Saturday, October 31, 2015

Kisah AKU n Team Bonding

Assalamualaikum,
Minggu ni banyak pulak aktiviti dalam Team Hardin ni, of course lah setakat lunch and lepak kat TTP every Jumaat tu routine untuk some of us. But for this week, surprisingly semua join. 
Kuala Lumpur pun dah clear from bad haze. Terang sikit mata ni, asyik kelabu je mata before this..:-)
We had out lunch together at The Chicken Rice Shop, KL Sentral last Thursday.
With Lash, the Malaccan Boy. Dia ni perangai gila-gila jugak, gambar ni snap pun lepas dia game sorang insurance agent petang tu, tak baik siot..:-p
Muka lebih kurang kan? Aku coklat sikit..hehe
Semalam, the whole team ikut lepak petang kat Teh Tarik place, NU Sentral, joined by Poven and Sam from Ken & Co. Tah apa yang digebang si Karu ni, monolog Abg Lan..haha
Hah, terlupa pulak. Introducing our new team member, yang pinky tu. Namanya Puteri, baru masuk awal minggu ni. She will be campaigning In-flight Retail with me. Welcome on board!
With 2 bearded guy, rasa macam nak genggam je jambang diorang tu..haha

So, ini lah team yang selalu ada time jatuh bangun aku kat company ni. The best team I ever had. It's quite sad when you know all you had before can't last forever. All of us will make our own way soon, of course for better offer and other opportunity. That's what career all about. 

Wednesday, October 28, 2015

Kisah AKU n Sim's Farewell Party

Assalamualaikum,
Malam ni ingat nak story sikit cerita petang tadi. But, let's start with work thingy first. So, this is the last week for October and I'm still blank. A lot of call back, and as expected, a lot of blown case..haha. Relax, ada dua hari lagi. Let's try my best here for a one last push. At least, if something happens, I'll always keep my chin up and smiling..:-)
Alright, since title pun tak kena langsung dengan mukadimah. Elok lah aku straight to the point je, petang tadi aku sempat menghadiri farewell party untuk one of our senior staff kat sini. Sim Yee namanya, from Operation Team. With almost 4 years tenure here, she's considered as an old-timer jugak lah, since jangka hayat pekerja-pekerja kat sini pun bukan lama mana pun..haha
We had our party kat Hubba Hubba. Located at Menara CIMB KL Sentral, this restaurant-pub concept is one of the latest addition of hangout hub kat KL ni. Nak review banyak pun tak guna, since this is my first time datang sini. But, looking to the menu. I can conclude that this place have a lot of choices of F&B, ranging from a brilliant blend of Asian-Western cuisines and of course, cocktails too..:-)
Karu and Abdul. These chaps score banyak beb untuk Oktober ni. Congratulation!
Yang baju kelabu tu tak payah komen apa-apa lah..:-p
Bukan main lagi Karuna sampai 2 gelas, mentang-mentanglah still dalam mood Oktoberfest..haha
Karen and Kavitha, antara pekerja lama jugak kat company ni. 
Yang pakai baju pink tu lah Sim. Ni time sesi Q&A, dah macam modul pulak..:-)
Sales Dept yang datang tadi pun kitorang je from Hardin, Corin drop by sekejap. Si Lash tu pulak kata nak datang, tapi langsung tak nampak batang hidung..siot betul, haha
Bergambar sebelum pulang kerumah. Now you guys can clearly see SY face. Good luck for your future career ya..and good luck to me too..hihi

Okay, database dah siap tadi. Blog pun dah siap update. Research rasanya cukup lagi kot yang hari tu punya. So, boleh lah nak masuk tidur ni.

P/S: Harap-harap sihat lah badan ni, minggu ni plan nak ke PD dengan my brotherhood. Amin

Sunday, October 25, 2015

Kisah AKU n Bad Week

Assalamualaikum, 
Untuk minggu ni, everything was okay for the first day. But keadaan jerebu kat KL memang teruk, sampai bau asap boleh masuk dalam office. Kat luar jangan cerita lah, dah rasa macam KL ni baru lepas kena bom..haha, asap sana sini.
This week merupakan minggu terakhir Danial berkhidmat dalam team kami. Sedih jugak sebab dah takde kawan bersembang. Anyway, esok ada dua lagi newbie masuk and bakal diletak dibawah my supervision..:-)
Last call katanya, taken around 5.30 PM hari Isnin lepas. Bagus betul, walaupun nak resign but terus commit dalam kerja dia. He's a good worker and I'm sure you can excel dalam career kau after this. It's just a matter of luck actually when you're working here, no matter how talented you are.
Aku pun rasanya macam dah tak lama dah kat sini, performance menurun drastically. Tak sabar nak tunggu 6/11, it marks my setahun work anniversary kat Trueventus ni..huu
Hari Khamis sampai je Terminal Bukit Beruntung, aku terus ke Mediviron. Memang dah tak tertahan lagi sakit tekak aku ni, dengan rasa nak demamnya. Kena diagnosed tract infection kat tekak, and dapat MC from doktor. Dapat jugak berehat hari Jumaat tu, sambil buat kerja okay..:-p
Malam hari Jumaat tu kitorang tak lepak pun, since aku pun baru nak start recover. Malam Sabtu dah fit sikit, Dolah pick up aku and Afiq untuk sesi melepak kat Afzal Rawang.
Dah pindah tempat Afzal ni, lagi besar and kemas. Customer pun ramai, mungkin sebab ada provide sisha kot kat sini. Tapi, Nasi Goreng Thai memang the best! Ada masa nanti nak bawak family pergi sini, tunggu adik balik dulu..:-)

Okay lah, nak pergi tengok Tyne-Wear Derby ni, Newcastle lawan Sunderland, one of the greatest football rivalry in the history of the English Premier League. Got to go chaps, bye!

Sunday, October 18, 2015

Kisah AKU n A Night at Uptown Cheras

Assalamualaikum,
Ni lah first time aku pakai smart casual hari Jumaat, biasanya aku pakai baju melayu. But, atas desakan my colleagues yang nak tengok sangat aku pakai camni, ikutkan je lah. Workload kat office semakin hari semakin banyak. Screen call pun boleh tahan bersepah jugak minggu lepas, that's means esok gonna be a long day of interviews for Team Hardin. 
Entri ni takde kaitan pun dengan kerja, ataupun kawan sekerja. Sebenarnya nak cerita sikit pasal aktiviti hujung minggu dengan kawan-kawan kat Sungai Buaya ni. Dolah kerja semalam, so dia suruh kitorang datang Setiawangsa naik pub-trans, so that lepak nanti boleh satu kereta je. Ayah hantar aku and Afiq kat KTM Rawang, from there kami pun ke KL Sentral then transit LRT ke Setiawangsa.
Kat LRT Taman Paramount, jumpa Big Boss ONYX amik company's merchandise. Dapat lah satu slim power bank, thanks bos! Sampai LRT Setiawangsa around 7.15 and Dolah dah siap menunggu.
Our first destination untuk malam itu ialah Wangsa Walk Mall. Ni tempat first date siot, haha. Ingat lagi stereng buat hal malam tu..:-p
Walaupun muka-muka ni jugak yang dijumpa setiap minggu, aku tak pernah rasa jemu..:-)
Mata tu tak boleh bukak lagi ke bro? haha
We had our dinner at Texas Chicken. Sebenarnya dah lama aku nak try makan benda ni, since almost everyday lalu kat TC dekat LRT Pasar Seni tu. Tapi takde masa nak masuk, asal nak singgah mesti beratur panjang punya. Aku dah lah rushing nak kejar bas..:-)
Lepas dinner ingat nak berbowling kat Wangsa Walk tu, tapi lama pulak nak menunggu turn. So, Dolah pun bawa kami ke Uptown Cheras. Memang just in time je bro, sebab aku memang tengah mencari kemeja t-shirt and kat mana lagi nak cari, kalau bukan kat tempat-tempat macam Uptown ni yang terbukti affordable and memuaskan.
Macam Uptown Shah Alam, but dua kali ganda lagi besar rasanya. Barang-barang kat sini tak payah cerita lah banyak mana, memang bermacam-macam jenis. Rambang mata beb, tapi dalam wallet ada 120 je, tu pun untuk belanja minggu depan..huu. So, aku pun set my spending limit untuk malam tu and start roaming the uptown.
Rembat sehelai baju ni dengan harga RM 30 after nego. Tak sia-sia kerja dalam bidang sales ni, adalah jugak skill nego sampai lebam..:-p
Si Afiq ni mencari topi yang macam pengganas komunis pakai tu, korang tau tak kat mana nak cari? Dah banyak uptown kitorang pergi, tapi still tak jumpa.
Pukul 12, sambung lepak dengan Ayen kat Mentara. Si Ayen ni kawan Dolah time belajar kat Poli dulu. Since selalu join lepak dengan diorang ni, last-last aku pun termasuk air sekali..haha

Conclude at 2 AM, sampai rumah pukul 3 pagi. Terbaik betul, research satu apa pun tak buat lagi. Mentang-mentang lah si John tu ada kat Manila minggu depan.

P/S: Bukan tak nak buat research, line Celcom macam lancau. Tak habis-habis terputus, ni update blog pun pakai data Maxis yang ciput tu.

Sunday, October 11, 2015

Kisah AKU n Late Hangout at Shah Alam

Assalamualaikum,

Malam ni nak share pasal aktiviti malam semalam bersama comrades kat Sungai Buaya ni. Macam biasa lah, aktiviti awal bulan kami. Tak banyak beza pun dengan cerita-cerita yang lepas..:-)
Destinasi semalam ialah bandar yang aku agak familiar, Shah Alam. Most of jalan kat sini still fresh dalam kepala otak aku ni, with exception of jalan-jalan dalam kawasan industri tu. Yang paling aku familiar kawasan sekitar UiTM Shah Alam dan sewaktu dengannya. Gerak from Sungai Buaya pun agak lambat jugak, so kami ke Space U8 dulu.
Rasa tak payah nak kenalkan lagi bro-bro ni. Kami ni bertiga je lah since re-unite tahun lepas, takde penambahan member, takde yang kena kick. Walaupun macam-macam ragam, tapi kami tetap bersama..:-)
Driver malam semalam. Since masing-masing ada kereta sendiri, kena ikut turn. Tak boleh jugak nak asyik pergi lepak ikut kereta member je. So, untuk turn kali ni aku pulak yang kena..:-p
Tak payah cerita pun dah tau, confirm-confirm ni aktiviti wajib punya..haha. Lagipun kat Space U8 ni tarikannya dua benda je, yang Highway Karaoke ni, and lagi satu MBO Cinema tu.
Dolah ni sebenarnya rabak jugak mata dia, yang pergi half day kat office semalam siapa suruh. Bila tanya, kata saja..haha
Haa, yang pakai baju biru kelabu tu pulak rilek je walaupun masalah kat ofis berlambak lagi tak settle. Relax lah, benda kat office biar kat sana lah. Sekarang ni aku nak release tension.:-p
Dalam pukul 12, aku bawak diorang ke Uptown Shah Alam kat Seksyen 24. Ni tempat biasa aku lepak time study dulu. Tapi time study takde duit, so window shopping je. La ni dah kerja, duit pun ada..apa lagi bershopping lah..hehe. Sampai je Uptown, kitorang makan dulu sambil tengok Kingsman Secret Service.:-)
Beli kasut Vans sepasang. Dah lama beb tak pakai kasut ni, seingat aku last pakai time Form 5, zaman-zaman pakai Converse..huu
Bro-bro ni pergi cari shades. Maklumlah diorang ni pergi kerja drive sampai ke ofis. Aku ni pulak bertransit-transit..haha. Sudah lah, cakap je kau tu rabun. Mana lah nak merasa pakai shades segala mak nenek ni..:-p

Beli powerbank untuk Along. Dia ni selalu outstation, hari tu dah belikan sebijik tapi berat katanya. So, aku cari yang baru. Ringan dan stailo jugak bentuk macam perfume..:;-)

Haha, sian aku tengok Dolah ni. Dah rabak betul tu..lol.
Around 3AM kami bergerak meninggalkan Shah Alam. Lalu Guthrie bai semalam, sunyi gila siot. Itu pun nasib bertiga, kalau aku sorang je memang lalu PLUS, tak pun lagi rela tidur dalam kereta..:-p
Betul-betul sampai depan rumah pukul 3.50 pagi. Orang tua-tua kata kalau balik lewat malam jangan terus masuk rumah, so aku lepak luar dulu basuh kereta sikit, sambil dengar zikir terapi..huhu. Haa, ni lah kasut Vans aku, cantik tak. Beli kaler kelabu sebab aku banyak seluar kaler kelabu. Baru matching!

So, itu lah dia cerita aktiviti awal bulan aku and kawan-kawan kat sini. Tipikal aktiviti right? but what the hell, janji sampai objektif nak release tension kerja tu. Pergi panjat bukit pun tension-tension buat apa dop, baik karok lagi best..haha