Sunday, July 26, 2015

Kisah AKU n Raya Time!

Assalamualaikum,

Macam mana raya tahun ni kawan-kawan? Best tak? Raya aku tahun ni biasa-biasa je, nothing special pun happen. Okay lah, nak cerita sikit lah aktiviti semalam.
Pukul 2.30 aku meninggalkan Kuala Lumpur and bergerak ke Shah Alam. Dah janji dengan Joe and Yat nak beraya rumah Bro Sabri, our classmate time belajar dulu. 
Left Shah Alam around 6.15 and tiba di Puchong sekitar pukul 6.45. Since janji dengan Bro Sab nak beraya pukul 8, kitorang pun melepak and bersembang kosong dulu. Tu lengan ke ranting kayu? haha
Singgah Maghrib kat Masjid Taman Putra Perdana.
Haa, ni lah Bro Sabri. Bak kata Faiz, jejaka paling hot kat fakulti. Lebih 0.01 dari Joe, hot stuff nombor dua..lol
Si Joe ni kalau bergambar mengalahkan duta produk. La ni jadi duta kuih raya pulak..:-p
Bersembang tentang progress hidup masing-masing. Lepas habis belajar dulu susah betul nak contact. Semua menyepi diri (sibuk dengan kerja mungkin), so bila gather macam ni baru boleh dapat kumpul maklumat diorang dan juga kawan-kawan lain.
Welfie bersama tuan rumah. Thank Bro Sab sebab sudi layan kitorang semalam. Ogos nanti kita gather komrad-komrad lain pergi piknik..:;-)
Around 10 kami meninggalkan Puchong, ingat nak ke One City Sky Park tapi telepas simpang. So, terus ke Shah Alam je lah. Sampai Pusat Komersial pukul 10.30, drop Joe and Yat kat rumah sewa diorang then terus memecut pulang ke Rawang.
11.10 PM - Sampai je depan rumah , tak sampai 10 minit Dolah and Afiq datang pick up aku..haha, sambung melepak kat McD Rawang sampai pukul 2 pagi. Memang penat bro, tapi demi kawan-kawan tak sampai hati pulak nak tolak. Untung kan siapa jadi bestie aku ni, pandai pancing..lol

So, itu je lah cerita Syawal ke 9 aku. 

Tuesday, July 21, 2015

Kisah AKU n Syawal 2015 - Day 2 & 3

Assalamualaikum,

Ini merupakan entri penutup untuk Diari Raya aku untuk tahun 2015 dan ianya covered aktiviti-aktivit yang aku buat pada hari kedua dan ketiga Syawal tahun ini.
Pagi raya kedua ni ada surprise, bangun je pagi ternampak kereta Waja Acu Keon kat sebelah tempat membakar tu. Dalam hati "Balik jugak bro ni rupanya, memang surprise kali ni.." haha

Kitorang tak pergi mana pun raya kedua ni, cuma petang tu ke Tesco Seri Iskandar beli barang-barang nak buat barbeque..haha, macam biasalah aktiviti wajib Esah & Co. setiap tahun since 2010. Tak caya? Pergi lah selongkar blog aku since entri raya 2010. Kalau betul, bak sini 50 hinggit..huu
Cari arang, ayam segar, daging burger, hotdog, fishball, sos pelbagai perisa and fire starter. Tempat membakar semua dah ada. Tapi yang peliknya kenapa gambar atas ni tak nampak pun barang-barang yang kau cakap tu Farid?
Dah cari barang kereta pulak..:-p
Orang time raya ni lah nak pergi beraya rumah sedara mara. Yang sini buat barbeku malam-malam. Rileklah, raya sebulan beb..:-)
Tempat membakar dipasang dengan kereta sorong. Inovatif dan kreatif, kampung style.
Set karaoke nya ada, tapi terlupa nak bawak kabel wayar untuk mic. Langsung tak dapat nak berkarok, sudahnya tengok cite Taken 3 je ramai-ramai.
Ahh..down la camni tak dapat nak menganggu keharmonian kampung ni..lol punya ayat..:;-p
Pagi raya ketiga pulak diorang keluar beraya, aku cuci kereta.
Perghh, shine bright like a diamond..haha
Tahun ni baju raya aku satu je, hat yang baju melayu tu je. Yang kemeja-kemeja camni semua recycle tahun-tahun lepas punya. Yang recycle tahun 2011 pun ada tau..huk
Senyap-senyap ke Seri Iskandar.
Since dah ada kereta sendiri ni, bukan main seronok lagi nak tambah aksesori dalaman untuk Myvi aku tu. Tengok je, bukan beli pun. Nak jimat sikit ni, belum gaji.:-)
Asalnya nak cari klinik, mak tak berapa sihat sangat. Tapi tak de yang bukak pun, ini lah masalahnya kalau duduk kat kawasan Melayu. Sekali time festival macam ni, berkurun tutup kedai..:-p
Dua orang anak teruna En. Gani dan Pn. Sulina. Eh terlupa pulak, raya ketiga ni ayah aku menghadiri Majlis Reunion "Iskandarian"anjuran SMK Iskandar Shah (SEMEKIS), Parit.
Singgah lunch kat KFC Seri Iskandar, nak buat camne restoran Melayu satu pun tak open.
Suci je muka..haha. After lunch, terus balik and sampai je family Mak Yong dah tunggu kat depan rumah. Malam nothing special pun yang kitorang buat, masing-masing buat kerja sendiri. Ada yang berborak, tengok Astro, main video games, yang menangis pun ada (Raisha sorang je..huu).

So, dengan berakhirnya entri ni maka tamatlah juga ceritera raya aku di kampung untuk tahun ini. Duit raya? Apa tu, sejenis kuih ke? huu, tahun ni dapat RM 10 from atuk. Thanks atuk! For those yang sudi membaca, thanks in advance tau. Akhir kata, selamat berhari raya kepada you guys semua, semoga raya korang diisi dengan aktivit berfaedah dan dibawah rahmat Allah. As usual, andai ada tersalah kata atau ada pandangan radikal aku dalam blog ni, or unreply comment, harap dimaafkan dari hujung rambut sampai lah hujung kaki ye.

Kisah AKU n Syawal 2015 - Day 1

Assalamualaikum,

Tanggal 17 Julai 2015, umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan muslimin dan muslimat didalam perang melawan hawa nafsu pada Ramadhan 2015 yang baru sahaja meninggalkan kita semua. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang oleh Tuhan Maha Pencipta untuk merayakan Aidilfitri pada tahun ini.
Macam biasa lah snap satu dua gambar dulu before ke masjid..:-)
Hari raya pertama dimulakan dengan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Pekan Bota. Boleh tahan ramai jugak tahun ni, sampai kena sembahyang kat luar. Tahun lepas dapat saf ketiga beb!
Perghh, memang combination paling mantap. Lemang jagung dihidang dengan rendang tok dan ayam cili. Tip top!
Mr. Gani's family, serba coklat semuanya..-)
Acu Nani bersama family. Tahun ni raya pertama ada 2 family je. Family Acu Nani and family kitorang.
Testing monopod tahun lepas. Nasib baik boleh pakai lagi, cuma loose sikit.
Along bersama bodyguards. Nak kenal dengan dia? Hadap kitorang berdua dulu, lepas test, baru boleh proceed..hehe

Jimat duit raya tahun ni, ramai yang tak balik..haha.
Paling straightforward.
Paling penuh nasihat dan teladan..haha
Paling emotional, sampai menangis-nangis. Ikhlas dari hati katanya..:-)
Terbungkang while menerima tetamu yang extra ramai dari jiran-jiran sebelah rumah. Aku perasan ada sorang mamat tu pakai baju raya pelik gila, serius macam gampang stail baju ko bro..hahaaaa~
Raya mai lagi weii!! Dah macam tradisi pulak amik gambar pakai shades ni.
Lepas Solat Jumaat, family Acik Pendi sampai from Shah Alam, diikuti family Acik Man from Kinrara.
Bermain bersama Raisha, anak perempuan Acik Pendi yang montel..;-)
Dalam pukul 3 petang, kami sekeluarga bergerak ke kampung belah ayah di Parit.
Dah tukar jubah pulak bro ni. Ni lah salah satu contoh Melayu nak jadi Arab..huu, no offense.
Mak dan along. Kat sini takde buat apa sangat. Bersembang dengan sedara mara je. Macam biasa lah nak menjawab soalan pasal kerja, kahwin dan sebagainya..:-)

Atuk pun tak berapa sihat sangat sebenarnya, baru je discharge from Changkat Melintang sehari sebelum raya tempoh hari. Kurang gula dalam badan kata doktor.

Raya tahun ni kurang kick unlike tahun lepas, but then masih bersyukur kerana masih diberi peluang berkumpul bersama ahli keluarga yang lain. Malam raya pertama tak buat apa pun, sambung main PES je..huu

P/S: Klik next untuk entri seterusnya.

Monday, July 20, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 30

Assalamualaikum,

Hari ni dah pun masuk hari ke empat Syawal, dan rasanya belum terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut hari raya kepada rakan-rakan yang beragama Islam. Okay seperti tahun-tahun sebelumnya, sila lah menghadap 3 entri wajib untuk diari raya En. Farid ni..:-)
Tahun ni first time drive balik Perak with Myvi aku yang kiut ni. Mak ayah naik Waja, while aku ditemani adik and along. 
Kami gerak pukul 3 pagi dari Sungai Buaya, singgah sahur kat Batu Gajah and sampai kira-kira pukul 7 pagi. Highway memang sesak from Sungkai hari tu, so kami masuk jalan lama yang memang clear gila.
Sampai kampung je terus terlelap sampailah pukul 12 tengah hari, ngantuk bai tidur 2 jam je malam tu.
Lepas Zuhur, tolong lah buat kerja memasak sikit-sikit. Tak tolong karang kena leter pulak..huhu
Lemang jagung Opah aku ni memang femes tau kat sini. Bukan kat sini je, kat IPD Putrajaya pun terkena tempiasnya..;-p
Sekejap je jaga api tahun ni, ada lah 10 minit je.
Ke Seri Iskandar dengan Acik Zul, nak mencari lampu lip-lap untuk buat decoration depan rumah.
Acu Keon tak balik tahun ni, konfirm tak balik sebab biasanya kalau dia nak buat surprise pun biasanya dalam pukul 4 petang tu dah sampai, tapi dah pukul 5 pun memang tak nampak batang hidungnya..haha
Proses memasang panjut di sekeliling rumah.
Bukan main berlakon lagi part ni..haha
Dalam pukul 6 petang, aku dengan adik ke Bazaar Ramadhan Bota Kanan..:-)
Azan Maghrib menandakan masuknya waktu berbuka untuk hari terakhir Ramadhan pada tahun 2015 ni.
Lepas bertakbir, main PES dengan si Faris ni. Boring siot malam raya aku tahun ni, memang jelas dengar bunyi cengkerik hutan malam tu..haha
Minum air "Mak Kau Hijau" resepi Acu Nani. Apa nama air macam tu, lol betul..huu

P/S: Queuing in line - Diari Syawal, nak tahu, sila lah baca..thanks in advance!