Wednesday, January 25, 2023

Kisah AKU n Happy CNY 2023

Assalamualaikum,

Malam ni terasa nak berkongsi cerita cuti Raya Cina 2023 ni. Sebenarnya takdelah menyambut sangat, dah diorang cuti. Aku pun cuti lah. Haha
Hari Sabtu, around jam 11 pagi lagi kami sekeluarga dah bergerak dari rumah menuju ke Selatan. Hujan je sepanjang jalan. Tak silap aku dekat area Seremban je tak hujan.
Boring lah tu duduk dalam kereta. Haha. Nak tahu jam berapa sampai Melaka? Pukul 5 bhai!!
Yang tak syoknya, elok sampai budak ni aktif siap bersilat pulak. Ahh takde-takde, abah nak rest. Pergilah main dengan makcik hang..:-p
Malam tu takde buat apa pun, since Zed pun tak balik kampung lagi. Anak demam katanya.
Hari Ahad, aku dan Fariq meluangkan masa solat Zohor di masjid. Advance betul masjid ni, dah ada ATM. Bandar Sungai Buaya dah nak dekat 20 tahun wujud pun takde ATM. Pundek punya Persatuan Penduduk. Haha
Lepak dalam kereta sambil makan aiskrim. Wife kata jangan bawak balik, nanti sepupu semua nak. Huhu
Selalu dengar iklan dalam radio pasal Origina ni, la ni baru dapat try. Okay lah.
Entah bila nak siap surau depan ni. Abah kata bulan Ramadhan tahun ni pun belum tentu siap lagi.
Minum petang dekat kedai makcik depan rumah. Bukak jugak akhirnya, dah tau kat mana nak lepak malam tu..:-p
Malam tu kami berempat ke Masjid ar-Rahman, ada ceramah from PU Yeop. Yang lain attend satu lagi majlis di Masjid Jamek Serkam.
Selfie dulu sebelum sesi ceramah bermula.
Bukan main syok si Fariq tu berlari-lari. Maklumlah masjid besar, yang surau kat rumah tu kecik je. Yang si Iman ni pulak baru nak belajar berjalan..:-p
Tah siapa budak ni mengikut jelir lidah . Huhu
Ni dah minum susu confirm nak tidur lah tu.
Majlis settle dalam jam 9.30 malam, hantar budak-budak masuk rumah then lepak sensorang kat kedai ni. Dah lama tak pekena Mee Bandung Muar makcik ni.
Hari Isnin plan asalnya nak ke Pulau Besar, tapi hujan lebat sepanjang hari. Dari jam 4 pagi sampailah nak pukul 11. Sudahnya scrapped je dok rumah, sambil tu aku buatlah kerja backlog yang ada. At least tak terkejut sangat tengok email time balik ofis nanti. Haha
Malam tu menyinggah rumah Ibrahim yang baru siap renovate. Saja datang, dah semuanya ada kat sana. 
Lepas tu pergi mendobi, nak dekat pukul 11 jugak balik. Dah la Fariq cakap pernah nampak makhluk halus kat sini. Huhu
Pagi Selasa kami bertiga pulang ke Rawang around 10.30 pagi. Jalan boleh kira jem jugak, tapi taklah teruk sangat.
Alhamdulillah, selamat sampai sekitar jam 2 petang. Sampai pun anak-anak tidur, dapatlah bapaknya tidur recharge bateri jugak.
So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Lunar kepada rakan-rakan berbangsa Tionghua, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua. Xin Nian Kuai Le!

Monday, January 16, 2023

Kisah AKU n Ilhan Mikail's 5th Birthday

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak share story sikit bekenaan anak buah aku, Mikail. Tanggal 4 Januari 2022 yang lepas merupakan hari lahir beliau yang kelima, so baru sekarang dapat celebrate sekali.

Malam Sabtu lepas Isya kami kerumah ayah. Sampai je tengok diorang semua dah ready, ada miscommunication sikit. Diorang kata supposed start lepas Maghrib, yang aku ni sampai lepas Isya. Haha

Kaunter makanan - ada bihun goreng dan aneka frozen foods untuk celebration malam tu, kesemuanya home made foods. 

Nyum-nyum..:-)

Bukan main brader ni beli fon baru..:-P

Amik gambar dulu before sesi memotong kek. 

Birthday boy dah ready nak potong kek tu.

Eh yang dia ni pulak beria-ria tiup lilin..:-p


Bergambar dulu sebelum potong kek. Ohh lupa pulak, tema malam tu kaler hitam. Aku ni memang banyak baju kaler hitam tapi banyak yang dah ketat. So sarung je lah baju Star Wars, ni je yang muat lagi.


Freestyle aku memang lain dari yang lain. Haha


Mak ayah bersama cucu-cucu yang comel-comel belaka. 


Tumpang lah jugak amik gambar seround dua. Hihi


Syok ya dik tengok ada banyak belon..:-)


Birthday boy bergambar bersama parents sebelum upacara memotong kek. Ada tanya kat Along, dah takde nak menambah lagi ke? Haha

Okay, makan time lah. Semuanya dah lapar, maklumlah last makan pukul 2 petang. Jam pulak dah nak pukul 10 malam time tu.


Yang ni cam biasa lah, dah ada opah depan mata. Memang mak bapak nak suapkan pun kena reject. Haha


Semua orang makan, habis tu Iman nak makan apa abah?


Haa awak minum susu je lah ye..:-)


Lepas makan, macam biasalah sesi bersembang. Antara agenda discussion ialah plan Raya dan juga annual vacation family kami tahun ni. Lama jugak berdiscuss, nak dekat pukul 12 jugak aku balik rumah time tu. Fariq aku tinggalkan kat sini, nak tidur dengan Mikail katanya.

Alright, that's the wrap of my second entry malam ni. Since aku pun dah takde game nak main, elok lah sambung tonton movie Angel Has Fallen. Dah dua malam layan prequel cerita ni, best jugak. Lepas habis ni ingat nak download series Jack Ryan pulak.

P/S: Okay ngam, Newcastle menang tadi. So kita naik ke nombor 3 balik. Sorry MU, dapatlah merasa beberapa jam kat situ..:-p

Kisah AKU n Rasydan's Wedding @ PICC Putrajaya

Assalamualaikum,

Malam ni barulah berkesempatan nak menaip entri. Ni pun curi masa sambil tengok match EPL Newcastle lawan Fulham. Baiklah, seperti title entri ni yang tertera diatas, Semalam, aku dan keluarga sempat attend wedding my long distance relative di Putrajaya, to be exact majlis perkahwinan my dua pupu.
Kami bergerak dari rumah seawal jam 11 pagi ke venue majlis yang berlangsung di Putrajaya International Convention Center, sampai kira-kira jam 12.
Saja teman ayah, dah ada anak bujang yang tak nak join. Takdelah ramai mana kerabat yang datang hari tu, maybe sebab jauh kot. Ada lah 2-3 family yang aku recognize semalam
Haa, kali ni Fariq join attend sekali. Selfie dengan anak teruna aku yang sorang ni
Wife pun join jugak hari tu. Maybe sebab dengar venue dekat Putrajaya kot. Huhu. Tah apa yang suka sangat si Iman tu..:-p
Ingat nak snap gambar pemandangan, tetiba ada budak kecik mintak ambilkan gambar. 
Boleh layan Keluang Man pulak budak sorang tu. Huh
Memang layan makanan semalam. Banyak juadah sampingan yang enak such as apam balik, CKT, mee goreng, keropok lekor, cendol dan sudah tentunya teh tarik..:-)
Lama jugak lepak, dalam jam 2 petang jugak kami beransur. Muka tengah high ke apa tu? Hahaha
Bergambar dengan ayah bersama goodies bag yang dikumpul. Ni je lah anak dia yang rajin ikut wedding pun. Dari zaman bujang sampailah anak dua orang ni.
Singgah solat Zohor dulu. Ada penampakan makhluk berlari anak didalam surau PICC.
Ambil gambar berempat before beredar meninggalkan majlis.
Since alang-alang dah sampai Putrajaya, aku bawaklah family jalan-jalan sikit sambil explain each of ministerial building. 
Maklumlah, dulu kan BD memang keraplah aku datang bandar pentadbiran Malaysia ni untuk meeting, tender briefing, site visit dan sebagainya.
Our final stop semestinya di Masjid Putra. Since tadi pun kami dah solat, so datang amik gambar je lah. Awan pun bukan main gelap kat belakang tu.
Eh ni ofis Bang Non kan? Hehe
Gambar last sebelum semuanya menggelupur lari ke kereta since dah start hujan. Seperti yang dijangka hujan lebat membasahi bumi Putrajaya. Aku drive pun slow je hari tu, then masuk highway melalui ELITE. Sampai rumah dalam jam 4.30 petang jugak.

Okaylah, ada satu lagi entri aku nak taip sat lagi. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada Rasydan dan pasangannya Najihah. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.