorean people.
Malam Ahad tu aku bergerak dari rumah ke TPM, sekitar jam 8 malam. Sampai office, terus pick up bro ni. Untuk business trip kali ni aku disertai our new BDE, Ridzuan.
Kami memulakan perjalanan jauh ke Johor around jam 8 malam. Singgah dinner di R&R Ayer Keroh, pekena Nasi Lemak OBR.
Around 1.30 pagi, kami berdua sampai di hotel penginapan, Golden Leaf Inn @ Danga Bay.
Memang sampai je terus tidur, since esoknya aktiviti kami bermula seawal jam 10 pagi. Pagi Isnin, dalam pukul 8.30 pagi kami dah checkout dari hotel. Untuk ke venue event, kami naik Grab since tempat tu quite padat dengan trafik, parking tak payah cerita lah. Memang tak dapatlah Jon.
Ni venue meeting dan site visit kami untuk pagi tu. CIQ Bangunan Sultan Iskandar di JB town. Aku diminta oleh bos untuk guide Ridzuan untuk task ni since he's quite new dengan skop kerja BD ni.
Since lawatan tapak dan meeting ni didalam secured area. So, takde gambar yang dapat aku snap kat sini. Habis je sesi pertama dalam jam 12pm. Sempat lagi brader ni cari CoolBlog.
Aku Heaven & Earth cukuplah. Tak reti minum air fancy ni..:-p
Balik hotel naik Grab. Sampai je terus bergerak ke venue terakhir di CIQ Bangunan Sultan Abu Bakar @ Tanjung Kupang.
Kat sini sempatlah snap gambar senyap-senyap sikit. Tapi belah luar building lah. Banyak company yg join. Ada dalam 30+ jugak..:-)
Kerja settle. Jom balik KL..:-)
Habis dalam jam 4.30 petang, then gerus shoot ke KL. Trafik sesak dari exit Senai menghala ke Kulai, ada eksiden teruk lori simen terbalik.
Singgah early dinner di port biasa, R&R Machap before mengharung another 2 jam setengah lagi perjalanan sebelum sampai di ofis TPM sekitar jam 9 malam.
Ada lagi makhluk ni. Korang tunggu aku balik ke apa? Haha
Malam tu aku balik carpool dengan Afiq, takde letih sangat sebenarnya. Cuma malas nak drive lagi extra 60km untuk sampai ke Sungai Buaya.

That's all sahaja cerita petang ni. Mesti pelik kan kenapa aku kena involve kerja BD balik kan? Nanti next entry aku story lah ye. Till then, take care semua.

P/S: Last week Newcastle kena bantai dengan Leicester. Haha. 5 - 0 pulak tu. Adehh.