Sunday, June 28, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 10

Assalamualaikum,

Petang ni terasa nak share pengalaman berbuka puasa dengan rakan-rakan seperjuangan kat Sungai Buaya ni. As you guys pun sedia maklum, kawan rapat yang aku ada kat sini pun diorang je lah. Plan untuk iftar ni memang dah lama set pun, before Ramadhan lagi and kebetulan three of us memang free semalam, so we decide to execute that plan sebab 2 minggu yang tinggal I've already set my own arrangement dengan family.
So, semalam kami bergerak dari Sungai Buaya dalam pukul 6 petang and tiba di NU Sentral Kuala Lumpur kira-kira pukul 7. Jalan-jalan dulu sambil mengusha tempat untuk berbuka puasa even though memang dah plan nak buka kat Nando's. Mana la tau ada restoran yang lagi best ke..:-p
Azan berkumandang menandakan masuknya waktu berbuka puasa untuk hari ke 10 di Kuala Lumpur. Eh, apasal korang kat luar lagi ni Farid?
Seperti yang dirancang, kami berbuka puasa ringan dulu berbekalkan Nescafe and Chipsmore..hihi. Then, solat Maghrib dan menuju ke Nando's.
Macam biasa lah bersembang kosong berkongsi cerita, rutin penting kami sambil menunggu makanan kat mana-mana restoran pun. Topik paling hangat semalam - Restoran Mamak dan Social Problems?
Apa benda semua pakai baju kelabu semalam. Nasib baik aku tak pakai jeans biru, kalau tak confirm orang panggil boria..lol. Ni namanya kawan sehidup semati..;-)
Ni baru satu plate, ada satu tak sampai lagi..haha
Around 10, kami ke The Ballroom as being planned. Dah lama nak berboling sebenarnya, tapi asyik tak jumpa masa yang sesuai.
Ni dia champion malam semalam. Dua-dua game bro ni sapu, tak bagi chance langsung.

Hat yang ni pulak baling dah macam pro, tapi ke longkang jugak gamaknyerr..haha
Dua-dua game kalah teruk semalam. Aku kalau tenpin boling ni noob lah gile, apa kata tuan-tuan bawa saya ke Bayuemas and kita fight lawn bowls, macam mana? :-p

Pukul 11 kami meninggalkan NU Sentral and menuju ke Ampang Jaya, sambung melepak dengan kawan-kawan Dolah kat Dagang sampai lah pukul 2 pagi. Sampai rumah pukul 3, solat Isya and tertidur walaupun plan nak stay up buat research. Cannot resist lah aircond tu, elok-elok nak baring terus terlelap. Nasib baik terbangun jugak sahur tadi..huu

P/S: Minggu depan nak iftar dengan family.

Saturday, June 27, 2015

Kisah AKU n New Office!

Assalamualaikum,

Semalam ofis kami berpindah, Letih beb, dah la puasa pastu kena buat kerja pulak tu. Elok-elok John kasi balik pukul 4, last-last settle kemas dalam pukul 5 jugak. Merasa lah bukak puasa dalam kereta semalam buat kali pertama untuk Ramadhan tahun ni..huu. Okay lah, simple je entri pagi ni - new office!
Pagi tu kami kerja macam biasa dari pukul 8.30 sampai 10.30 pagi. 2 jam je, memang 2 je lah faxes out aku semalam. Sejam satu e-mel, cukup lah..haha
Dalam pukul 11, ada briefing from John dan Elly tentang task masing-masing. Since, company pun dah hired mover, so our task semalam pack up je. Ofis baru kami ni dalam building yang sama jugak, tapi different level dan block. The previous office located at Level 17, Block 2A and untuk our new office pulak kat Level 23A, Block 2B Plaza Sentral.
Sempat lah snap Score Board untuk kenangan selama hampir 8 bulan aku bekerja kat ofis ni. Mana satu score aku? Mestilah Fred tu..:-p
Lepas solat Jumaat kami start preparing the "island". Lap meja, set up telephone + PC line and assign meja untuk team members.
Tinggi betul office baru ni. Kat bawah tu Brickfields, bangunan yang tinggi dua bijik tu Ascott dengan Aloft. Yang ada hijau-hijau tu NU Sentral. 
Haa, ni lah sikit view dalam office dari desk aku. The whole left section is for the Business Development department, yang belah kanan (tak nampak dalam gambar) is for Operation and Marketing department. Depan belah kanan yang gelap tu supposedly for Producer and Sponsorship departments as well as the Management's Chamber. 
Ni lah my desk. Simple je. Ada office tray and telephone je. Pasni rasa nak kena bawak divider jugak sebab boss duduk depan aku..huhu

Okay lah, tu lah story pasal pindah ofis ni. Isnin depan jangan salah masuk pulak ofis lama pulak..:-p

P/S: Hari ni nak bukak puasa dengan Afiq and Dolah.

Sunday, June 21, 2015

Kisah AKU n Ramadhan 2015 - Day 3 & 4

Assalamualaikum,

Tahun ni first time aku balik kampung untuk menyambut awal Ramadhan. Tak pernah dibuat pun tahun-tahun sebelum ni, biasanya dah nak raya baru kami satu family balik.
Gerak dari Sungai Buaya dalam pukul 6.30 pagi semalam, and sampai kira-kira pukul 8.30. The best thing about balik kampung hari ni, kami balik naik kereta aku, bangga pulak rasanya..huu
Good job mate, sampai jugak kampung buat kali pertama kan..:-)
Bersiar-siar naik basikal keliling kampung.
Dalam pukul 10 aku tertidur kat bawah rumah sampailah pukul 3 petang. Mana taknya, sempat tidur 3 jam je hari Jumaat tu.
Petang tu aku ke Bazaar Ramadhan Pekan Parit sebelah Sungai Perak. Then, hantar ayah balik kampung, nak berbuka dengan family dia katanya.
The iconic Menara Jam Parit.
Ni lah kampung aku, redup je petang kat sini. Tapi midday panas gila..huu
Malam buat Terawih kat Masjid Jamek Bota Kanan.
Best kat sini, dah la cepat ada aircond pulak tu..hee
Buat research sambil pekena Teh Tarik opah..:-)
Habis muka aku kena gigit nyamuk semalam, bukan main merciless lagi diorang..huk.
Gerak dari Bota Kanan dalam pukul 10 pagi tadi dan sampai Sungai Buaya, dalam pukul 12.15 tengah hari.
Home sweet home. Balik terbungkang terus, haha

Okay lah guys, ini sebenarnya satu lagi entri rambang nak memenuhkan content blog ni. Harap maklum dan selamat berbuka puasa.;-p

Friday, June 19, 2015

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2015

Assalamualaikum,

Masih belum terlewat lagi untuk aku mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada umat Islam diseluruh dunia ini. 
Ramadhan tahun ni agak special sikit since status aku sekarang ni pun dah bertukar from seorang student ke seorang full time employee. Memang pernah ada experience berpuasa time attach dengan ONYX dulu, but time tu contract basis je, plus kerja pun tak banyak sangat sekadar buat report je so tak berapa feeling sangat. 
So far sekarang ni baru 2 hari aku berpuasa kat ofis, memang letih jugak sebab dah kerja out-call client setiap masa. Kering jugak lah tekak aku ni, sampai ada part tu tengah nego dengan Agrobank, tiba-tiba hilang suara..lol. Pukul 4.30 petang habis kerja, balik naik KTM and sampai rumah dalam pukul 6.15 petang. Sempat lah buat database before berbuka, malam lepas Terawih boleh rehat..:-)

Okay lah, untuk menutupi entri malam ni, selamat berpuasa pada tahun 2015 ni semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya dan mendapat berkat dari Allah S.W.T. . Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Wednesday, June 10, 2015

Kisah AKU n Trueventus Annual Party

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak update cerita semalam lah guys. Tak basi lagi kan? Huu. Okay lah, semalam aku berpeluang join satu lagi event company, annual gathering katanya. Tentatifnya simple, early dinner dan juga main bowling. Semuanya kat NU Sentral. 
First, we had our dinner kat Nando's treated by our Godfather, Mr. John. Tapi semalam most yang join full activity pun from BD team, yang langsung tak nampak muka rasanya Producers..:-(
Jordie, Poven, David dan Karuna. Tersenyum simpul semuanya. Mana taknya, makan free. Jangan cakap John tak payung, lol..
Indra, Daniel dan Aizat. Introducing Daniel, new addition for Team Kenneth.
Ezri and Jordie from Team Miles, diorang ni fresh blood dalam our company.
This party was dedicated untuk our glorious record breaking untuk Februari yang lepas where we managed to scored 100k sales dalam masa sebulan, in which aku contribute almost 13k jugak time tu.
Dah lama John plan sebenarnya event ni, cuma tak jumpa masa yang sesuai. Asyik postponed je, aku pun mula-mula ingat tak buat langsung.
Shortly after dinner, around 7 kami terus ke bowling center at the same level. Tengok Abg Lan and Poven lawan dart dulu while boss settle payment..hii
4 lanes plus 2 games, berapa lah kena charge semalam..:-)
Walaupun tak ramai yang join, ada 14 orang rasanya. Tapi boleh tahan havoc jugaklah semalam. 
Dah lama tak bowls ni. Aku kalau tenpin ni fail sikit, tapi kalau lawn bowls, come on la nak fight kalau berani..haha. Bapak angkuh..lol
Before the game. Dari kiri - Poven, David, Kenneth, Daniel, Indra, Ezri, Aizat.
Bukan main lagi Abdul dengan Mini tu berselfie..:-p
Time ni bukak baju kemeja, panas pulak rasanya.
Team Hardin from left to right - Corin, Abdul, Fred, Haslan.
Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan before pulang ke rumah masing-masing.
Siapkan database, and buat some research untuk event baru ni. Memang komited betul kau ni Fred!

So, itu lah dia. Another kenangan manis aku dengan company ni. Apa-apapun, need to buckle up untuk event Consumer Banking ni, nampak susah but keep positive. Insya Allah, semoga dipermudahkan. Amin