Happy Father's Day kepada sesiapa yang dah berjaya, huu..yang bakal dapat anak tu pun apa salahnya - Happy Father's Day in advance eh..So, 17 Jun 2012 ni hari untuk kita memperingati jasa dan pengorbanan bapa kita, walaupun dalam Islam setiap hari kita perlu mengingati tapi tanggla 17 Jun ni yang specialnya ramai orang celebrate serentak and clear sambutannya, kat facebook, blog etc. Aku pun tak terlepas jugak.
Ni aku punya post awal pagi tadi..err, awal la sangat. Huu
Ada sebab kenapa aku berani letak ayah aku sebagai punca kejayaan aku selama aku hidup ni. Ceyh, berjaya lah sangat tapi at least ada lah hasilnya. ngek.
Firstly, disiplin. Aku mengaku aku anak yang paling degil sekali kat rumah, ayah selalu rotan aku even dah besar pun. Waktu sekolah menengah takdelah, bukan takde tapi tak sekerap waktu sekolah rendah. Nakal aku lain macam sikit compare dengan adik beradik aku yang lain. Walaupun tinggal kat bandar tapi perangai cam budak kampung, asal main bola je mesti berlumpur satu badan..huu, calar balar tu memang tak dapat nak dielakkan lah. Pernah satu hari ayah aku datang "jemput" aku waktu aku tengah syok main bola dalam hujan. Tak lebat tapi bahaya la kan. Seronoknya kena marah depan kawan-kawan, balik je aku merajuk tapi pastu baru aku tahu yang beliau risau kalau apa-apa jadi kat aku. Disiplin memang tak lari dari darah family aku. Arwah datuk aku (juga seorang bapa, of course lah), seorang pegawai dalam Rejimen Askar Melayu Diraja. Selalu menceritakan kat aku tentang keperwiraan pejuang-pejuang tanah air, bagaimana disiplin seorang patriot dapat memberi kemenangan walaupun dikepung musuh ramai. Contoh yang selalu beliau ceritakan, Leftenan Adnan. Sebab tu aku amat mengagumi tentera. Sebab walaupun ada orang cakap kebanyakan tentera belajar tak habis, tapi perlu diingat disiplin hidup diorang tak sama dengan disiplin kita. Sebab tu at least aku cuba hidup berdisiplin, hidup beretika, amanah dan sentiasa berintegriti.
Secondly, menepati masa. Ayah aku memang seorang yang punctual. Aku yakin trait menepati masa aku memang 100% ikut ayah aku. Beliau selalu datang tempat kerja awal, balik pun sama. Macam waktu aku kerja kat Onyx dulu, kan aku pergi sekali dengan ayah aku. Pukul 8 punch card, pukul 5 balik..kalau terlambat sikit, maka lambat sikit lah ayah balik. So, aku kenalah tunggu kat depan Tower 1 tu. Ayah cakap, paling pantang kalau tunggu orang yang tak menepati masa, katanya tak hormat. Samalah, aku memang bengang tahap gaban kat orang-orang macam ni. Contohnya macam hari tu, kata nak main badminton pukul 3, last-last 3.30 baru sampai. Eh, korang tak fikir ke kat aku yang dok luar ni. Nak berkejar, korang dok dalam sepatutnya boleh sampai lagi awal daripada aku. Kecewa, Joe cakap pukul 3 diorang tidur lagi. Kalau macam nilah perangai, memang korang kerja paling tahan pun sebulan dua je. Kekadang aku berfikir, apalah masalahnya sampai tak dapat nak on time. The greatest punctuality ever aku waktu aku ada 3 benda yang sangat penting yang melibatkan aku, benda ni jadi 2 minggu lepas dan semuanya berlaku pada hari yang sama - aku ada meeting dengan team forum (5.30 -7.00), pastu tengok perkembangan tempat event aku waktu jadi Pengarah Program (7.00 -8.00) and then last CA meeting (8.00-11.00). Gila betul, sumpah exhausted tapi amazingly berjaya jugak sampai destinasi. Aku cerita kat ayah, beliau cakap - nanti waktu kerja expect more than all of these. Tak faham pun aku, sebab waktu kerja Onyx dulu just jadi Trainee je, so tak expose banyak lagi.
Thirdly, komitmen. Ni memang favourite topik. Kalau nak bagi speech pasal komitmen ni bagilah kat aku. Gerenti korang boring. Aku selalu bagi motivasi kat kawan-kawan Tunas, BA2C yang lain pasal komitmen but some of them macam lepas celah kangkang je benda ni. Abg Suhairy pun selalu cakap benda yang sama. Kita ambil contoh kat atas tadi pasal punctuality - CA, Pengarah Program, Team Forum - that's my commitment that need to be fulfill immediately. Korang rasa, pada mulanya aku mampu ke nak manage masa nak hadap semua tu dalam usia macam ni, yang still kurang ilmu, takde pengalaman langsung. Rasa cam kena sacrifice satu event then loncat event lain. Tapi aku tak boleh, bagi aku
"commitment is never rely on what priority they are, eg : if the event is important then we will go for it and skip the less important, that's wrong. ianya bergantung kepada sejauh mana orang didalam tu memerlukan kita sebagai salah satu elemen dalam kumpulan. That team forum badly need me because I'm one of the panelist, I should know the flow so that things will go smoothly on the competition. I'm the Pengarah Program, those bureau under my supervision need my guidance. Finally CA, although for me it's less important at that time compare to the other two but I felt, my duty towards the university and faculty are just hard to overlooked. So, macam mana aku deal dengan benda-benda ni. Aku datang je semua, message kat diorang kalau terlambat sikit maaf sangat, but at least kita tunjuk komitmen nak datang. Aku manusia biasa, walaupun mampu nak attend semua tu, tapi aku tertinggal satu lagi komitmen. Kepada BA2C, aku terlupa nak buat photocopy handout LAW299 untuk korang, huu..sory2.
Finally, berdikari. Dulu waktu aku sekolah, ayah tak ajar aku nak berdikari ni. Pergi sekolah kena hantar, balik pun kena amik. Waktu Form 5 je kena pergi balik sendiri. Tapi once aku masuk universiti, the real test pun dimulakan. Waktu asasi, hah amik kau, hidup lah dengan elaun government tu. Untuk 2 semester aku bertarung and dapat simpan sikit, tak silap aku RM400 kot. Then tak habis kat situ, ayah recommend aku dalam Onyx, then aku dihantar berkerja. Kat sini, aku belajar susah payah bergelar seorang pekerja - pergi balik, OT, trainer ajar deal dengan bank, foreign embassy, ministry, plus gaya hidup korporat.huuh..best jugak. 1.2K per month bagi aku agak banyak, and alhamdulillah, habis je kerja banyak jugak aku save dalam account. Waktu semester degree yang pertama still berjalan lagi cabaran ayah tu, tapi ada insentif. Semester kedua yang sekarang ni, duduk luar jadi NR. Tapi aku rasa macam so far sangat baik hidup ni. Ada la sorang kawan aku cakap, katanya kalau dok kolej dapat sampai kelas awal..Ceyh, blah la. Kelas pun selalu ponteng, datang lambat. Ada hati nak compare dengan aku yang dok luar ni, tak malu ke? Kalaulah ayah tak bagi aku hidup berdikari, ayah akan bermati-matian untuk appeal kolej untuk aku. Tapi ayah tak nak, ayah nak tengok aku berdikari, cuba adapt dengan suasana persekitaran yang baru, tambahnya lagi sampai bila aku nak duduk dalam je, nanti dah kahwin pun duduk dalam kolej lagi..huu. Sekarang ni aku dah nampak permainan ayah, patutlah dulu ayah selalu cakap - sampai masa ayah akan dedahkan tentang dunia ni satu persatu kat aku and sekarang ni aku still lagi dalam proses pembelajaran.
Apa-apapun, terima kasih kat my beloved dad, En.Gani B. Haji Mohd Daud kerana telah mengajar saya tentang kehidupan. Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayatku. Berharap sangat yang aku mampu mendidik dan mengajar anak-anak aku benda yang sama agar mereka pun boleh menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Cik M, jika saya terlalai nanti, ingat-ingatkan saya tau.