Monday, June 30, 2014

Kisah AKU n Master of Administrative Science

Assalamualaikum, hari tu aku dapat message ni from UiTM:
Terkejut jugak mula-mula sebab memang setahu aku, takde pulak aku buat application untuk sambung Master ni. Fikir lepas grad ni nak kerja dulu, Master Degree ni mungkin boleh tunggu sekejap kot..huu. Tapi tu lah, rezeki kan. Tiba-tiba pulak dapat call for interview. Aku tanya kawan-kawan lain, ada jugak yang dapat walaupun tak apply. So, kitorang assume yang ramai tak nak buat Master ni sebab yang kitorang dapat ni sebenarnya Research, bukan Coursework.
So, lepas tu aku bukak lah laman web IPSIS tu, nak check betul ke, kot la silap orang kan..tengok-tengok memang ada call for interview. Pastu aku call la mak ayah tanya pendapat, so pendapat mereka better lah sambung sebab bukan semua orang dapat peluang sambung belajar sampai Master ni.

Kelakar jugak bila fikir balik yang sememangnya Master ni memang tak masuk dalam perancangan asal aku. Dulu ingat lepas grad nak terus kerja - maklumlah tengah ada girlfriend time tu. Mestilah nak kumpul duit sebab nak kahwin..haha. So, since sekarang ni aku pun vacant, rasa macam boleh nak sambung Master ni, plus kalau habis Research awal, by any luck umur 23 tahun aku dah ada Master Degree ni..:-)
Research memang antara benda kegemaran aku walaupun tak dinafikan memang penat nak siapkan walau satu study, sebab aku memang suka kerja-kerja lapangan ni. Plus, time research hari tu pun aku digalakkan oleh panel and supervisor untuk sambung ke peringkat yang lebih extensive. Since minat aku terhadap Quality ni pun memang mendalam. 

Tapi tu lah, dapat message tu pun kurang dari seminggu dan interview tu pulak esok. Mana lah sempat nak prepare sijil-sijil original, buat pulak family aku semua balik kampung so memang takde orang kat rumah nak poskan hari tu. Plus, untuk interview Master Research ni kita kena prepare proposal untuk our next Research. Ni lagi lah tak sempat sengal..haha.

So, aku pun tak tau lagi macam mana ni. Nak pergi ke tak interview tu esok? Rasa kalau mintak ayah emelkan then aku print rasanya memang okay. Tapi takut panel mintak yang ori pulak. Pasal research proposal rasanya takda masalah sangat, aku bentang je lah research lama aku tu. Pastu pandai-pandai lah pusing sikit..haha

Takpelah, maybe aku try je pergi esok. Insya Allah, kalau ni jalan yang Allah tetapkan. Semuanya baik-baik sahaja untuk petang esok. Amin

Sunday, June 29, 2014

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2014

Assalamualaikum kepada muslimin dan muslimat yang sudi hadir ke blog ni. Dikesempatan ni ingin aku ucapkan selamat datang ke bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkat ini. Untuk tahun ni, aku dijangka berpuasa di Shah Alam ni selama 12 hari tanpa keluarga yang tercinta mahupun yang tersayang..of course lah, ni first puasa balik tanpa someone special..katanya lah..haha:-p

Semalam aku diberi peluang untuk menunaikan terawih pertama di Surau Al-Mustaqimah. Tapi serius tahun ni, bapak panjang gila imam tu baca. Payah jugak panjang-panjang ni sebab kesian tengok kat orang tua, ada yang balik awal. Orang-orang muda, lagi-lagi student macam aku yang tengah exam ni memang tak lah nak lama-lama - sebab ada study group start pukul 10 malam. So, hari ni aku buat kat rumah je tadi.
Ni picture time study group semalam. Tah apa yang seronok sangat diorang tu..haha. Biasanya kitorang buat open tutor dalam pukul 10.30 malam sampai 4 pagi - lepas tu terus sahur sama-sama.
 
Azan maghrib berkumandang menandakan berakhirnya hari pertama dibulan Ramadhan. Housemate aku semua balik kampung masing-masing, so tinggal aku sorang je kat rumah ni..:-)
Ni lah juadah aku berbuka puasa tadi. Beli kat bawah rumah je. Tak larat sangat nak pergi bazaar. First, sebab aku sakit tekak ni kesan dari tutoring hampir 10 chapter kat budak-budak tu semalam, dan secondly, tak kan nak pergi bazaar sorang-sorang kot, down kot..haha
Berbuka sambil layan cerita Sherlock..haha, best cerita ni tapi next season scheduled to be aired on 2016 which is macam bapak lama lagi nak tunggu..:-p
So, disini sekali lagi ingin aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan pada tahun ni dan semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Tak lupa juga kepada Batch 2011 Bachelor of Administrative Science yang bakal berjuang untuk final examination terakhir kita di peringkat degree ni. Godspeed semua!

Friday, June 27, 2014

Kisah AKU n Dinner at Murni Discovery

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak update sikit pasal cerita malam semalam. Tengah sedap-sedap tidur tiba-tiba masuk message whatsapp from Zhafir, nak dinner dengan kawan-kawan katanya. Ingatkan, pergi makan dengan Yasin and dia je..tiba-tiba pulak ramai join jugak..:-)
Semalam kami berlapan makan kat Murni Discovery kat USJ, pernah sekali makan kat Murni, tapi bukan kat sini la tapi yang dekat Mentari Court tu..:-). Dari kiri - Pok Jad, Yat, Abg Sab and Sal.
Yasin and Eiz Goth. Comel kan Acin tu..haha. Dulu time asasi ada akak-akak senior amik gambar dengan dia sebab comel sangat katanya..haha
Aku bersama Zhafir, research partner paling mantap..haha. Diorang kata muka aku ni tua, tapi kalau ikutkan aku yang paling muda diantara diorang ni..haha
Menunggu makanan sampai - kat Murni ni ada berbagai jenis makanan ranging from Eastern to Western cuisine..but, memang semalam semua kami makan western food.
Ni dia Nasi Goreng Chicken Chop Special - yang chicken chop tu double beb siap ada lapisan keju lagi kat tengah tu..haha, gila kolestrol ..:-)
 Bersembang kerjaya dan juga memories sepanjang belajar kat UiTM ni.
Budak dua orang ni kerjanya mengendap awek seksi kat situ..haha, sampai nak tukar tempat dengan aku sebab nak dapat clear view..:-p
With Eiz Goth, classmate since Part1. Walaupun perangai agak lahanat sebab selalu bahan aku gay..tapi dia tetap one of my bestfriend kat UiTM ni..:-)
Kekenyangan, gila tak kenyang. Aku dah sebu gila beb, sampai tak payah makan pun satu hari ni..:-)
Ada lagi beberapa hari nak exam ni. Berdebar jugak rasanya sebab ni merupakan exam terakhir peringkat degree aku kat UiTM ni, insya allah. Moga dipermudahkan segalanya..Amin.
Dalam pukul 12 malam, kami meninggalkan Subang dan menuju ke Shah Alam. Sampai je rumah terus tidur, ngantuk beb sedangkan notes satu apa pun tak buat lagi untuk Service Management ni. Ok lah guys, aku nak sambung belajar ni, saja je update blog nak bagi hilang ngantuk..:-p

Saturday, June 21, 2014

Kisah AKU n Satu Malam di i-City

Assalamualaikum, entri ketiga beb dalam satu hari. Nampak sangat VIVA ni punca aku malas update blog..haha, ok lah, ada lah nak kongsi cerita tadi. Lepas Isya tadi Joe ajak aku keluar minum, saja mau sembang-sembang pasal VIVA pagi tadi sebab kitorang lain session. Lepas minum-minum sambil tengok kekalahan Kelantan yang menyukarkan peluang Selangor menang liga, tiba-tiba Yat message ajak pergi karok. So, kitorang pun setuju lah.
Tolong jangan gelak statement aku ni tau. Walaupun dah belajar kat Shah Alam ni hampir 4 tahun, aku tak penah jejak kaki kat I-City ni, walaupun sebelah rumah je..haha
Tudiaa Raja Karok, haha. Menyingkap balik bila first aku karok kat Shah Alam. It's during sem 2 time aktif dengan TUNAS SMF, sejak tu memang kalau nak release tension, memang di karaoke jamban lah tempatnya..:-)
Yang join tadi 4 orang je plus aku - Yat, Joe dan juga rakan kami time Asasi yang b aru jugak tamat Bachelor of Legal Studies semalam, Dayat.
Benda ni memang normal dalam jamban ni, pilih lagu sambil pegang henset..haha
Tadi main lagu jerit sampai ke anak tekak je..:-)
Jangan risau, si Dayat ni memang suka buat facelift..:-p
Ni Batch Asasi Law 2010..huu, still bersama lagi tau. Brotherhood namanya..:-)
No komen..huu
Baru nak start lagu second aku - I Don't Love You from MCR tiba-tiba ada orang datang. Kata tempat ni kena raid dengan polis..haha, damn. Tak start nyanyi lagi. Sengal betul.
Spoil betul beb, ada setengah jam lagi. Nasib baik dapat refund.. First time karok tiba-tiba kena raid..haha
Since aku pun first time masuk I-City ni, agak teruja jugaklah tadi. keh3x
Diorang ni pun eksaited lebih jugak tengok game yang ada kat situ. Tapi since duit pun tak bawak sangat, so tengok jelah orang lain main..:-)
 
Ramai kapel kat sini, jeles pulak aku..huu Takpelah, belum ada peluang lagi kot. Insya Allah kalau ada jodoh, Allah akan temukan aku dengan si dia..Amin
So far, kawan-kawan jelah yang aku ada sekarang. Dan of course family tersayang. Tapi tu lah, jauh disudut hati memang ada kekosongan dalam hati ni, hanya tuhan sahaja yang tahu..huu, emo apa malam ni sengal..:-p

Ok lah guys, ngantuk pulak rasanya. Esok ingat nak siapkan correction research dengan report global. Ahad ni boleh rehat puas-puas, takut Abg Sab ajak pergi camping pulak hari Isnin tu..:-)

Friday, June 20, 2014

Kisah AKU n VIVA 2014

Assalamualaikum semua, petang ni aku nak bercerita sikit tentang satu milestone penting dalam hidup aku yang berlaku pada hari ni dan milestone itu ialah Research Paper Presentation atau nama feymesnya - the VIVA. Tak dinafikan VIVA merupakan presentation terakhir bagi kebanyakkan pelajar degree yang buat research dan yang paling digeruni sekali..haha
Sebenarnya slides VIVA aku dah siap petang semalam, saja datang fakulti malam tu sebab nak jemput Yasin dan Yat untuk dinner sekali.
Masuk je Student Lounge agak terkejut jugak sebab tengok ramai gila student Batch 2011-2012 dalam tu, majoriti semuanya tengah buat final push untuk presentation ni.
Yang pakai baju Mensiti tu lah research partner aku, Zhafir namanya. Minggu ni memang lepak and tidur kat rumah dia je demi menyiapkan report dan juga slides.
Malam semalam tiba-tiba pulak ramai yang dok tanya aku pasal slides tu..haha, terkejut jugaklah sebab asalnya memang tak plan nak lama pun kat situ. So, dapatlah tolong mana yang aku tau untuk membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain. 
Bersama Yat, research partner Yasin yang datang dari Kampus Seremban 3..:-) Dapat jugak jumpa bro ni, rindu beb..terpisah satu semester..
Yasin, rakan seperjuangan dan bekas roommate sejak asasi. Dia ni KPOP tau..huu
Bak kata Helmy, macam baru lepas nikah..lol
Then, tiba lah hari penuh bersejarah itu. Tanggal 20 Jun 2014, tarikh anniversary si Zhafir dengan Anis jugak..haha. Tahniah korang, dah 4 tahun kan? Semoga berkekalan keakhir hayat aku ucapkan. :-) (Takde kena mengena dengan gambar okay..haha) 

Since aku pun dah janji dengan si Zhafir tu untuk tak nak amik apa-apa gambar before presentation, mengelakkan badi time present PNB dimana group aku dihentam tanpa belas oleh Dr. Jasmine..huu. So, kitorang snap picture after presentation je. Dan pada pukul 9.45 pagi kami memulakan presentation assessed by Pn. Nurulaini Zamhury (KPP BAS).
Dalam pukul 10.20 pagi, kami menamatkan presentation. Alhamdulillah, well done katanya, research yang ada fokus tersendiri, Pn Aini juga proud dengan kami yang mengambil high risk untuk membuat research tentang ISO ni, diluar jangkaan dia sebenarnya sebab tak expect ada student yang berani buat pasal Pengurusan Kualiti ni. Untuk korang punya information, research kami bukan adaptive (existing) tapi a form of new research. But above all, yang paling memorable, Pn Aini minta kami untuk bagi talk untuk subjek QMS for budak-budak FSPPP kat Seremban 3 tu..haha. Damn Nice!
Research partner yang supportive, sanggup aku bagi guna WIFI, letrik and tidur kat rumah dia semata-mata untuk research ni. Proud to be his research partner, thank you bro!
Time ni Yas-Yat tak masuk present lagi. Dah macam Godfather aku tengok si Yasin tu..huu
Yas-Yat after their VIVA bersama Prof. Shireen Haron dan Dr. Norziana Lokman. Tak nak comment pulak pasal diorang punya..:-)
Dalam pukul 12 kami keluar lunch sambil bersembang tentang apa yang nak buat pasni. Of course, still ada correction yang nak kena buat before print hard cover, plus report yang Dato Yusof nak untuk  subjek Global. But, kalau ikutkan, hujung minggu ni pun boleh siap..:-)
Mengendap aweks-aweks yang bermesra-mesraan sesama sendiri..haha, Tak boleh blah betul insiden tadi tu Zhafir..haha. Apa boleh buat, rezeki beb..lol

Jadi itu lah kisah VIVA aku. Lepas ni nak fokus final examination, kerja pun ada yang aku dah apply - harap-harap dapat lah call for interview sebab memang aku plan nak kerja dulu, and sambung Master or Double Degree on PJJ basis nanti. Apa-apapun, wish me luck ye kawan-kawan! Till then, take care semua..

Kisah AKU n Degree Life - Minggu Terakhir Kuliah

Assalamualaikum semua, lambat lagi update blog ni..haha, maaf la ye, ni baru nak free sikit. Minggu ni agak padat dengan VIVA presentation yang dah pun beraakhir pagi tadi (nantikan entri tu ok). Baiklah, entri ni didedikasikan buat rakan-rakan seperjuangan aku kat FSPPP, especially for Batch 2011. Entri ni akan cover minggu terakhir kuliah untuk degree aku which is sangat sad but memorable.
Minggu last ni dimulakan dengan discussion untuk menyiapkan report Strategic Management. Tapi, since most of them ada yang belum siap research, aku bagi laluan kat diorang untuk settlekan dan aku pun takeover kerja-kerja diorang yang belum siap sepenuhnya.
Dah macam Pegawai Banci aku tengok diorang ni..haha. Tengah key in SPSS untuk analisis research, mostly aku cover part diorang ni. Sebab Pok Jad punya sempat siap..:-)
Hehe, stail kerja aku memang ala Samurai Jepun sikit. Ikatan dikepala bagi tujuan fokus dan konsentrasi.
Hari Isnin ada Talk PTD dengan Dato Dr Mohammad B. Hamzah, our Senior Lecturer dan juga bekas Pengarah INTAN dan Diplomat Malaysia.
Obviously PTD sebenarnya bukan dalam perancangan kerjaya aku, but pergi jugaklah dengar pengalaman dan tambah ilmu. Kot la tiba-tiba berubah arah pulak..:-)
Berbincang pasal kerjaya selepas graduasi..Ada yang nak sambung Master, ada yang nak kerja private, ada yang nak try SPA, tak kurang jugak yang nak bukak bisnes. Apa-apa pun goodluck ye semua!
Hari Selasa takde kelas, jump ke Rabu. Presentation tutorial terakhir peringkat degree dalam kelas Service Management untuk PLUS Berhad. Dapat pulak part Total Quality Management, memang the best lah hari tu..hihi
Group Malaysia Airlines..:-)
Pok Jad punya pose paling konsisten sepanjang masa..haha
Bersama Ustaz Helmy, Director Pusat Islam UiTM dan CITU..:-p
 
Group BA6A bersama Dr. Hardev Kaur, our lecturer untuk Service Management..:-)
Pastu ke kelas Strategic Management pulak, this is group Permodalan Nasional Berhad yang dihentam hebat 2 minggu lepas..haha. Dah la aku ketua, lol
Bebudak lelaki with Associate Professor Dr. Jasmine Ahmad..:-)
Weehooo, dah nak habis beb!
Hari Khamis dimulakan dengan lecture Service yang takde..haha, kesian betul. First time semester ni datang kelas tapi kelas takde..pandai betul PM Nabilah troll aku final week ni..:-p
Bersembang kerjaya lagi..haha
Lecture Strategic pun tak ramai yang datang. Apa la budak-budak ni, ni kelas terakhir kot untuk tutup degree. tapi still tak nak datang. *sigh*

So kawan-kawan, itulah minggu terakhir aku bergelar pelajar degree. Since VIVA pun dah habis, sekarang ni cuma tinggal nak siapkan hardcover untuk Research Paper, report Global Affairs dan finally, final examination. Wish me luck okay, jangan lupa pulak baca entri VIVA aku lepas ni...hee