Banyak update entri hari ni bro? Research dah buat ke belum tu, macam banyak je free time? huu. Alah, benda tu boleh tunggu, lagi pun bukan lama lagi pun aku kat situ, recycle leads sudah. Macam tak biasa buat je, lol..
So, nak story sikit tadi punya cerita. Fresh lagi ni, rasanya baru sejam lepas sampai rumah. Tadi aku berpeluang meluangkan masa dinner bersama adik beradik aku kat Burgerbyte Bukit Beruntung.
Akak aku yang asalnya mengajak makan kat sini, dari bulan lepas lagi tapi tu lah. Bila aku free, dia ada hal lain. Bila dia free, aku pulak tak available. Sudahnya bertangguhlah, sampai lah tadi. Aku paksa jugak..huhu
Bro Faris ni tak berapa sihat sangat sebenarnya. Abang dia yang pulun ajak keluar makan sama-sama.
Haa, bro ni walaupun belum gaji lagi tapi bukan main belanja macam orang dapat gaji. Semalam melepak kat Shah Alam sampai 12 tengah malam, hari ni pulak makan luar. Cuba lah bawak berjimat sikit. Keluar rumah confirm duit minyak, touch n go, makan dan sebagainya kena tanggung sendiri..huu
Chilis Meat Burger, memang terbaik. Ni baru setingkat, tu pun dah full gila bapak..haha
Burgerbyte Bukit Beruntung ni simple je tempatnya. Interior design yang kemas dan teratur, staff pun friendly dan lokasi corner lot pun strategik untuk business restaurant macam ni.:-)Bye Burgerbyte! Thanks for a decent food here, sure datang lagi nanti! Untuk siapa yang nak datang silalah berkunjung ke Burgerbyte Bukit Beruntung kat Adenium Business Park, betul-betul selepas masuk tol Bukit Beruntung.
Okay lah, nak ke Medan jap, Brotherhood Sungai Buaya dah alertkan gua..haha